Umum sudah mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara peneraju perbankan dan kewangan Islam. Tetapi, pencapaian negara tercinta ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Malaysia juga merupakan negara Asia Tenggara yang pertama memperkenalkan pembiayaan peer-to-peer (P2P).
Setelah diperkenalkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada tahun 2016, konsep pembiayaan ini telah melalui perkembangan yang memberangsangkan. Laporan dari Bernama menyebut jumlah pembiayaan telah melonjak 452 peratus kepada RM180.05 juta pada 2018 daripada RM32.60 juta pada 2017.
Selain itu, kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM50 jutakepada Dana My Co-Investment Fund (MyCIF) Suruhanjaya Sekuriti dalam Belanjawan 2020. Ini bagi membantu meningkatkan kesedaran mengenai pembiayaan rakan setara (P2P) sebagai pilihan pembiayaan digital yang berdaya maju dan menarik kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Bagaimana P2P berfungsi?
Pinjaman atau pembiayaan P2P adalah cara individu atau perniagaan untuk meminta dana daripada pelabur melalui platform digital. Konsep ini adalah sama seperti konsep crowdfunding dan kebiasaannya digunakan oleh PKS.
Platform digital berfungsi sebagai orang tengah atau perantara antara peminta (PKS) dan pelabur. Pelbagai pelabur kemudian menyumbangkan dana mereka ke arah permintaan yang dibuat oleh PKS.
Melalui platform P2P, pelabur boleh mempelbagaikan aset pelaburan mereka yang tidak berkait secara lansung dengan pasaran. Hal ini mengurangkan risiko votaliti jangka masa pendek yang akan memberi kesan kepada portfolio pelaburan pelabur.
Platform P2P pula akan memudahkan kerja pelabur dengan melakukan penilaian kredit dan semakan ke atas mana-mana syarikat PKS ini. Mereka juga merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mengumpulkan dana ini bagi pihak PKS.
Contoh pembiayaan
Syarikat A meminta dana sebanyak RM50,000 untuk mengembangkan perniagaan. Permintaan ini melalui platform pemberian pinjaman P2P secara atas talian.
Seterusnya, platform P2P akan menawarkan peluang pelaburan kepada pelabur yang berminat. Seorang pelabur yang berminat akan memilih untuk meminjamkan wangnya kepada Syarikat A. Pelbagai pelabur boleh memilih untuk mendeposit RM100 atau bahkan RM10,000 bergantung kepada risiko mereka.
Pendanaan berterusan sehingga sasaran RM50,000 tercapai. Pada ketika itu, penawaran ditutup dan pembiayaan akan diberikan kepada Syarikat A. Syarikat A akan membuat pembayaran balik bulanan kepada pelabur mereka termasuk caj faedah. Caj untuk perkhidmatan yang diberikan oleh platform pinjaman P2P mungkin berbeza-beza.
Kelebihan Pembiayaan P2P
Di antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada platform ini termasuklah:
- Kos kemasukan yang rendah – pelaburan minimum boleh dilakukan serendah RM50 sahaja. Bagi pendaftaran pula, semuanya boleh dilakukan melalui atas talian
- Potensi pulangan yang tinggi – melalui platform ini, pelabur berpotensi meraih keuntungan sehingga 14% setahun, jauh lebih tinggi berbanding instrumen pelaburan yang lain
- Yuran dan caj pelaburan yang rendah — Kos pelaburan merupakan pertimbangan penting untuk pelabur kerana bayaran dan caj mengecilkan pendapatan pelaburan seseorang
- Penyelesaian alternatif bagi PKS – menyediakan penyelesaian kewangan bagi pemilik PKS yang memerlukan pembiayaan jangka pendek atau yang tidak layak mendapat pinjaman dari bank.
Platform pembiayaan P2P di Malaysia
Setakat hari ini, terdapat 6 syarikat yang menyediakan pembiayaian P2P di Malaysia. Syarikat tersebut adalah:
- Alixco
- B2B Finpal
- Funding Societies
- Fundaztic
- Nusa Kapital (nukap)
- Quickash
Dapatkan tawaran pembiayaan Islam terbaik di Malaysia hari ini
Bagi mereka yang tidak terlibat dengan PKS, kadangkala anda juga memerlukan bantuan kewangan. Tidak semua hutang adalah buruk. Malahan, adakalanya ia boleh menguntungkan kita. Selain merupakan kaedah untuk melangsaikan hutang, pembiayaan kewangan boleh digunakan untuk membuat pelaburan strategik dan penambahan aset.
Adakalannya juga kita memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan perniagaan, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Pembiayaan kewangan adalah cara terbaik untuk membantu anda dalam perbelanjaan. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islamik, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islamik. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba (kadar faedah berganda yang membebankan), gharar (penipuan), maysir (perjudian) dan zulm (amalan tidak berakhlak).
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!