Dalam hidup ini, pasti ada waktunya kita mendapati diri kita berada dalam keadaan yang memerlukan sedikit wang tunai tambahan.
Mungkin rumah anda memerlukan beberapa penambahbaikan atau kecemasan yang telah menyebabkan anda memerlukan wang tunai tambahan dengan cepat.
Dalam hal ini, mengambil pembiayaan peribadi ialah salah satu solusi yang anda boleh pertimbangkan. Bila anda memohon pembiayaan peribadi, bank biasanya akan melihat laporan kredit anda untuk menilai permohonan anda.
Baru-baru ini kami telah menyenaraikan beberapa Pilihan Pembiayaan Peribadi Islamik Kerajaan Untuk Penjawat Awam; di mana terdapat syarikat kredit komuniti dan koperasi yang membenarkan golongan yang telah disenarai hitamkan (blacklisted) dalam laporan CTOS atau mempunyai tunggakan dalam laporan CCRIS mereka untuk memohon pembiayaan.
Walaupun anda dibenarkan untuk memohon tanpa laporan kredit yang baik bagi pembiayaan tertentu, anda digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu daripada kaunselor kewangan (seperti di AKPK atau mana-mana agensi berkaitan).
Berikut ialah senarai perkara yang mungkin dilihat dan dipertimbangkan oleh bank semasa menyemak permohonan pembiayaan peribadi anda. Pastikan anda memenuhi semua syarat kelayakan yang ada beserta dokumen sokongan yang lengkap bagi meningkatkan lagi peluang anda untuk permohonan anda diluluskan:
- Sejarah Pembayaran
Sejarah pembayaran anda adalah salah satu perkara penting yang dilihat oleh bank dalam menentukan kejayaan permohonan pembiayaan peribadi anda.
Jadikan kebiasaan untuk membayar bil anda tepat pada masanya. Rekod pembayaran yang baik dengan syarikat utiliti seperti Indah Water, syarikat telekomunikasi dan pembekal elektrik akan memberi anda skor yang baik. Oleh itu, pastikan anda menyimpan rekod pembayaran anda dengan syarikat-syarikat ini secara teratur demi kemudahan anda dan juga pihak bank.
Jika anda mempunyai pinjaman atau kad kredit di bawah nama anda, jangan biarkan atau tunggu bank mengejar anda untuk membuat pembayaran. Buktikan anda seorang yang bertanggungjawab, konsisten, dan berdisiplin dalam hal ini. Ia akan meyakinkan pihak bank dan meningkatkan peluang permohonan anda diluluskan. - Pemilikan Produk Perbankan Dan Skor Kredit
Anda harus mempunyai sejarah kredit di mana bank boleh mengaksesnya. Ini bagi membolehkan mereka menilai sama ada anda jenis peminjam yang bagaimana dan sejauh mana anda mampu mengurus kewangan anda.
Cara paling mudah untuk memulakan sejarah kredit anda adalah dengan memiliki pelbagai produk perbankan. Memohon kad kredit (tanpa yuran tahunan adalah yang terbaik untuk pengguna baru) adalah cara terpantas untuk memulakan sejarah kredit.
Memastikan pembayaran baki kad kredit bulanan anda tepat pada masanya membuktikan kepada bank bahawa anda mampu membayar yuran anda tepat pada masanya. Selain itu, pastikan juga anda tidak memaksimumkan kad kredit anda kerana ia menunjukkan bahawa anda jenis yang berbelanja melebihi kemampuan.
Ini sekaligus memberi kesan negatif ke atas peluang kelulusan pembiayaan peribadi anda dan meletakkan anda dalam kumpulan yang berisiko lebih tinggi pada pandangan bank, di mana kadar keuntungan anda akan menjadi lebih tinggi.
Memiliki kad kredit dan/atau gadai janji (dimohon di bawah satu nama) dengan mana-mana bank selama lebih satu tahun sebelum anda memohon pembiayaan peribadi akan meningkatkan skor kredit anda berbanding dengan memohon pembiayaan peribadi sebagai produk perbankan pertama anda. - Alamat Tempat Tinggal Yang Terkini
Jangan terkejut jika alamat dan tempat tinggal anda boleh mempengaruhi kelulusan permohonan pembiayaan anda, kerana ia juga dianggap sebagai salah satu kriteria di mana ia boleh menunjukkan kestabilan dan kebolehpercayaan anda sebagai pengguna.
Sering berpindah-randah dalam tempoh yang singkat boleh memberi kesan negatif kerana ia membuatkan anda kelihatan kurang stabil dan juga sukar untuk dijejaki. Selain alamat dan tempat tinggal yang sering berubah, tiada alamat tetap atau menggunakan P.O Box juga akan mengurangkan keyakinan bank.
