Adakah anda seorang pekerja sektor awam dan bercadang ingin memohon pembiayaan peribadi? Sebelum anda membuat sebarang permohonan, anda perlu tahu bahawa seramai 46,132 individu yang ditadbir Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) diisytiharkan muflis sejak 2018 sehingga Mei 2022, menurut laporan Harian Metro.
Antara kesan terbesar mereka yang diisytiharkan muflis adalah tidak boleh meninggalkan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah, menjalankan perniagaan, memegang jawatan sebagai penjawat awam selain hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri.
Berdasarkan data yang didedahkan untuk tempoh Januari hingga Mei tahun ini, pembiayaan/pinjaman peribadi antara punca utama individu di Malaysia diisytiharkan muflis dengan 1,268 orang; diikuti pinjaman perniagaan (547 orang), pinjaman perumahan (259 orang), sewa beli kenderaan (212 orang), hutang kad kredit (121 orang) dan hutang lain (92 orang).
Beban kewangan yang serius: Apa yang anda perlu tahu?
Dengan pembiayaan peribadi merupakan punca utama individu di Malaysia diisytiharkan muflis, anda perlu tahu tentang apa itu beban kewangan yang serius terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pembiayaan bagi mengelak daripada muflis. Jadi, bagaimanakah yang dikatakan seseorang penjawat awam berada dalam beban kewangan yang serius?
Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), seseorang penjawatawam dikira berada dalam keterhutangan kewangan yang serius jika ada jumlah hutang yang tidak bercagar dan melebihi 10 kali emolumen bulanannya.
Ini bermaksud baki gaji akhir adalah kurang daripada 40%. Oleh yang demikian penjawat awam hanya dibenarkan berhutang 60% daripada emolumen dan mempunyai baki gaji sekurang-kurangnya 40%. Maka jika anda menepati syarat minimum ini, barulah anda boleh membuat permohonan pembiayaan.
Perbezaan Pembiayaan Peribadi Patuh Syariah vs Pinjaman Konvensional
Setiap produk perbankan, sama ada patuh Syariah mahupun konvensional, mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Jadi dalam hal ini, langkah pertama yang harus anda lakukan ialah membuat pertimbangan di antara pro dan kontra kedua-duanya, sebelum memutuskan mana satu pilihan yang terbaik dengan keperluan dan situasi anda. Sebelum, anda perlu tahu dahulu maksud pembiayaan patuh Syariah dan pinjaman konvensional.
Pembiayaan patuh Syariah adalah salah satu produk di bawah perbankan Islam. Ini merujuk kepada sistem perbankan yang mematuhi undang-undang Syariah. Syariah ialah rangka kerja perundangan yang mengawal selia keseluruhan ekosistem termasuk perbankan. Undang-undang Syariah membenarkan semua jenis aktiviti ekonomi kecuali ada larangan yang jelas.
Perbankan patuh Syariah bertujuan untuk meletakkan asas sistem kewangan yang adil dan sesuai untuk semua orang, tanpa mengira bangsa dan agama.
Bagi pinjaman konvensional pula, pemberi pinjaman memberi pinjaman kepada peminjam untuk mendapatkan keuntungan daripada faedah yang dikenakan ke atas jumlah prinsipal. Kadar faedah boleh menjadi kadar tetap atau berdasarkan kadar terapung (berubah-ubah). Pembayaran dibuat dalam tempoh yang ditetapkan secara ansuran. Sebahagian daripada setiap ansuran yang dibayar digunakan untuk membayar faedah, manakala selebihnya digunakan untuk membayar prinsipal.
Kelebihan Pembiayaan Peribadi Patuh Syariah & Pinjaman Konvensional
Berikut ialah perbezaan kelebihan di antara pembiayaan patuh Syariah dengan pinjaman konvensional yang perlu anda ketahui:
Pembiayaan Patuh Syariah
- Urus niaga yang lebih telus
- Undang-undang syariah menghendaki semua transaksi kewangan dan perniagaan Islam berdasarkan ketelusan, ketepatan, dan pendedahan semua maklumat yang diperlukan supaya satu pihak tidak mempunyai kelebihan berbanding pihak lain.
