Bulan Oktober menandakan kita sudah semakin hampir sampai ke penghujung tahun 2020. Bagaimanapun, nampaknya norma baharu akan berterusan untuk tempoh yang masih panjang lagi.
Bermula bermula jam 12.01 tengah malam pada 14 Oktober, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya sehingga 27 Oktober nanti. Ia turut dikuatkuasakan di Sabah bermula 13 Oktober dan berlanjutan sehingga 26 Oktober.
Tindakan terbaru ini pastinya akan menjejaskan sumber pendapatan sebahagian rakyat Malaysia. Bagaimanapun, terdapat juga sedikit berita baik pertengahan Oktober ini dengan pembukaan permohanan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0.
Siapa layak terima BPN 2.0?
Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan agihan BPN yang dikenali sebagai BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat.
Kumpulan-kumpulan yang terlibat adalah seperti berikut:
- Isi rumah dalam kategori B40 — Bantuan sebanyak RM1000 yang akan dibayar melalui dua fasa iaitu RM700 pada hujung Oktober dan RM300 pada Januari 2021. Terdapat 3.7 juta isi rumah dalam kategori ini.
- Individu bujang dalam kategori B40 — Bantuan sebanyak RM500 yang akan dibayar melalui dua fasa iaitu RM350 pada hujung Oktober dan RM150 pada Januari 2021. Terdapat 3.8 juta individu bujang dalam kategori ini.
- Isi rumah dalam kategori M40 — Bantuan sebanyak RM600 yang akan dibayar melalui dua fasa iaitu RM400 pada hujung Oktober dan RM200 pada Januari 2021. Terdapat 1.4 juta isi rumah dalam kategori ini.
- Individu bujang dalam kategori M40 — Bantuan sebanyak RM300 yang akan dibayar melalui dua fasa iaitu RM2000 pada hujung Oktober dan RM100 pada Januari 2021. Terdapat 1.7 juta individu bujang dalam kategori ini.
Bayaran BPN 2.0 ini akan terus dikreditkan ke akaun yang telah berdaftar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi individu yang mempunyai akaun bank.
Manakala, bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut duit bantuan tersebut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.
Bagaimana memohon BPN 2.0?
Pemohon yang pernah menerima BPN tidak perlu membuat permohonan semula bagi mendapatkan bantuan BPN 2.0. Anda akan menerima bantuan ini secara automatik.
Bagi mereka yang tidak pernah mendapat BPN, anda berpeluang melakukan rayuan dan permohonan baru menerusi laman web Lembaga Hasil atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Bagi permohonan rayuan BPN ini boleh dimohon bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Kategori kelayakan BPN 2.0 ini adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020.
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
i. Kategori BPN 2.0 B40
a) Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.
b) Bujang
- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun
dan ke atas); dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
c) Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
ii. Kategori BPN 2.0 M40
a) Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
- Pendapatan Isi Rumah bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000.
b) Bujang
- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun
dan ke atas); dan
- Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000.
c) Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Adakah pembiayaan kewangan masih relevan pada waktu norma baharu?
Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai jenis bantuan termasuk moratorium pembiayaan sedia ada, namun buat ramai, kadar tersebut belum mencukupi bagi menampung perbelanjaan.
Maka, memohon pembiayaan kewangan yang baru mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda.
Pembiayaan kewangan juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.
Sekiranaya anda mahu mengetahui sama ada pembiayaan kewangan sesuai buat anda pada masa kini, layari artikel kami di sini.