Tanahair kita yang tercinta, Malaysia, dikenali sebagai negara yang mempunyai industri perbankan dan kewangan Islamik yang terbaik di dunia.
Industri ini juga memperlihatkan perkembangan yang semakin pesat, seperti yang dinyatakan di dalam laporan tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Pada tahun 2000, pembiayaan Islamik hanya menguasai 5.3% dari bahagian pasaran. Tetapi kini, angka tersebut sudah mencecah 34.9%.
Malahan, pembiayaan Islamik ini turut mendapat sambutan hangat dari golongan bukan Islam di negara ini. Mungkin ada yang tertanya apakah yang menjadi faktor di sebalik peningkatan populariti ini?
Di sini, kami ingin senaraikan 5 kelebihan pembiayaan kewangan Islamik yang perlu anda ketahui:
1) Bebas dari unsur riba
Mengikut pinjaman kewangan konvensional, pemberi pinjaman akan memberi pinjaman kepada peminjam dan memperoleh keuntungan daripada caj faedah yang dikenakan ke atas jumlah prinsipal.
Ini berbeza dengan perbankan Islam dimana konsep “pinjaman” adalah tidak betul. Sebaliknya, istilah dan terma tepat yang digunakan adalah “pembiayaan”. Ini kerana pihak pembiaya akan “membeli” barangan untuk pelanggan dan kemudian menjualnya kepada mereka pada harga yang telah dipersetujui.
Mengikut konsep ini, tidak ada wang yang sebenarnya dipinjamkan kepada pelanggan. Ini menjadikan pembiayaan Islamik bebas dari unsur riba (faedah). Apabila tiada riba, maka tiadalah juga berlakunya penindasan.
2) Caj bayaran lewat yang lebih rendah
Mengikut perbankan Islam, caj bayaran lewat dikenakan sebagai bayaran kos rugi yang dihadapi oleh pembiaya akibat pelanggan tidak membayar hutangnya dalam waktu yang ditetapkan. Caj yang dikenakan hanyalah kepada baki amaun pembiayaan.
Sistem pinjaman konvensional pula mengamalkan konsep faedah kompaun, iaitu faedah ke atas faedah.
Berikut adalah contoh perbezaan di antara kedua sistem tersebut. Sekiranya jumlah pinjaman adalah RM100,000 manakala caj lewat adalah 3%, pengiraan adalah seperti berikut:
PEMBIAYAN ISLAMIK:
Bulan pertama: RM100,000 x 3% = RM3000
Bulan kedua: RM100,000 x 3% = RM3000
Bulan ketiga: RM100,000 x 3% = RM3000
Jumlah denda sekiranya tidak bayar tiga bulan:
RM3000 + RM3000 + RM3000 = RM 9000
PINJAMAN KONVENSIONAL:
Bulan pertama: RM100,000 x 3% = RM3000
Bulan kedua: (RM100,000 + RM3000) x 3% = RM3090
Bulan ketiga: (RM100,000 + RM3000 + RM3090) x 3% = RM3182.7
Jumlah denda sekiranya tidak bayar tiga bulan:
RM3000 + RM3090 + RM3182.7 = RM 9272.7
3) Amaun bayaran yang jelas dan tetap
Mengikut pembiayaan Islamik, jumlah maksimum yang perlu dibayar oleh pelanggan sudah dipersetujui lebih awal. Maka, amaun bayaran adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan.
Ini berbeza dengan pinjaman konvensional. Amaun bayaran akan berubah mengikut perubahan Kadar Pinjaman Asas (BLR – Base Lending Rate). Ini merupakan kadar faedah minimum yang dikira oleh institusi-institusi perbankan. Ia berdasarkan formula yang mengambil kira kos perbelanjaan institusi-institusi dan caj-caj pentadbiran lain.
4) Rebat untuk penyelesaian awal
Kebanyakan pembiayaan Islamik juga memberikan rebat sekiranya pelanggan melangsaikan keseluruhan pembiayaan dalam tempoh yang lebih awal. Rebat ini dikenali sebagai “ibra” dan bergantung kepada syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak pembiaya.
Di dalam pinjaman konvesional, bayaran penalti biasanya dikenakan terhadap peminjam sekiranya penyelesaian awal di dalam tempoh terkunci (lock-in period) dilakukan. Pihak bank secara lazimnya akan kenakan caj penalti antara 2% hingga 3% (dari jumlah pinjaman asal) jika anda berjaya melangsaikan keseluruhan baki pinjaman anda seawal tahun kedua atau ketiga pinjaman.
Sebagai contoh, anda mempunyai pinjaman berjumlah RM500,000 dan caj penalti bagi penyelesaian awal pula adalah pada kadar 3%. Maka, jumlah yang anda perlu bayar adalah: RM500,000 x 3% = RM15,000.
5) Perlindungan insurans Takaful
Majoriti pembiayaan kewangan Islamik juga diliputi dengan perlindungan insurans Takaful . Pelan insurans ini memiliki ciri patuh Shariah dan adalah berdasarkan konsep kerjasama dan perkongsian risiko.
Apakah perbezaan dan kelebihan perlindungan insurans Takaful berbanding dengan plan insurans konvesional ? Kami akan memperincikan dengan lebih mendalam pada artikel lain pada masa hadapan.
Maka, sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, pembiayaan Islamik adalah pilihan yang baik. Kini, proses permohonan juga sudah menjadi lebih mudah dengan kewujudan platform digital pembiayaan peribadi Islamik Malaysia iaitu Assidq.com. Ia diuruskan oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd, (anak syarikat Sedania Innovator Berhad), yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi kewangan (FinTech) di Malaysia sejak 2009. Sedania As Salam telah menghasilkan produk ASSIDQ, produk digital pertama didunia patuh Syariah untuk pembiayaan peribadi Islamik.
Bagaimana memohon pinjaman peribadi?
Salam Encik, maaf diatas maklum balas yang lambat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, Encik boleh pergi ke laman sesawang kami, https://securepage.assidq.com/ .Terima kasih.
Saya sudah apply tapi belum dapat apa2 feedback..
Salam Puan/Cik Shamunierah, boleh saya dapatkan nama penuh Puan/Cik untuk saya semak di dalm perkhidmatan kami.
Terima Kasih dan Minta maaf diatas segala kesulitan.
Berapa had maksimum