Sekiranya anda ingin memohon pembiayaan peribadi, anda perlu memastikan anda memilih yang terbaik!
Dalam era moden seperti hari ini, memiliki pinjaman atau pembiayaan kewangan sudah menjadi suatu kebiasaan. Mungkin 20 atau 30 tahun dahulu ia dipandang sebagai sesuatu yang negatif tetapi kini ramai sudah dapat melihat kelebihan yang boleh diperolehi darinya.
Malah, majoriti dalam kalangan kita mempunyai pelbagai pinjaman seperti pinjaman peribadi, perumahan, pendidikan, kenderaan, dan lain-lain lagi. Pembiayaan kewangan, secara amnya, adalah di antara yang semakin melonjak sambutannya mutakhir ini.
Namun, tidak semua pembiayaan peribadi mempunyai ciri-ciri yang sama. Sekiranya anda ingin memohon pinjaman peribadi, pastikan anda tahu ciri-ciri dan perbezaan yang ada bagi memastikan anda mendapat manfaat yang terbaik.
Berikut adalah beberapa perbezaan yang terdapat pada pembiayaan peribadi:
- Bercagar vs tak bercagar
Pinjaman peribadi bercagar (secured personal loan) adalah jenis pinjaman yang memerlukan penjamin atau cagaran sebagai syarat permohonan. Cagaran yang diperlukan di sini kebiasaannya adalah hartanah.
Bagi pinjaman peribadi sebegini, ia kebiasaaanya digunakan oleh individu yang mempunyai skor kredit yang buruk. Walau bagaimanapun, mereka yang tidak mempunyai masalah skor kredit juga mungkin meminatinya kerana kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman lain.
Sekiranya gagal menjelaskan bayaran pinjaman, pihak bank boleh mengambil tindakan berikut:
– Memindahkan tanggungjawab dan menuntut bayaran daripada penjamin
– Merampas cagaran yang diletakkan
Pembiayaan peribadi tak bercagar (unsecured personal loan) pula tidak memerlukan sebarang penjamin ataupun cagaran. Ini adalah bentuk pinjaman yang semakin mendapat sambutan, baik dalam kalangan pemohon mahupun pihak bank. Pinjaman jenis ini juga lebih pantas dan lebih mudah diluluskan oleh pihak bank jika pemohon menepati syarat-syarat minima yang ditetapkan. - Kadar faedah tetap vs terapung
Antara pekara untama yang perlu diberi perhatian semasa memohon pinjaman peribadi adalah kadar faedah (atau kadar keuntungan bagi pembiayaan Islam). Secara amnya, faedah adalah yuran yang perlu dibayar selain daripada amaun yang dipinjam.
Kadar faedah tetap tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman. Ia menyingkirkan ketidakpastian atau kejutan kerana peminjam tahu dengan tepat berapa jumlah perlu dibayar secara ansuran setiap bulan.
Kadar faedah terapung adalah berdasarkan Kadar Rujukan (contohnya BLR, BFR, OPR, KLIBOR) yang boleh berubah sepanjang tempoh pinjaman. Kadar Rujukan ini dikawal oleh bank (contohnya BLR) atau ditentukan pasaran (contohnya OPR) dan boleh berubah pada masa itu juga. Pengiraan faedah pinjaman terlibat dalam proses ini.
Anda boleh mendapat keuntungan jika kadar faedah menurun, tetapi pada masa yang sama akan berada dalam situasi yang susah jika kadar faedah naik. - Pinjaman peribadi segera
Juga dikenali sebagai fast approval loan atau instant approval loan, ia adalah pinjaman peribadi yang mempunyai kelulusan permohonan yang cepat. Tidak banyak dokumen yang diperlukan dan pemohon boleh mendapat wang seawal 24 jam sahaja.
Malahan, mereka yang mempunyai skor kredit yang buruk juga boleh memohon. Namun begitu, berbanding dengan pembiayaan peribadi biasa, pinjaman ini mempunhyai kadar faedah yang lebih tinggi. - Pinjaman konvensional vs pembiayaan Islam
Walaupun mempunyai konsep yang hampir sama, perbankan konvensional menggunakan terma ‘pinjaman’ manakala perbankan Islam menggunakan terma ‘pembiayaan’.
Mengikut pinjaman kewangan konvensional, pemberi pinjaman (pihak bank atau institusi kewangan) akan memberi pinjaman kepada peminjam dan memperoleh keuntungan daripada caj faedah yang dikenakan ke atas jumlah prinsipal.
Pembayaran secara ansuran dibuat melalui tempoh yang ditetapkan. Setiap bayaran ansuran yang dibuat peminjam akan diambil sebahagiannya untuk membayar servis faedah. Selebihnya akan digunakan untuk membayar prinsipal.
Mengikut pembiayaan kewangan Islam pula, pihak pembiaya (bank atau institusi kewangan) akan ‘membeli’ sesuatu untuk pelanggan dan kemudian ‘menjual’ kepada pelanggan tersebut dengan kadar keuntungan yang telah dipersetujui. Sebagai ganti kepada faedah, kadar keuntungan ditakrifkan di dalam kontrak.
Oleh demikian, istilah ‘pinjaman’ adalah tidak tepat kerana tidak ada wang yang sebenarnya dipinjamkan kepada pelanggan. Sebaliknya, pihak bank (atau institusi kewangan yang lain) akan ‘membiayai’ barangan bagi pihak pelanggan.
Selain itu, kelebihan lain pembiayaan patuh syariah termasuklah:
- Bebas dari unsur riba
- Caj bayaran lewat yang lebih rendah
- Amaun bayaran yang jelas dan tetap
- Rebat untuk penyelesaian awal
- Perlindungan insurans Takaful
Dapatkan pembiayaan kewangan Islam yang berlesen dengan lebih mudah melalui As-Sidq!
Ada masanya kita perlukan pertolongan kewangan dan selalunya kita perlukannya dengan kadar yang segera. Boleh terjadi atas pelbagai sebab, kerana untuk membayar bil letrik, air, sewa rumah, barang-barang keperluan sekolah anak ataupun pinjaman yang sedia ada. Sampai buntu dekat mana lagi nak cari duit dengan kadar yang segera. Jika anda tersepit di dalam situasi ini, mungkin anda boleh pertimbangkan memohon pembiayaan kewangan Islam yang berlesen!
Di As-Sidq, selain daripada memohon pembiayaan patuh syariah SME,anda juga boleh memohon pembiayan peribadi yang berlesen. Contohnya, PEMBIAYAAN PERIBADI-i KREDIT KOMUNITI JCL CREDIT LEASING i-Fund. Pembiayaan ini merupakan antara pembiayaan Islamik yang telus yang boleh didapati di platform As-Sidq. Pembiayaan peribadi ini terbuka kepada semua termasuklah sektor awam, sektor awam dan juga mereka yang bekerja sendiri.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!