Sekiranya anda ingin memohon pembiayaan, anda dinasihatkan untuk mempelajari mengenai CCRIS dan CTOS terlebih dahulu.
Kita sering mendengar mengenai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kekerasan ceti haram atau ah long. Anda juga mungkin pernah membaca mengenai scam pinjaman kewangan yang mengakibatkan pemohon kerugian ribuan ringgit.
Namun, pernahkah anda terfikir mengapa masih ramai dalam kalangan masyarakat yang memohon bantuan kewangan seperti tersebut?
Antara puncanya adalah permohonan mereka untuk mendapatkan pinjaman atau pembiayaan daripada bank dan institusi kewangan ditolak. Oleh demikian, sekiranya anda ingin membuat permohonan, adalah wajar anda mengetahui apakah kriteria yang digunakan untuk menilai sesuatu permohonan pembiayaan, terutamanya perihal CCRIS dan CTOS. Ini akan menaikkan peluang untuk permohonan anda diluluskan.
Bagaimanakah institusi kewangan menilai sesuatu permohonan pembiayaan?
Walaupun setiap institusi kewangan sama ada bank, koperasi mahu pun komuniti kredit mempunyai kriteria tersendiri dalam menilai sesuatu permohonan pembiayaan, mereka biasanya akan merujuk kepada perkara-perkara berikut:
- Nisbah khidmat hutang
- Profil risiko
- Penilaian harta
- Tempoh bekerja
- Skor kredit
Maklumat mengenai empat kriteria pertama di atas boleh diperoleh terus daripada anda. Skor kredit pula adalah laporan kewangan yang perlu dirujuk kepada pihak luar. Di Malaysia, terdapat tiga agensi utama yang menyediakan laporan kredit yang sering menjadi rujukan institusi kewangan. Tiga agensi tersebut adalah CCRIS (yang diuruskan CBM Bank Negara), CTOS, dan RAMCI. Kami akan menumpukan kepada dua agensi yang utama iaitu CCRIS dan CTOS.
Apa itu CCRIS?
CCRIS merujuk kepada Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit. Ia adalah laporan kredit yang dicipta dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM). Memandangkan BNM merupakan bank pusat negara ini, kesemua institusi kewangan di Malaysia dikehendaki untuk mengemukakan amalan kredit pelanggan mereka, termasuk sebarang permohonan, kepada CCRIS.
CCRIS memaparkan rekod kewangan pemohon untuk 12 bulan yang terakhir. Ini merangkumi:
- Pinjaman terkumpul
- Akaun perhatian khas
- Permohonan pinjaman atau kemudahan kredit yang baharu
Bolehkah anda mendapatkan laporan CCRIS sendiri?
Ya, anda boleh berbuat sedemikian. Anda boleh mendapatkan laporan CCRIS melalui kaedah-kaedah berikut:
- Kiosk Bank Negara Malaysia
- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
- eCCRIS Bank Negara Malaysia
- RAM Credit Info (RAMCI)
- Laman web CTOS
Apa pula CTOS?
Seperti CCRIS, CTOS juga merupakan laporan kredit yang dirujuk oleh institusi kewangan. Namun, tidak seperti CCRIS, CTOS merupakan sebuah syarikat swasta. Ia mengumpulkan maklumat mengenai individu dan syarikat-syarikat. Maklumat tersebut diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuklah:
- Jabatan Pendaftaran Negara
- Jabatan Insolvensi Malaysia
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar, dan warta kerajaan
- Notis undang-undang dalam akhbar
- Carian di pendaftar pertubuhan
- Maklumat hubungan yang disediakan oleh pemiutang, litigator atau penyokong perdagangan
- Maklumat sukarela yang diberikan oleh subjek sendiri
Memandangkan sumber maklumat adalah pelbagai, maklumat yang disertakan di dalam laporan kredit CTOS juga adalah pelbagai. Ini termasuklah:
- Pengesahan identiti
- Senarai dalaman atau pendedahan kumpulan
- Jawatan pengarah dan kepentingan perniagaan
- Sebarang tindakan undang-undang
Bolehkah anda mendapatkan sendiri laporan CTOS?
Ya, laporan CTOS juga boleh didapati sendiri melalui laman sesawang CTOS dengan bayaran sebanyak RM24.85.
Apa beza CCRIS dan CTOS?
Ciri-ciri | CCRIS | CTOS |
Dikendalikan Oleh | Bank Negara Malaysia | Syarikat swasta, iaitu CTOS Data System Sdn Bhd |
Jenis Maklumat | Maklumat dikumpul daripada institusi kewangan di Malaysia, seperti: -Senarai tunggakan pinjaman -Hutang-hutang di bawah pemerhatian bank -Permohonan pinjaman yang sedang diproses | Maklumat dikumpul daripada sumber-sumber awam, seperti: -Maklumat muflis / bankrap -Tindakan undang-undang -Tunggakan bil -Maklumat perniagaan |
Tujuan | Mengawasi corak pinjaman anda | Rekod keadaan skor kredit anda |
Akses | Cetak laporan di kiosk cawangan Bank Negara atau mohon secara emel | Mohon atas talian – www.ctoscredit.com.my (Caj kredit RM25 dikenakan) |
Tempoh Simpanan Rekod | Maklumat kredit peminjam dalam tempoh 12 bulan terakhir sahaja | Maklumat kekal selamanya dan menjadi sumber arkib |
Perlu diingat, institusi kewangan biasanya merujuk kepada kedua-dua laporan kredit berkenaan. Sekiranya anda sudah mengetahui skor kredit anda, anda boleh menilai dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menaikkan skor tersebut.
Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat (YIR): Pembiayaan syariah untuk anda!
Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) adalah sebuah pembiayaan syariah khusus buat pekerja tetap (atau kontrak KEMAS) Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan/Badan Berkanun terpilih, GLC atau Polis. Pendapatan minima untuk memohon pula hanya RM1,500 sebulan (termasuk elaun).
Selain kelulusan yang mudah dan cepat, Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) mempunyai ciri-ciri berikut:
- Jumlah pembiayaan: RM2,500 – RM200,000
- Tempoh pembiayaan: 1 tahun – 10 tahun
- Kadar keuntungan: Serendah 6.66% setahun
- Konsep syariah yang Diguna: Tawarruq (Komoditi Murabahah)
- Pengeluaran pembiayaan 24 jam
- Tiada yuran guaman
Anda juga tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran. Dokumen yang diperlukan juga adalah mudah iaitu:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini
- Surat Pengesahan Jawatan
- Salinan Penyata/Buku Akaun Simpanan
Dapatkan pembiayaan peribadi syariah dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan serta butiran peribadi anda. Sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih daripada satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!