Semenjak sekian lama, istilah ‘media arus perdana’ dikaitkan dengan perantara tradisional seperti akhbar, radio, dan televisyen. Bagaimanapun, dalam kehidupan masa kini yang serba moden, isitilah tersebut telah mengalami evolusi.
Kepesatan teknologi internet dan telefon bimbit telah menjadikan media sosial sebagai sumber maklumat perdana. Malahan, kenderaan terkini juga dilengkapi kemudahan mudah alih yang boleh mengakses media sosial. Ternyata kemudahan internet sudah berada dihujung jari!
Tiada kos yang besar, peralatan yang mahal, atau kemahiran yang tinggi diperlukan untuk menggunakan media sosial. Pengguna mempunyai pilihan untuk menyunting, menambah, mengubah suai tulisan, gambar, video, grafik dan pelbagai model kandungan lain di media sosial.
Keperluan media sosial untuk perniagaan
Kepesatan kemudahan dalam talian di negara ini dapat dilihat pada penggunaan eCommerce ataupun perdagangan elektronik. Mengikut perangkaan yang terkini, terdapat lebih 16.53 juta penduduk Malaysia yang merupakan pembeli atas talian (online shopper). Angka tersebut dianggap di antara tertinggi di rantau ini, memandangkan ia meliputi 50 peratus daripada jumlah penduduk.
Melihat situasi tersebut, media sosial boleh dilihat sebagai satu keperluaan buat sesuatu perniagaan, baik besar mahupun kecil. Di antara kelebihan media sosial kepada perniagaan termasuklah:
- Tempat pemasaran yang efektif
- Capaian pelanggan yang lebih luas dan khusus kepada sasaran
- Kos pengiklanan yang minima
- Maklum balas dan kajian pemasaran dalam waktu sebenar (real-time)
- Interaksi dan ruang khidmat pelanggan
Bagamana cara lariskan produk di media sosial?
- Pastikan kandungan dimuat naik pada waktu puncak — Media sosial seperti Facebook dan Instagram mempunyai versi yang khusus buat perniagaan iaitu “Business Mode”. Versi seperti ini mempunyai fungsi analisa. Di antara data yang diperolehi daripada fungsi tersebut adalah waktu kemuncak para pengikut laman tersebut melayari laman sosial. Sekiranaya anda memuat naik kandungan anda pada waktu-waktu puncak ini, ia akan dapat menembusi lebih ramai pengguna
- Gunakan fungsi iklan — Walaupun fungsi ini memerlukan bayaran, anda boleh mencapai lebih ramai pelanggan. Anda juga boleh khususkan kandangan anda itu supaya dapat dilihat oleh lebih ramai dalam kumpulan sasaran (contohnya: golongan berumur 22-30 tahun ataupun yang tinggal di Lembah Klang). Malahan, kaedah ini lebih berkesan dari kaedah pengiklanan tradisional.
- Wujudkan peraduan yang memerlukan pengguna untuk berkongsi — Umum mengetahui bahawa peraduan adalah kaedah yang mudah untuk mempromosikan sesubuah produk. Kelebihan yang adalah pada media sosial adalah fungsi ‘kongsi’ (share). Apabila anda meletakkan salah suatu syarat pertandingan adalah untuk kongsi kandungan tersebut, secara tidak langsung pelanggan anda turut serta mempromosikan produk anda. Bagi menanmbahkan lagi keberkesanan promosi tersebut, letakkan syarat supaya pengguna ‘tag’ kawan-kawan mereka di ruangan komen!
- Komuniti dalam talian — Media sosial juga mempunyai banyak komuniti yang memenuhi keperluan kumpulan sasaran anda. Biasanya ia adalah dalam bentuk ‘groups’. Mempromosikan produk anda di sini juga adalah kaedah yang baik untuk meningkat jualan. Tetapi, sebaik-baiknya dapat orang persendirian (bukan laman perniagaan) untuk review produk tersebut.
- Pastikan gambar produk adalah berkualiti — Pasti ramai yang bersetuju sekiranya kami katakan masyarat lebih gemar melihat gambar daripada membaca. Hakikatnya gambar yang berkualiti lebih menarik pelanggan berbanding tulisan yang panjang. Tetapi, bagaimana mahu memastikan gambar produk yang dimuat naik adalah berkualiti?
Tip untuk menyerlahkan gambar produk anda
- Wujudkan suasana yang betul — Penggunaan prop atau suasana yang betul penting untuk menarik minat pelanggan. Contohnya, anda menjual produk makanan dalam bungkusan atau dalam tin. Jangan hanya mengambil gambar bungkusan atau tin tersebut begitu sahaja. Itu tidak menarik. Sebaliknya, ambil gambar masakan yang sudah siap dimasak dan dihias cantik kerana itu lebih menyelerakan. Bungkusan atau tin produk anda boleh diselitkan tetapi fokus harus diberi kepada makanan yang sudah siap dimasak tadi.
Contoh lain pula adalah sekiranaya anda menjual tilam. Jangan hanya ambil gambar tilam begitu sahaja. Sebaliknya hiaskan dengan cadar dan bantal. Lumrah manusia suka melihat benda yang cantik, oleh itu anda perlu pastikan produk anda dihiaskan dengan betul. Upah juga seorang model untuk baring ditilam tersebut. Seperti contoh makanan yang sudah siap dimasak sebelum ini, ia menimbualkan suasana penggunaan produk anda kepada pelanggan.
- Guna kamera adalah berkualiti — Anda tidak semestinya perlu menggunakan kamera DSLR yang canggih. Kini sudah banyak telefon bimbit dengan harga sederhana yang mampu mengambil gambar yang berkualiti. Selain itu, ia lebih mudah digunakan berbanding kamera DLSR.
- Pastikan pencahayaan yang betul –– Ini adalah asas fotografi. Sekiranya anda tidak mempuncai sumber cahaya tambahan, pastikan produk diletakkan di kawasan sumber cahaya yang mencukupi seperti tingkap dan sebagainya.
- Gunakan tripod – Tip ini kedengaran mudah tetapi juga mampu menaikan kualit gambar anda. Ia menstabilkan kamera anda dan seterusnya mengurangkan kesan kabur (blur) pada gambar.
- Gunakan teknik penyuntingan yang bersesuaian — Terdapat banyak perisian suntingan yang percuma dan mudah untuk digunakan. Penyuntingan boleh dianggap seperti peralatan mekap di mana ia menjadikan produk anda lebih berketrampilan lagi!
Adakah pembiayaan kewangan masih relevan pada waktu norma baharu?
Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai jenis bantuan termasuk moratorium pembiayaan sedia ada, namun buat ramai, kadar tersebut belum mencukupi bagi menampung perbelanjaan.
Maka, memohon pembiayaan kewangan yang baru mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda.
Pembiayaan kewangan juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.
Sekiranaya anda mahu mengetahui sama ada pembiayaan kewangan sesuai buat anda pada masa kini, layari artikel kami di sini.