Seperti juga pekerja-pekerja swasta, adakalanya penjawat awam juga memerlukan pembiayaan kewangan. Sekiranya anda tergolong dalam kategori ini, pembiayaan istimewa berikut adalah khusus untuk anda!
Kerjaya sebagai penjawat awam semestinya mempunyai nilai tarikan yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Saban tahun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima jutaan permohonan daripada orang ramai untuk memenuhi pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Malah pada 2016 sahaja, SPA menerima 1.56 juta permohonan bagi mengisi 25,046 kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Sambutan sebegini adalah kerana pelbagai keistimewaan disediakan oleh pihak kerajaan bagi golongan ini. Di antaranya termasuklah skim pencen, kepelbagaian elaun, rawatan kesihatan, dan juga kemudahan pembiayaan.
Pembiayaan yang disediakan kerajaan untuk penjawat awam
- Pinjaman komputer dan telefon pintar
Kemudahan ini adalah untuk pembelian komputer baharu termasuk perkakasan dan perisiannya. Begitu juga dengan pembelian telefon pintar baharu yang dibenarkan adalah termasuk perkakasan tambahan. Amaun pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM5,000.00 dan akan dikira kepada angka ratusan ringgit yang kurang. Maklumat lanjut di sini. - Pinjaman Perumahan
Kemudahan ini disediakan di bawah pengurusan pihak Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Jumlah ini meliputi tujuh jenis pinjaman iaitu:- Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
- Membina rumah di atas tanah sendiri
- Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
- Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
- Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan
- Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP)/LPPSA
- Membuat kerja ubahsuai atas rumah atau petak rumah kediaman
Maklumat lanjut mengenai kemudahan ini boleh didapati di sini.
- Pinjaman kenderaan
Kemudahan ini disediakan untuk penjawat awam yang memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna. Kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai. Had kelayakan maksimum bagi pinjaman kenderaan adalah mengikut kategori jawatan penjawat tersebut. Maklumat lanjut di sini.
Bagaimana pula pembiayaan kewangan peribadi?
Buat masa ini, pihak kerajaan tidak menyediakan sebarang jenis pembiayaan kewangan peribadi buat penjawat awam. Ini adalah kerana mereka bukan institusi kewangan. Sebaliknya, kemudahan ini disediakan oleh institusi kewangan tempatan khusus buat para penjawat awam.
Apakah kelebihan pembiayaan kewangan peribadi untuk penjawat awam?
Sebagai penjawat awam, pembiayaan kewangan peribadi yang ditawarkan institusi kewangan mempunyai kelebihan-kelebihan berikut:
● Tidak memerlukan penjamin
● Pilihan pembiayaan yang berpatutan
● Pilihan kadar keuntungan tetap atau kadar keuntungan terapung
● Pembayaran bulanan akan ditolak secara automatik daripada gaji
● Tempoh pinjaman maksimum 10 tahun
Apakah syarat untuk memohon?
Anda perlu memenuhi kriteria berikut:
● Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap
● Berumur 18 sehingga 60 tahun sewaktu kematangan pinjaman
● Mempunyai pendapatan kasar bulanan minimum RM1,000
● Merupakan pekerja sektor awam atau GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan)
● Sudah bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan
Institusi kewangan yang berbeza mungkin menggariskan keperluan yang berbeza, jadi pastikan anda semak dahulu sebelum memohon.
Mahu dipadankan dengan pembiayaan kewangan Islam yang sesuai dengan keperluan anda?
Memang diakui, ramai yang ragu – ragu untuk memohon pembiayaan kewangan pada waktu kemelesetan ekonomi sebegini. Tetapi sebenarnya, mengambil pembiayaan kewangan dengan kadar keuntungan yang rendah
adalah wajar untuk dipertimbangkan. Terutamanya dengan situasi yang tidak menentu seperti sekarang, kemungkinan akan ada waktu dimana kita perlu memohon pembiayaan kewangan.
Pembiayaan peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis dan Yayasan Ihsan Rakyat merupakan antara pembiayaan Islamik yang telus yang boleh didapati di platform As-Sidq. Boleh membantu anda untuk tujuan perniagaan, pelaburan strategik, penambahan aset, perkahwinan,
perubatan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Dua pilihan pembiayaan ini mungkin antara yang terbaik yang boleh dimohon.
Pembiayaan kewangan baru yang ditawarkan oleh As-Sidq.com mempunyai kadar keuntungan yang lebih rendah dan anda boleh menggunakan sebahagian daripada wang lebihan pembiayaan baru untuk melangsaikan hutang yang sedia ada. Dengan kaedah penyatuaan hutang ini, anda akan membayar balik jumlah yang sama dengan hutang yang terdahulu tetapi dengan satu kadar keuntungan yang rendah.
Baki pembiayaan kewangan ini anda boleh gunakan untuk membiayai perbelanjaan lain, membuat pelaburan, ataupun sebagai modal perniagaan.
As-Sidq adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islamik. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba, gharar, maysir, haram, dan zulm. Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pinjaman peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah. Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!