Ramai rakyat Malaysia tersenyum lebar sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan pada 7 Jun yang lalu. Arahan yang berkuatkuasa dari 10 Jun hingga 31 Ogos itu memberikan lebih banyak kelonggaran kepada rakyat dari sudut pergerakan dan aktiviti harian.
Hampir semua aktiviti sosial dan perniagaan boleh beroperasi semula secara berperingkat. Aktiviti berkumpul seperti mesyuarat dan bengkel turut dibenarkan. Bagaimanapun, ia perlu mematuhi syarat protokol kesihatan dan mengomptimumkan ruang. Ini adalah selaras dengan norma baharu yang perlu dihadapi oleh seluruh masyarakat.
Di antara kelonggaran yang disambut baik oleh masyarakat adalah kebenaran untuk melakukan aktiviti keagamaan seperti solat Jumaat dan fardu berjemaah. Sambutan perayaan Aidiladha dan pelaksanaan ibadah korban juga dibenarkan. Bagaimanapun, kebenaran itu tertakluk kepada zon dan prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa agama Islam.
Malaysia dan ibadat haji 2020
Setelah mendapat pandangan pelbagai pihak, Lembaga Tabung Haji (TH) telah memutuskan untuk menangguhkan semua urusan berkaitan operasi haji bagi Musim Haji 2020 (1441H). Ini adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Malaysia untuk tidak menghantar jemaah haji negara ke Tanah Suci atas faktor keselamatan dan kesihatan.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhg Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, semua bakal haji yang gilirannya diperuntukkan pada tahun 2020 akan diberi keutamaan untuk menunaikan fardu haji pada tahun 2021. Bagi bakal haji yang gilirannya adalah pada tahun 2021, mereka akan turut diberi peluang tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa
Semua bayaran haji yang telah didebit akan dipulangkan semula mengikut kadar penuh ke dalam akaun TH masing-masing dalam masa terdekat. Jumlah bayaran haji tersebut juga layak menerima agihan keuntungan bagi tahun 2020. Terdapat kira-kira 31,600 jemaah haji Malaysia yang sepatutnya ke Tanah Suci pada tahun ini.
Norma baharu dan impak kepada ibadat haji
Ibadah haji merupakan salah satu amalan ibadah wajib kepada umat Islam yang berkemampuan dan berkeupayaan. Ia perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Ia adalah satu acara perhimpunan keagamaan terbesar di dunia. Dianggarkan bahawa lebih dua juta jemaah haji hadir di Arab Saudi pada setiap tahun.
Ibadah haji pada tahun ini sepatutnya bermula dari 29 Julai sehingga 4 Ogos hadapan. Bagaimanapun Arab Saudi setakat ini masih belum menarik kembali larangan perjalanan antarabangsa yang dikuatkuasakan sejak 20 Mei lalu.
Selain Malaysia, beberapa negara lain turut membuat keputusan untuk menangguhkan penghantaran jemaah haji ke Arab Saudi pada tahun ini. Ini termasuklah India, Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand, dan Brunei.
Sekiranya kerajaan Arab Saudi muktamadkan rancangan penangguhan haji pada tahun ini, ia merupakan kali pertama sejak sejak penubuhan negara tersebut pada tahun 1932. Menurut laporan The Financial Times, mereka dijangka berdepan kerugian mencecah AS$12 bilion (RM51.25 bilion) sekiranya perkara itu terjadi.
Penutupan Masjidil Haram mengikut sejarah
Norma baharu telah mengejutkan banyak pihak. Ini termasuklah berita dan imej yang tular mengenai penutupan Masjidil Haram di Mekah semenjak Mac lalu.
Bagaimanapun, sekiranya kita menyingkap sejarah, ini bukanlah kali pertama Masjidil Haram ditutup kepada orang awam. Hakikatnya, bermula tahun 865 hingga 1987, kawasan masjid tersebut sudah ditutup sebanyak 40 kali. Di antara punca penutupan termasuklah peperangan, kebakaran, wabak penyakit, dan proses baik pulih.
Pada tahun 1814, wabak taun telah melanda Tanah Suci sehingga mengorbankan lebih jemaah haji. Seterusnya, pada 1831, tiga perempat jemaah haji tahun berkenaan terkorban akibat wabak yang dipercayai datang daripada India.
Penguasa Makkah juga telah menutup Masjidil Haram daripada kehadiran jemaah haji untuk melaksanakan ibadat berkenaan pada 1850, 1865 dan 1883 apabila berlakunya penyebaran wabak penyakit.
Pada 1864, pernah 1,000 orang penziarah telah terkorban dalam sehari kerana wabak penyakit yang sangat berbahaya hingga menyebabkan ibadat haji dikecualikan pada tahun berikutnya.
Norma baharu dan kesan ekonomi
Mengikut maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, hampir 50% daripada penduduk tempatan yang berkerja sendiri telah hilang sumber pendapatan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan pada 18 Mac yang lalu.
Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai jenis bantuan termasuk moratorium pembiayaan sedia ada, namun buat ramai, kadar tersebut belum mencukupi bagi menampung perbelanjaan.
Adakah pembiayaan kewangan masih relevan pada waktu norma baharu?
Memohon pembiayaan kewangan yang baru mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda.
Pembiayaan kewangan juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.
Sekiranaya anda mahu mengetahui sama ada pembiayaan kewangan sesuai buat anda pada masa kini, layari artikel kami di sini.
2 thoughts on “Norma Baharu: Haji dan Aidiladha”
Comments are closed.