Menurut sebuah laporan Sinar Harian oleh Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman dari IPSAS, UPM, trend pembuangan sisa makanan meningkat diantara 15 hingga 20 peratus atau sekurang-kurangnya 10,000 tan makanan pada musim perayaan, termasuklah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM115 juta melalui Belanjawan 2019 bagi pengurusan sisa pepejal, merangkumi pengurusan sisa makanan berbanding hanya RM95 juta pada 2018.
Ini bermakna pembaziran makanan terutama pada musim perayaan akan meningkatkan kos kerajaan untuk menguruskan sisa pepejal, selain menjejaskan kualiti alam sekitar yang semakin memburuk ketika ini.
Kredit: RawPixel.com
Sisa makanan di tapak pelupusan sampah menghasilkan gas metana yang tinggi, selain membentuk larutan resapan (leachate) yang sangat kotor, sekaligus memberi kesan bahaya kepada sungai dan sumber air bawah tanah.
Demi mengatasi pembaziran makanan dan pencemaran alam sekitar, masyarakat digesa untuk merancang dengan teliti sebelum membeli atau memasak mengikut kuantiti yang betul, selain perkara-perkara yang berkaitan.
Dengan ketibaan bulan Syawal di mana kita akhirnya dibenarkan untuk beraya seperti biasa semula, pastinya ramai yang bercadang untuk menganjurkan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri nanti.
Berikut merupakan beberapa tip dan panduan berguna untuk anda anjurkan rumah terbuka yang mesra alam dan mengikut bajet demi mengelakkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran makanan:
1. Tentukan bajet yang nak dibelanjakan
Seperti juga bajet untuk menyambut Hari Raya, anda juga kena tentukan bajet untuk persiapan rumah terbuka. Bajet ini meliputi beberapa perkara, dan semakin ramai tetamu yang nak diundang, semakin banyak perbelanjaan yang harus dikeluarkan.
Gunakan contoh jadual bajet ini setelah mengambil kira beberapa perkara seperti jumlah tetamu, perkhidmatan, dan pelbagai keperluan lain:
2. Buat senarai para tetamu yang nak diundang
Untuk memudahkan anda membuat anggaran perbelanjaan, buat senarai para tetamu yang nak diundang agar lebih cepat untuk anda menentukan bajet tanpa berbelanja terlalu banyak. Untuk majlis kecil-kecilan (kurang dari 10 orang), sebaiknya anda masak sendiri atau tempah hidangan jamuan yang bersesuaian.
3. Buat senarai perkhidmatan yang ingin digunakan
Jika bilangan tetamu anda ramai (lebih daripada 20 orang), anda boleh pilih sama ada ingin melakukan semua persiapan sendiri atau gunakan beberapa perkhidmatan yang membantu menjimatkan masa dan tenaga, contohnya:
- Ruang untuk disewa
- Untuk majlis yang besar, anda mungkin memerlukan ruang majlis yang secukupnya dengan beberapa kemudahan termasuk tandas, tempat solat, dan tempat menukar lampin anak untuk para tamu; tak kiralah sama ada ia di rumah anda atau dewan yang disewa.
- Pakej katering
- Harga bagi pakej katering yang anda pilih biasanya bergantung kepada jumlah tetamu, menu hidangan, dan tambahan-tambahan lain seperti pelayan, khemah, meja, kerusi, pembantu untuk pembersihan selepas majlis berakhir, dan sebagainya. Untuk majlis yang besar, sebaiknya pilih pakej yang dilengkapi dengan semua benda yang anda perlukan agar lebih jimat dan mudah.
- Khemah/kanopi untuk disewa
- Untuk anda yang menganjurkan majlis sederhana kecil, anda boleh pilih sama ada ingin menyewa khemah atau kanopi di luar rumah. Harga khemah/kanopi bergantung kepada saiz, rekaan, dan jenis yang anda pilih.
- Meja dan kerusi untuk disewa
- Sekiranya kerusi di rumah tidak mencukupi dan meja besar juga terhad, anda boleh menyewa meja dan kerusi. Harga meja dan kerusi untuk disewa juga bergantung kepada saiz, rekaan, dan jenis meja/kerusi yang anda pilih.
- Mist fan (kipas air) untuk disewa
- Jika majlis anda dibuat di luar rumah, kipas air amat membantu dalam memberi keselesaan terhadap tetamu. Harga untuk menyewa kipas air bergantung kepada berapa unit, saiz, dan jenis kipas air yang anda inginkan.
4. Tentukan tarikh, masa, dan lokasi majlis rumah terbuka
Pilihan yang terbaik untuk menjimatkan wang, masa, dan tenaga ialah semestinya di rumah sendiri pada hujung minggu (Sabtu atau Ahad) sewaktu makan tengahari.
Ini kerana kebanyakan tetamu mungkin sudah tahu di mana lokasi anda, dan majlis yang dibuat pada hari cuti dan semasa tengahari akan akan menarik lebih ramai tetamu untuk datang.
5. Gunakan perkakas pakai buang yang mesra alam
Untuk majlis sederhana kecil dan kecil, anda digalakkan untuk menggunakan perkakas pakai buang mesra alam, sama ada pinggan, mangkuk, cawan, sudu, garfu, dan sebagainya yang diperbuat daripada kertas atau bahan yang boleh dikitar semula.
Dengan itu anda tak perlu ‘bertarung’ di dapur bagi mencuci segala pinggan mangkuk; selain dapat menjimatkan air dan juga mengurangkan risiko perkakas hidangan makanan daripada pecah (terutama jika ada tetamu dengan anak-anak kecil).
6. Gunakan peralatan yang boleh digunakan semula
Untuk anda yang rajin menganjurkan majlis rumah terbuka, sebaiknya anda gunakan peralatan yang boleh diguna semula untuk majlis-majlis yang akan datang, contohnya seperti lampu pelita bateri (sebagai hiasan).
7. BONUS: Apa yang anda boleh buat jika terdapat lebihan makanan
Lumrah hidup, manusia hanya mampu merancang, namun hasilnya tak selalu seperti yang dijangkakan. Jika terdapat lebihan makanan, anda masih boleh mengelakkan pembaziran sama ada dengan:
- Membungkuskan makanan tersebut dan beri kepada jiran,
- Simpan di dalam freezer untuk dimakan kemudian hari, atau
- Berikan kepada food bank di sekitar Lembah Klang ini yang terdekat dengan anda.
- Kompos sisa makanan untuk dijadikan baja.
Selain membantu dalam mengelakkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran makanan apabila anda menganjurkan majlis rumah terbuka, kesemua tips ini juga sebenarnya memudahkan lagi anda untuk melayan para tetamu yang datang dan meluangkan lebih banyak masa yang berkualiti dengan mereka.
Ini kerana anda tak akan disibukkan dengan hal-hal seperti mencuci pinggan, menghidangkan semula makanan di meja hidangan, dan sebagainya; sekaligus mengurangkan tekanan yang biasanya dialami tuan rumah.
Biar kami padankan anda dengan yang sesuai dengan anda!
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Co-opbank Pertama (CBP),iaitu Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama.
Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!