Walaupun skor penilaian kredit anda tidak terjejas secara langsung oleh alamat anda, tetap ia mempengaruhi maklumat yang dipaparkan dalam laporan. Jika alamat anda sudah lapuk atau tidak betul, ia boleh membawa kepada maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap dalam laporan, seterusnya menjejaskan skor anda. - Gaji Dan Pendapatan Boleh Guna (Disposable Income)
Kedua-dua gaji dan pendapatan boleh guna (iaitu baki selepas membayar segala hutang dan bil anda) memainkan peranan yang penting dalam hal kelulusan pembiayaan. Secara amnya, lebih tinggi gaji anda, lebih tinggi peluang permohonan anda untuk diluluskan.
Walau bagaimanapun, pendapatan boleh guna anda selepas mengambil kira semua perbelanjaan (termasuk membayar pembiayaan yang anda mohon) mestilah sekurang-kurangnya RM850/bulan.
Nisbah beban hutang (DBR) yang rendah akan memberi anda skor yang baik. Ia mesti berada di antara 65% – 85% bergantung pada kurungan pendapatan dan alamat tempat tinggal anda. Jika anda tinggal di kawasan bandar utama atau kawasan kejiranan yang lebih mewah seperti KL, Petaling Jaya atau Subang, kos sara hidup yang lebih tinggi mungkin boleh mengurangkan peratusan DBR anda.
Untuk memberi anda gambaran tentang bayaran balik bulanan untuk jumlah pembiayaan peribadi anda, anda boleh gunakan kalkulator pembiayaan peribadi. Ia secara automatik mengira ansuran bulanan pembiayaan peribadi berdasarkan kadar keuntungan yang ditawarkan. - Sejarah Pekerjaan
Dalam hal sejarah pekerjaan, bank ingin melihat sejarah pekerjaan yang stabil. Pihak bank juga turut melihat sejarah pekerjaan yang stabil. Disebabkan itulah, sikap kerap bertukar tempat kerja juga boleh menjejaskan permohonan anda. Inilah sebabnya mengapa perubahan kerja yang kerap boleh menjejaskan anda. - Umur Anda
Untuk mendapatkan pembiayaan peribadi, anda mestilah berumur di antara 21 hingga 60 tahun. - Majikan Semasa
Anda mestilah mempunyai pekerjaan atau sumber pendapatan yang sah untuk memohon pembiayaan peribadi. Skor anda di bawah kriteria ini akan bertambah baik sekiranya:
- Anda diambil bekerja sebagai pekerja tetap
- Anda boleh memberikan bukti pengkreditan gaji tiga (3) bulan terkini anda
- Anda adalah pekerja yang disahkan jawatan
Oleh kerana pembiayaan peribadi biasanya adalah pembiayaan jenis bukan cagaran (maksudnya bank tidak memerlukan anda mencagarkan harta anda sebagai jaminan), setiap bank atau pemberi pembiayaan berlesen mempunyai kriteria kelayakan mereka sendiri untuk menilai kredibiliti permohonan anda dan keupayaan anda untuk membayar balik pembiayaan tersebut. Jadi pastikan anda lihat syarat dan kriteria yang ada dengan teliti sebelum memohon.
Jika anda sedang mencari pembiayaan, Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama merupakan antara pembiayaan terbaik yang anda boleh pertimbangkan. Pembiayaan ini menawarkan pembiayaan peribadi yang istimewa untuk kakitangan sektor awam, GLC serta badan berkanun. Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
Anda layak memohon walaupun anda mempunyai tunggakan dalam rekod CCRIS. Laporan CCRIS (dari aplikasi ‘Credit Bureau’) anda perlu dikemukakan untuk setiap permohonan. Bagi tunggakan diantara 1-2 bulan, kelulusan adalah berdasarkan budibicara. Jika tunggakan anda tiga (3) bulan atau lebih, permohonan anda akan ditolak.
Selain itu, tiada yuran proses dikenakan terhadap pemohon daripada sektor kerajaan, badan berkanun dan GLC. Penjamin atau cagaran juga tidak diperlukan termasuklah bagi kakitangan dengan status kontrak bersambung (kelebihan ini khusus bagi kakitangan Kemas dan Jabatan Perpaduan sahaja).
Pembiayaan ini turut didatangkan dengan Skim Takaful Keluarga Berkelompok. Tempoh pengeluaran amat pantas iaitu dalam tiga (3) hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap.