Norma baharu telah mengubah landskap ekonomi kita semua. Mengikut maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, hampir 50% daripada penduduk tempatan yang berkerja sendiri telah hilang sumber pendapatan dan hampir 95% mengalami penurunan pendapatan. Daripada jumlah ini, 35.5% telah mengalami penurunan pendapatan sebanyak 90%.
Bagi mereka yang makan gaji pula, tinjauan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan lebih 2.4 juta pekerja negara ini akan kehilangan pekerjaan. Ini akan seterusnya mengakibatkan pendapatan seisi rumah berkurangan sebanyak 12%.
Dalam situasi ekonomi sebegini, perlindungan insurans menjadi satu keperluan buat setiap individu. Bagaimanapun, tidak semua pelan perlindungan insurans adalah sama. Di sini, kami menyarankan anda memilih perlindungan Takaful kerana terdapat beberapa kelebihan yang tiada pada perlindungan insurans konvensional.
Apa itu Takaful?
Takaful ialah suatu skim yang berdasarkan prinsip jamin menjamin atau bantuan bersama. Prinsip ini juga dikenali sebagai ta’awun. Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.
Industri takaful dikawalselia oleh Akta Takaful 1984 yang memberi garis panduan supaya aktiviti takaful selari dengan kehendak Islam.
Melabur dalam pelan Takaful berkaitan pelaburan adalah mudah dan tidak memerlukan jumlah wang yang tinggi. Anda boleh memilih untuk membuat sumbangan pada setiap bulan, setiap suku tahun, ataupun sekali setahun.
Bayaran sumbangan anda akan dibahagikan kepada tiga:
- Sebahagian jumlah akan dimasukkan ke dalam dana Tabarru`
- Bayaran Wakalah atau fi pengendali Takaful
- Selebihnya akan dimasukkan ke dalam dana berkaitan pelaburan patuh syariah pilihan anda
Pengeluaran tidak boleh dibuat daripada dana Tabarru`. Ini kerana sumbangan dalam dana ini akan digunakan untuk membayar segala manfaat dan tuntutan, termasuk tuntutan bagi bil rawatan hospital serta hibah.
Pelaburan anda boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ini termasuk mengekalkan jumlah pengeluaran dan baki minimum dalam akaun pelaburan.
Jumlah minimum ini bergantung pada jenis dana berkaitan pelaburan yang dipilih. Sekiranya anda tidak membuat sebarang pengeluaran dan lebih lama dana itu dilaburkan, lebih tinggi pulangan tunai yang dijanakan.
Kelebihan perlindungan Takaful
1. Anda menerima keuntungan, bukannya bonus
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sistem Takaful adalah berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan, dan saling membantu dalam kalangan para pesertanya. Oleh demikian, sebarang lebihan keuntungan yang diperolehi melalui pelaburan akan dikongsi oleh semua pihak, termasuk anda!
Ini berbeza dengan insurans konvensional di mana syarikat insurans mengaut keuntungan melalui bayaran premium yang dikutip dari anda.
2. Patuh shariah
Oleh kerana terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah dengan prinsip syarak seperti riba (faedah), maisir (perjudian) dan gharar (ketidakjelasan), maka masyarakat wajib untuk memilih skim takaful yang diiktiraf sebagai patuh shariah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis akad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (agensi) yang bebas daripada sebarang unsur riba, maisir dan gharar.
3. Pulangan tunai
Tujuan utama sesuatu insurans adalah untuk memberikan perlindungan sekiranya berlaku malapetaka atau kecemasan. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda berjaya kekal sihat dan tidak mebuat sebarang tuntutan dalam tempoh perlindungan?
Bagi sebagian produk Takaful, mereka akan memberikan anda pulangan tunai (cashback) bagi kes sebegini. Amaun yang anda akan perolehi berbeza mengikut pengendali Takaful. Bagi skim insurans konvensional pula, tiada sebarang pilihan seperti ini.
4. Bantu membantu
Berbeza dengan insurans konvesional yang berteraskan kontrak jual-beli, Takaful adalah berteraskan kontrak tabarru’ (derma). Apabila ada peserta lain yang ditimpa musibah, bayaran pampasan kepada peserta tadi diambil daripada tabung derma tadi. Tanpa sedar, anda sebenarnya telah membantu orang lain yang ditimpa musibah.
Terdapat pelbagai jenis perlindungan Takaful, di antaranya adalah bagi tujuan keselamatan, bencana pendidikan, pelaburan, kenderaan, kediaman, dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, yang paling mendapat sambutan adalah perlindungan perubatan dan kesihatan.
Membeli Takaful perubatan mungkin merumitkan dan sukar. Terdapat pelbagai terma dan perlindunga yang berbeza. Oleh yang demikian, nasihat daripada penasihat profesional adalah diperlukan. Bagaimanapun, memiliki perlindungan Takaful masih dianggap sebagai satu kerperluan pada masa kini.
Adakah pembiayaan kewangan masih relevan pada waktu norma baharu?
Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai jenis bantuan termasuk moratorium pembiayaan sedia ada, namun buat ramai, kadar tersebut belum mencukupi bagi menampung perbelanjaan.
Maka, memohon pembiayaan kewangan yang baru mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda.
Pembiayaan kewangan juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.
Sekiranaya anda mahu mengetahui sama ada pembiayaan kewangan sesuai buat anda pada masa kini, layari artikel kami di sini.