- Sifat telus urus niaga mereka seharusnya menjadikan segala-galanya jelas dan mudah difahami dengan sedikit ruang untuk pembayaran mengejut atau bayaran tersembunyi.
- Tiada kompaun caj pembayaran lewat yang membebankan
- Pengkompaunan caj pembayaran lewat adalah dilarang untuk produk pembiayaan patuh Syariah.
- Sekiranya pembayaran balik pembiayaan patuh Syariah tertunggak, caj pembayaran lewat hanya akan dikenakan ke atas baki tertunggak pelanggan yang perlu dibayar sahaja; ia tidak termasuk sebarang caj lewat yang mungkin telah dikenakan sebelum ini.
- Jumlah maksimum perlu dibayar yang nyata dan jelas
- Bagi produk pembiayaan patuh Syariah berasaskan jualan, jumlah maksimum yang perlu dibayar oleh pelanggan akan ditentukan terlebih dahulu, jadi pelanggan yakin bahawa jumlah yang mereka bayar tidak akan melebihi jumlah maksimum yang ditetapkan.
- Membantu dalam mengurangkan sebarang urus niaga yang berbahaya atau merosakkan
- Sebarang transaksi yang menyokong industri atau aktiviti yang diharamkan dalam Islam seperti perjudian, riba, dan spekulasi (maisir) tidak boleh dilakukan kerana haram.
- Oleh itu perbankan patuh Syariah hanya menyokong perniagaan yang mematuhi piawaian etika dan moral apabila melibatkan pelaburan.
Pinjaman Konvensional
- Perjanjian Kemudahan Pinjaman hanya perlu disetemkan jika terma sedia ada ingin diubah
- Untuk pinjaman konvensional, jika peminjam ingin mengubah terma kewangan, Perjanjian Kemudahan Pinjaman hanya perlu disetemkan.
- Manakala untuk pembiayaan patuh Syariah pula, Perjanjian Jual Beli Balik (BBA) baharu perlu disediakan, menjadikannya lebih mahal kerana caj pengurusan yang terlibat.
- Kemudahan dalam penstrukturan atau pembiayaan semula sekiranya peminjam mungkir
- Berbanding pinjaman konvensional, pembiayaan patuh Syariah lebih rumit dalam penstrukturan semula atau pembiayaan semula sekiranya terjadi kes kemungkiran (default).
- Kos-kos yang lebih mudah difahami bagi penyelesaian awal
- Untuk kos penyelesaian awal bagi pinjaman konvensional, caj pembayaran lewat atau mungkir adalah nyata dan mudah difahami dalam kontrak.
Walaupun produk pembiayaan patuh Syariah boleh dikatakan agak baharu, ia kini semakin matang dengan meningkatnya kematangan perbankan patuh Syariah, dan jurang perbezaan antara produk pembiayaan patuh Syariah dan pinjaman Konvensional semakin mengecil (kecuali hal-hal seperti jenis kontrak mengikut Syariah). Pada ketika ini, kedua-dua produk pembiayaan ini memiliki kelebihan sendiri.
Pembiayaan Patuh Syariah yang ditawarkan oleh Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP)
Jom mohon pembiayaan patuh Syariah yang ditawarkan oleh Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP). Produk pembiayaan semula ini khas untuk penjawat awam Malaysia, kakitangan badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terpilih sahaja.
Antara ciri-ciri produk ini ialah:
- Jumlah pembiayaan RM3,000 sehingga RM250,000
- Kadar keuntungan serendah 6.66%
- Tempoh pembiayaan selama 1 tahun sehingga 10 tahun
- Pembiayaan yang patuh Syariah
- Pendapatan minimum serendah RM1,500/bulan
Dapatkan pembiayaan peribadi patuh Syariah dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda sebagai penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis.
Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minimum RM1,500 layak untuk memohon.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang dikeluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!