Norma baharu memberi impak yang membesar kepada masyarakat khususnya dari sudut ekonomi. Pada ketika ramai yang sedang bergelut dengan masalah kewangan, adakah anda masih perlu menyimpan dan melabur ketika norma baharu?
Tahun 2021 merupakan tahun yang agak unik, terutamanya jika kita lihat dari sudut perancangan kewangan. Berbanding tahun-tahun sebelum ini, kita sedang berhadapan dengan kemelesetan ekonomi akibat daripada norma baharu.
Mengikut data dari Sistem Insuran Pekerjaan (SIP), seramai 99, 696 pekerja diberhentikan antara Januari hingga 27 November 2020. Selain daripada itu, banyak juga perniagaan, baik yang besar mahupun yang kecil, yang terpaksa gulung tikar.
Pelbagai pengubahsuaian gaya hidup lain juga perlu dilakukan seperti berkerja dan bersekolah dari rumah, sekatan pergerakan, dan ketiadaan perhimpunan yang melibatkan orang ramai.
Lantaran itu, timbul persoalan sama ada kita masih perlu menyimpan wang dan melabur ketika norma baharu. Jawapan yang sesuai adalah bergantung kepada beberapa faktor dan situasi, iaitu:
Adakah anda menghadapi masalah pembelanjaan asas?
Seperti yang diketahui umum, ramai yang telah kehilangan pekerjaan atau berkurangan sumber pendapatan pada waktu norma baharu ini. Ini mengakibatkat kesukaran untuk membayar hutang, bil bulanan, dan keperluaan asas.
Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, menyimpan wang atau melabur sudah pasti bukan menjadi keutamaan. Sebaliknya, tumpuan harus diberikan kepada perbelanjaan asas dan meneruskan kelangsungan hidup.
Selain itu, diharapkan artikel kami “Tips Kewangan Untuk Bertahan Apabila Musibah Melanda Hidup Anda” mampu membantu mengurangkan beban kewangan anda.
Sekiranya anda tidak termasuk dalam kategori ini, terdapat dua persoalan utama yang perlu dijawab, iaitu:
- Adakah simpanan kecemasan anda mencukupi?
Sebahagian daripada pengurusan kewangan yang bijak adalah mempunyai simpanan kecemasan yang mencukupi. Sebahagian pakar kewangan mengatakan simpanan ini harus bersamaan dengan tiga bulan gaji yang anda perolehi. Bagaimanapun, secara idealnya, jumlah tersebut perlu sekurang-kurangnya enam hingga lapan bulan gaji.
Sekiranya simpanan kecemasan anda masih rendah, anda mungkin perlu mengenepikan dahulu pelaburan dan menumpukan kepada simpanan kecemasan ini terlebih dahulu. Malahan, sekiranya anda menghadapi masalah kehilangan pekerjaan seperti yang dinyatakan di awal artikel, simpanan kecemasan inilah yang bakal membantu anda. - Bilakah anda memerlukan wang?
Sekiranya simpanan kecemasan anda sudah stabil dan mencukupi, anda perlu memikirkan bila pula anda perlukan atau mahu menggunakan pulangan wang anda?
Sekiranya perancangan kewangan anda adalah jangka pendek atau sederhana (satu hingga lima tahun), mungkin kaedah simpanan wang adalah lebih lumayan daripada pelaburan. Bagaimanapun, simpanan tersebut boleh mempunyai ciri-ciri pelaburan jangka pendek untuk menjana keuntungan. Contoh simpanan seperti ini adalah deposit tetap dan unit amanah.
Sekiranya perancangan kewangan anda adalah jangka panjang, anda boleh melaburkan wang anda ke dalam bursa saham, emas, forex, cryptocurrency, dan lain-lain lagi.
Bagaimana pula pembiayaan kewangan atau kad kredit ketika norma baharu?
Pembiayaan kewangan yang baharu mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda. Ia juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.
Penggunaan kad kredit juga boleh menguntungkan memandangkan lebih banyak perniagaan yang mengutamakan pembelian dalam talian ketika norma baharu. Malahan, hasil Kajian Impak Mastercard, penggunaan tunai oleh rakyat Malaysia telah berkurang sebanyak 64 peratus sejak bermulanya norma baharu.
Kad kredit juga boleh memberi keuntungan tambahan ketika melakukan pembelian dalam talian, seperti:
- Diskaun, ganjaran, dan cashback
- Perlindungan dari fraud
- Boleh digunakan dalam sebarang matawang
- Kemudahan ansuran
As-Sidq bertanggungjawab untuk menghubungkan anda dengan produk-produk kewangan yang patuh syariah, termasuk pembiayaan kewangan dan kad kredit, yang dikeluarkan oleh rakan niaga strategik yang mengamalkan perbankan Islam. Ia direka sebagai platform sepenuh digital, dengan proses pemadanan dan permohonan yang mudah dan teratur. Ini memastikan proses permohonan anda telus dan tidak rumit.
As-Sidq TIDAK mengeluarkan sebarang produk kewangan atau mengenakan yuran tambahan untuk memohon produk-produk kewangan yang dipamerkan. Ia memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat. Kami memastikan integrasi dengan rakan-rakan kongsi berjalan lancar untuk mempercepatkan proses permohonan anda.