Makin ramai yang menyedari kepentingan perlindungan takaful, terutamanya buat mereka yang berpendapatan rendah. Kini, terdapat perlindungan khas yang memenuhi keperluan golongan B40!
Perkembangan semasa dunia telah menyebabkan ramai yang mula menyedari kepentingan insurans ataupun takaful. Ia bukan lagi satu pilihan tetapi sebaliknya adalah satu keperluan.
Bagi mereka yang termasuk dalam golongan B40, perlindungan sebegini — terutamanya bagi tujuan kesihatan — amat diperlukan. Tinjauan beberapa statistik membuktikan keadaan ini. Yang pertama, adalah rekod Malaysia yang mempunyai bilangan penduduk obes paling tinggi di Asia. Kedua, adalah data yang menunjukkan kos rawatan perubatan di negara ini bertambah melebihi purata global dan merupakan antara yang tertinggi di Asia Tenggara.
Kenapa perlu pilih takaful dan bukannya insurans kesihatan konvensional?
Takaful ialah suatu skim yang berdasarkan prinsip jamin menjamin atau bantuan bersama. Prinsip ini juga dikenali sebagai ta`awun. Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.
Industri takaful dikawalselia oleh Akta Takaful 1984 yang memberi garis panduan supaya aktiviti takaful selari dengan kehendak Islam.
Sebenarnya, manfaat daripada mengambil perlindungan Takaful ini bukan sahaja boleh dinimati oleh golongan B40, tetapi juga mereka yang termasuk dalam kategori M40.
Kelebihan takaful berbanding insurans konvensional termasuklah:
- Anda menerima keuntungan, bukannya bonus — sebarang lebihan keuntungan yang diperolehi melalui pelaburan akan dikongsi oleh semua pihak. Ini berbeza dengan insurans konvensional di mana syarikat insurans mengaut keuntungan melalui bayaran premium yang dikutip dari anda.
- Patuh shariah — menggunakan konsep seperti tabarru’, wakalah, ju’alah, dan qard. Ia juga bebas dari unsur bebas daripada sebarang unsur riba, maisir dan gharar.
- Pulangan tunai — diberikan sekiranya anda berjaya kekal sihat dan tidak mebuat sebarang tuntutan dalam tempoh perlindungan.
- Bantu membantu — Berbeza dengan insurans konvesional yang berteraskan kontrak jual-beli, takaful adalah berteraskan kontrak tabarru’ (derma).
Takaful untuk golongan B40?
Golongan B40 tidak perlu rasa tersisih dari mendapatkan perlindungan takaful kesihatan. Bank Negara telah menggariskan aspirasi menjelang 2020 untuk memfokuskan pemilikan takaful kepada golongan B40. .
2021 menyaksikan beberapa pilihan perlindungan takaful yang mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah. Walaupun bilangan pemilikan polisi insurans atau takaful dalam kalangan Rakyat Malaysia masih rendah berbanding negara-negara maju yang lain, mungkin kurang yakin dengan insurans konvensional, dengan adanya takaful menjadikan mereka lebih terbuka kerana takaful yang tampak lebih islamik menjadi pilhan orang ramai.