Situasi semasa ekonomi negara menyebabkan ramai yang memerlukan bantuan kewangan. Sekiranya anda perlukan pembiayaan peribadi sebagai bantuan, ciri-ciri pembiayaan yang bagaimanakah sesuai pada waktu norma baharu sebegini?
Pada penghujung bulan Jun yang lalu, pihak kerajaan telah membenarkan sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) berdaftar dibuka semula setelah tidak beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) yang lalu.
Langkah ini diambil kerana semakin ramai rakyat, khususnya golongan B40 dan peniaga, yang menghadapi tekanan dan bebanan kewangan akibat daripada norma baharu yang sudah berlarutan lebih daripada setahun. Pembiayaan kewangan merupakan salah satu pilihan yang ada untuk meringankan beban kewangan tersebut.
Adakah pembiayaan kewangan sesuai pada waktu norma baharu?
Pembiayaan kewangan mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan untuk menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda. Ia juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.
Walaupun anda mungkin sudah mempunyai penjaman yang lama, ia mungkin berada pada kadar faedah yang tinggi. Pembiayaan yang baru pada kadar keuntungan yang lebih rendah membolehkan anda membayar balik pinjaman sedia ada tersebut pada kadar yang lebih menguntungkan. Kaedah dikenali sebagai penyatuan hutang (debt stacking).
Ciri-ciri pembiayaan kewangan yang sesuai pada waktu norma baharu
Sekiranya anda memilih untuk memohon pembiayaan peribadi pada waktu ini, pastikan ia mempunyai ciri-ciri berikut:
- Ditawarkan oleh institusi berdaftar yang diiktiraf
Apabila anda mengambil pembiayaan daripada institusi yang berdaftar, anda dilindungi undang-undang dan mempunyai garis panduan jika tidak mampu melangsaikan hutang dalam tempoh ditetapkan. Sebaliknya, pinjaman daripada pihak yang tidak diiktiraf (seperti pihak Along) boleh mendatangkan masalah dan risiko ancaman jenayah kepada anda. - Kadar faedah/keuntungan yang rendah
Pastikan pembiayaan yang dipohon adalah sesuai dengan kemampuan, kelayakan, dan kriteria peribadi anda. Kadar faedah/keuntungan yang tinggi akan menyulitkan anda untuk membuat pembayarn balik. - Caj bayaran lewat yang lebih rendah
Caj bayaran lewat dikenakan sebagai bayaran kos rugi yang dihadapi oleh pembiaya akibat pelanggan tidak membayar hutangnya dalam waktu yang ditetapkan.
Sekiranya anda memohon pinjaman kewangan konvensional, anda akan dikenakan faedah kompaun sebagai caj bayaran lewat, iaitu faedah ke atas faedah. Sekiranya anda memohon pembiayaan kewangan Islam pula, caj yang dikenakan hanyalah kepada baki amaun pembiayaan.
Berikut adalah contoh perbezaan di antara kedua sistem tersebut. Sekiranya jumlah pinjaman adalah RM100,000 manakala caj lewat adalah 3%, pengiraan adalah seperti berikut:
PINJAMAN KONVENSIONAL
Bulan pertama: RM100,000 x 3%= RM3000
Bulan kedua: (RM100,000 + RM3000) x 3%= RM3090
Bulan ketiga: (RM100,000 + RM3000 + RM3090) x 3%= RM3182.70
Jumlah denda sekiranya tidak bayar tiga bulan:
RM3000 + RM3090 + RM3182.7 = RM9272.70
PEMBIAYAAN ISLAM
Bulan pertama: RM100,000 x 3% = RM3000
Bulan kedua: RM100,000 x 3% = RM3000
Bulan ketiga: RM100,000 x 3% = RM3000
Secara kesimpulannya, pembiayaan kewangan Islam mempunyai caj bayaran lewat yang lebih rendah. - Ganjaran penyelesaian awal
Kebanyakan pembiayaan Islam juga memberikan rebat sekiranya pelanggan melangsaikan keseluruhan pembiayaan dalam tempoh yang lebih awal. Rebat ini dikenali sebagai “ibra” dan bergantung kepada syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak pembiaya.
Di dalam pinjaman konvesional, bayaran penalti biasanya dikenakan terhadap peminjam sekiranya penyelesaian awal di dalam tempoh terkunci (lock-in period) dilakukan. Pihak bank secara lazimnya akan kenakan caj penalti antara 2% hingga 3% (dari jumlah pinjaman asal) jika anda berjaya melangsaikan keseluruhan baki pinjaman anda seawal tahun kedua atau ketiga pinjaman.
Sebagai contoh, anda mempunyai pinjaman berjumlah RM500,000 dan caj penalti bagi penyelesaian awal pula adalah pada kadar 3%. Maka, jumlah yang anda perlu bayar adalah: RM500,000 x 3% = RM15,000. - Perlindungan insurans takaful
Majoriti pembiayaan kewangan Islam diliputi dengan perlindungan insurans takaful. Pelan insurans ini memiliki ciri patuh Syariah dan adalah berdasarkan konsep kerjasama dan perkongsian risiko.
Tawaran pembiayaan kewangan patuh syariah yang dipadankan khusus mengikut kelayakan dan kriteria anda!
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon. PEMBIAYAAN PERIBADI-i KREDIT KOMUNITI JCL CREDIT LEASING i-Fund merupakan antara padanan pembiayaan Islamik yang telus yang boleh didapati di platform As-Sidq. Pembiayaan peribadi ini terbuka kepada semua termasuklah sektor awam, sektor awam dan juga mereka yang bekerja sendiri.
Anda mungkin tertanya-tanya, masih relevankah untuk memohon pembiayaan peribadi ketika norma baharu. Pembiayaan kewangan dengan kadar keuntungan (bersamaan dengan faedah dalam pinjamanan kewangan konvensional) yang rendah adalah lebih menguntungkan. Ia boleh membantu anda untuk tujuan perniagaan, pelaburan strategik, penambahan aset, perkahwinan, perubatan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, pembiaayan ini menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!