Memang diakui bahawa pada waktu ini ramai yang memerlukan bantuan kewangan. Namun, bagaimanakah mahu memastikan sesebuah pinjaman kewangan itu berlesen?
Pada waktu kemelesetan ekonomi sebegini, ramai yang memerlukan bantuan kewangan. Namun, ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan ke atas situasi sebegini.
Ada di antara mereka adalah scammer yang menyamar sebagai agensi pinjaman peribadi bank. Mereka mengatakan bahawa mereka menguruskan permohonan pinjaman peribadi bank untuk mangsa, dan permohonan tersebut telah lulus. Seterusnya, mereka meminta duit deposit daripada mangsa, kononnya sebagai bayaran ansuran yang akan dipulangkan semula ke dalam akaun mangsa. Malangnya wang tersebut lesap dan penipu terbabit terus mendiamkan diri.
Terdapat juga pihak yang menawarkan pinjaman wang tetapi malangnya mereka tidak berlesen. Pihak yang juga dikenali sebagai Ah Long ini mengenakan kadar faedah dan denda bayar lewat yang melampau tinggi. Selain itu, kebiasaannya tiada hitam putih mengenai perjanjian dan mereka sangat agresif dan mengunakan kekerasan apabila menuntut hutang.
Lantaran itu, masyarakat perlu mempunyai ilmu untuk mengetahui pinjaman wang yang bagaimanakah benar-benar sah dan mempunyai lesen!
Kenali terlebih dahulu Kredit Komuniti berlesen
Mungkin anda pernah dengar mengenai Kredit Komuniti? Ia adalah nama baru bagi syarikat Pemberi Pinjam Wang (PPW) Berlesen. Perubahan nama ini diumumkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempahan (KPKT) pada April 2019.
Syarikat Kredit Komuniti adalah syarikat atau agensi yang ditubuhkan untuk membantu mereka yang mempunyai rekod CTOS atau telah disenaraihitam (blacklist). Di mana, mereka ini tidak dapat memohon pinjaman melalui institusi kewangan seperti Bank atau Koperasi.
Bagaimana mahu mengenali syarikat Kredit Komuniti yang sah?
Orang awam boleh membuat semakan melalui aplikasi i-KrediKom yang dilancarkan pada 5 April 2019 yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store ataupun App Store.
Mengikut laman KPKT, sesebuah syarikat Kredit Komuniti yang sah akan mempunyai maklumat berikut pada lesen perniagaannya:
- Nama individu, syarikat atau firma PEMBERI PINJAM WANG;
- Alamat berdaftar pemohon lesen;
- Alamat operasi perniagaan Pemberi Pinjam Wang yang diluluskan;
- Syarat-syarat yang dikenakan oleh Pendaftar;
- Nombor lesen;
- Tarikh sah mula lesen;
- Tarikh sah tamat tempoh lesen; dan
- Tandatangan Pendaftar/ Timbalan Pendaftar yang meluluskan pengeluaran lesen tersebut
Setiap perjanjian pinjaman perlu diakusaksi!
Mengikut peruntukan Seksyen 27, AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951, setiap perjanjian memberi pinjam wang hendaklah diakusaksi di hadapan seorang Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi, seorang pegawai dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai, Pegawai Daerah atau orang-orang yang dilantik oleh Menteri untuk berbuat sedemikian.
Pengakusaksi hendaklah menerangkan terma-terma akan perjanjian memberi pinjam wang kepada peminjam dan hendaklah mengesahkan pada perjanjian tersebut bahawa peminjam tersebut telah memahami maksud terma-terma dalam perjanjian itu.
Perjanjian pinjaman yang tidak diakusaksi dengan betul boleh menyebabkan perjanjian tersebut terbatal, tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Apakah bayaran yang boleh dituntut oleh syarikat Kredit Komuniti?
Mengikut peruntukan Seksyen 23 AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951, bayaran kos pinjaman yang boleh dikenakan oleh seseorang Pemberi Pinjam Wang kepada peminjam adalah:
a) Fee duti setem yang perlu dibayar di sisi undang-undang;
b) Kos-kos guaman yang berhubung dengan rundingan pemberi pinjaman atau;
c) Jika terdapat apa-apa kos, caj-caj, atau perbelanjaan sedemikian selain daripada tersebut di atas, jumlah tersebut hendaklah boleh didapat balik sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada peminjam atau ditolak terhadap jumlah hutang sebenarnya.
Dapatkan pembiayaan kewangan Islam yang berlesen dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!
Tak dinafikan, kadang-kadang kita memang memerlukan duit dengan segera. Atas pelbagai sebab, boleh jadi kerana untuk membayar bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda.
Di As-Sidq, selain daripada memohon pembiayaan patuh syariah SME,anda juga boleh memohon pembiayan peribadi yang berlesen. Contohnya, PEMBIAYAAN PERIBADI-i KREDIT KOMUNITI JCL CREDIT LEASING i-Fund. Pembiayaan ini merupakan antara pembiayaan Islamik yang telus yang boleh didapati di platform As-Sidq. Pembiayaan peribadi ini terbuka kepada semua termasuklah sektor awam, sektor awam dan juga mereka yang bekerja sendiri.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!