Umum sudah mengetahui bagaimana norma baharu meninggalkan kesan yang besar kepada ekonomi dan sumber pendapatan masyarakat. Ini adalah realiti yang perlu dihadapi oleh penduduk di segenap penjuru dunia.
Jika kita lihat kepada situasi di negara kita sendiri, hampir satu pertiga (29%) rakyat Malaysia sudah mengalami pengurangan pendapatan akibat daripada norma baharu. Malahan, lebih separuh penduduk menjangkakan bahawa pendapatan mereka akan terus terkesan akibat norma baharu.
Perkara ini didedahkan oleh kajian terbaru yang dilakukan oleh pihak Standard Chartered. Data yang diperolehi adalah hasil daripada bancian lebih 12,000 rakyat dewasa yang menetap di Hong Kong, India, Indonesia, Kenya, Mainland China, Malaysia, Pakistan, Singapore, Taiwan, UAE, UK, dan juga AS.
Rakyat Malaysia sedia berusaha keras
Walaupun sektor pekerjaan negara ini terjejas, kajian tersebut menyatakan rakyat Malaysia mempunyai keyakinan terhadap kemampuan mereka untuk terus menjana pendapatan.
Lebih 78% penduduk negara ini lebih cenderung untuk berkerja lebih keras untuk menjana pendapatan lebih berbanding pilihan waktu berkerja yang lebih singkat dengan pendapatan yang kurang.
Rakyat Malaysia juga mahu memperbaiki dan mempelajari pengurusan kewangan yang betul. Kesediaan ini adalah di antara tertinggi dalam kalangan negara yang diselidik iaitu pada tahap 83%.
Situasi semasa telah melahirkan ramai graduan yang mencari pekerjaan pada waktu kemelesetan ekonomi dunia. Akibatnya, generasi muda lebih bersedia untuk menyesuai diri dengan realiti pekerjaan norma baharu.
Kajian tersebut mendedahkan 79% rakyat Malaysia yang berusia dalam lingkungan umur 25 hinga 34 tahun bersedia untuk menjana pendapatan kedua. Secara perbandingan, hanya 69% dalam kalangan mereka yang berusia 55 tahun ke atas bersedia untuk membuat tindakan yang sama.
Dari sudut menukar bidang kebolehan dan kepakaran, 77% daripada mereka yang berusia 18 hingga 44 tahun menyatakan kesediaan untuk berbuat demikian. Bagi kategori umur 55 tahun ke atas, hanya 63% mempunyai keinginan yang sama.
Golongan Milennial dan Generasi Z juga lebih terbuka untuk menghadapi krisis dengan cara membuka perniagaan. Ini dapat dilihat pada angka 64% daripada rakyat Malaysia dalam kategori umur 18 hingga 44 tahun yang mengatakan mereka akan mempertimbangkan mengambil jalan tersebut dalam masa enam bulan berikut. Bagi kategori umur 45 tahun ke atas, hanya 44% terbuka untuk mengambil langkah yang sama.
Statistik lain yang menarik perhatian adalah pilihan untuk berkerja dari rumah dan waktu kerja yang lebih fleksibel. 75% rakyat Malaysia mempunyai keinginan untuk mempunyai sekurang-kurangnya dua hari berkerja dari rumah dalam masa seminggu. Sementara itu, 83% pula mahukan waktu kerja yang lebih fleksibel.
Perkembangan pesat perbankan dalam talian
Norma baharu dan kawalan pergerakan telah menyaksikan kegiatan perbankan dalam talian mengalami perlonjakan. Kegunaan peranti mudah alih teruatamanya, telah menyaksikan kenaikan sebanyak 66%.
Lantaran itu, kegiatan membeli belah dalam talian dan pembayaran tanpa tunai dilihat sebagai sektor yang bakal berkembang pesat. Terdapat peluang yang luas untuk menjana pendapatan dalam sektor ini.
Adakah pembiayaan kewangan masih relevan pada waktu norma baharu?
Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai jenis bantuan termasuk moratorium pembiayaan sedia ada, namun buat ramai, kadar tersebut belum mencukupi bagi menampung perbelanjaan.
Maka, memohon pembiayaan kewangan yang baru mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda.
Pembiayaan kewangan juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.
Sekiranya anda mahu mengetahui sama ada pembiayaan kewangan sesuai buat anda pada masa kini, layari artikel kami di sini.