Kami di Assidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islam. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba (kadar faedah berganda yang membebankan), gharar (penipuan), maysir (perjudian) dan zulm (amalan tidak berakhlak). Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan, dan anda akan dipadankan serta-merta.
Di antara produk yang akan kami bantu padankan dengan anda adalah pinjaman peribadi dan kad kredit Islam. Bagaimanapun kelulusan permohanan ini bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah Nisbah Khidmat Hutang (DSR), profil risiko, penilaian harta, tempoh bekerja, dan skor kredit anda.
Apa itu skor kredit?
Skor kredit adalah satu sistem pemarkahan yang menentukan kesihatan kredit (kewangan) anda. Ia menilai sejarah kewangan anda dan memaklumkan kepada institusi kewangan kemampuan anda untuk membayar balik pembiayaan anda.
Skor kredit yang baik boleh meningkatkan peluang anda mendapatkan pinjaman atau kadar faedah yang lebih baik, serta pinjaman anda akan lebih cepat diluluskan dan sebagainya.
Bagaimanapun, ini bukan peraturan yang tegas dan tidak semestinya bermaksud skor yang lebih rendah adalah skor yang tidak baik. Faktor-faktor selain skor kredit juga boleh diberikan pertimbangan.
Di Malaysia, terdapat tiga agensi utama yang menyediakan laporan kredit yang sering menjadi rujukan institusi kewangan. Tiga agensi tersebut adalah CCRIS (yang diuruskan CBM Bank Negara), CTOS, dan RAMCI.
Mari kita kenali ketiga-tiga agensi ini dengan lebih lanjut:
- CCRIS (Central Credit Reference Information System)
CCRIS adalah agensi yang dikendalikan oleh Biro Kredit Malaysia (CBM) yang terletak di bawah Bank Negara Malaysia (BNM). CCRIS menyediakan laporan kredit seseorang pemohon dengan mengumpul maklumat kredit dari pelbagai servis kewangan tempatan. Ini termasuklah bank, broker insurans, dan syarikat yang menyediakan servis utiliti seperti telekomunikasi, air, dan letrik.
Antara maklumat yang akan terpapar dalam laporan kredit CCRIS ialah pinjaman tertunggak, saman, dan status muflis. Laporan CCRIS tidak terhad kepada maklumat negatif seseorang individu sahaja. Sebaliknya, ia juga mengandungi maklumat positif, seperti permohonan pinjaman kredit yang telah diluluskan dan sejarah pembayaran semula yang positif.
Kemudiannya, agensi kewangan seperti bank akan mempunyai laporan terkumpul ini. Seterusnya, mereka akan gunakan maklumat ini untuk membantu mereka membuat penilaian permohanan anda.
- CTOS (CTOS Data Systems)
CTOS mengumpul maklumat dalam laporan yang disediakan melalui sumber-sumber awam seperti yang berikut:
- Jabatan Pendaftaran Negara
- Jabatan Insolvensi Malaysia
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar, dan warta kerajaan
Maklumat yang terkandung di dalam laporan CTOS termasuk status muflis individu, tindakan undang-undang, status kes, pemilakan perniagaan, dan sebagainya.
Skor kredit CTOS adalah dalam lingkungan 300 ke 850. Skor kredit yang dianggap baik mempunyai markah dalam lingkungan 697 ke atas. Sekiranya skor kredit anda di bawah paras ini, anda mungkin akan menghadapi masalah apabila memohon pembiayaan atau kad kredit.
- RAMCI (RAM Credit Information)
RAMCI diuruskan RAM Holdings Berhad dan ia menyediakan empat jenis laporan kredit. Kesemuanya menggunakan skor kredit RAMCI yang tersendiri, iaitu i-Score. Skor yang diberikan juga adalah tiga digit dan menilai kemampuan anda untuk membayar balik sebarang pembiayaan atau kredit.
Empat jenis laporan kredit yang disediakan adalah seperti berikut:
- Personal Credit Report Basic – Pengguna hanya akan mendapat satu Laporan Asas Kredit Peribadi (PCRB).
- Personal Credit Report Plus – Pengguna akan mendapat laporan yang lebih lengkap. Data yang diperolehi termasuklah i-Score (skor kredit), CCRIS, SPGA (sekiranya anda mempunyai potongan Angkasa), PTPTN, Trade Bureau (maklumat bukan perbankan) dan banyak lagi.
- Jaga MyID – Memberi anda kuasa untuk menguruskan kesihatan kredit anda. Anda akan menerima pemberitahuan apabila seseorang memohon kad kredit atau kemudahan pinjaman dengan menggunakan nama anda atau apabila sebarang perubahan dalam profil kredit dikesan.
- Jaga MyID Plus – Versi JagaMyID yang dipertingkatkan dengan penambahan nilai mengetahui bahawa identiti anda berada dalam keadaan yang selamat dan anda mengawal kesihatan kredit anda sendiri melalui perlindungan insurans.