Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dikuatkuasakan pada 18 Mac yang lalu telah memasuki beberapa fasa. Arahan yang terkini, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang berkuatkuasa dan akan berlanjutan sehingga 31 Ogos.
Walaupun kita kini berada dalam keadaan norma baharu,terdapat lebih banyak kelonggaran yang diberikan kepada rakyat Malaysia melalui PKPP ini. Hampir semua aktiviti sosial dan perniagaan boleh beroperasi semula secara berperingkat. Aktiviti berkumpul seperti mesyuarat dan bengkel turut dibenarkan. Bagaimanapun, ia perlu mematuhi syarat protokol kesihatan dan mengomptimumkan ruang.
Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa sekolah dibuka kepada murid tingkatan 5 dan 6 bermula 24 Jun 2020. Buat pelajar yang berada pada tahap yang lain pula, masih tiada garis masa diberikan untuk kembali ke sekolah.
Bagi mereka yang perlu kembali semula ke sekolah, KPM telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menghasilkan garis panduan setebal 34 mukasurat mengenai norma baharu yang perlu dipatuhi di sekolah.
Di antara prosedur yang perlu dipatuhi termasuklah:
- Pemeriksaan suhu badan di pintu pagar sekolah
- Penyediaan bilik isolasi (pengasingan)
- Waktu rehat dijalankan secara berperingkat
- Pelajar perlu makan di dalam kelas masing-masing
- Susunan meja dalam kelas mesti dalam jarak satu meter
- Arah laluan bagi pelajar ditanda dengan anak panah bagi mengelakan pertembungan
Norma baharu dan pembelajaran di rumah telah membuatkan ramai ibubapa sedar bahawa tugas mendidik anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Malahan, situasi terkini ini telah mendedahkan bahawa perlunya ada perubahan dalam sistem persekolahan dan pembelajaran.
Mengikut seorang Pembantu Professor di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Rosemaliza Mohd Kamalludeen, norma baharu mempengaruhi persekolahan dan pembelajaran melalui empat aspek utama, iaitu:
- Perubahan kawasan pembelajaran
Sejak sekian lama, ramai dalam kalangan kita yang mengaitkan pembelajaran, baik di sekolah mahupun universiti, dengan suasana dalam kelas. Bagaimanapun, dengan dunia memasuki era Web 2.0 (fasa kedua pembangunan internet yang memberi penekanan perkongsian maklumat oleh pengguna), pembelajaran kini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan ia mempunyai capaian internet yang baik.
Pembelajaran kini boleh dilakukan secara maya dengan penggunaan peranti seperti komputer riba dan telefon pintar. Perkongisan maklumat dan perbincangan di antara guru dan murid juga boleh dilakukuan melalui kaedah ini. - Perubahan kaedah pembelajaran
Secara tradisinya, guru akan mengajar dengan kaedah yang sama buat semua anak muridnya. Bagaimanapun, respon dan kaedah belajar yang terbaik buat manusia adalah berbeza di antara satu sama lain.
Seorang murid mungkin akan dapat memahami sesuatu konsep secara menonton video. Murid yang lain pula akan cemerlang dengan cara membaca buku.Kaedah pembelajaran yang khusus kepada kemampuan individu adalah perlu bagi sistem pendidikan moden.
Norma baharu dan pembelajaran di rumah memudahkan ini untuk dilakukan kerana pelajar boleh memilih kaedah yang sesuai untuk dirinya tanpa perlu mengikut rakan sekelasnya yang lain. - Perubahan tanggungjawab mengajar
Oleh kerana pembelajaran kini dilakukan di rumah, tanggungjawab untuk mengajar kini tidak lagi khusus kepada para guru. Sebaliknya, ibubapa dan ahli keluarga yang lain juga perlu memantau perkembangan murid tersebut. - Perubahan penilaian prestasi
Norma baharu bukanlah suasana yang terbaik bagi sistem penilaian berasakan peperiksaan. Oleh sebab itu, sistem penilaian prestasi yang lain diperlukan bagi mengukur pencapaian dan kemajuan pelajar.
Kaedah ‘formative assessment’ seperti demonstrasi projek sains, permainan aplikasi matematik, penulisan, dan lain-lain boleh diaplikasikan sebagai ganti kepada peperiksaan.
Kos tambahan untuk pembelajaran pada waktu norma baharu?
Tidak dinafikan, kos tambahan bagi pembelajran mungkin diperlukan sewaktu norma baharu ini. Peranti yang bersesuaian, alat pembelajaran sokongan, dan kemudahan internet yang baik bukanlah sesuata yang dimiliki oleh semua.
Pada waktu ekonomi yang tidak stabil ketika norma baharu ini, kos tambahan ini mungkin membebankan. Pada keadaan sebegini, wujud persoalan — adakah pembiayaan kewangan masih releven?
Adakah pembiayaan kewangan masih relevan pada waktu norma baharu?
Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai jenis bantuan termasuk moratorium pembiayaan sedia ada, namun buat ramai, kadar tersebut belum mencukupi bagi menampung perbelanjaan.
Maka, memohon pembiayaan kewangan yang baru mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda.
Pembiayaan kewangan juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.
Sekiranaya anda mahu mengetahui sama ada pembiayaan kewangan sesuai buat anda pada masa kini, layari artikel kami di sini.