Norma baharu kehidupan sememangnya sesuatu yang kelihatan agak sukar bagi masyarakat. Ini akibat daripada sifat semulajadi majoriti manusia yang sukakan rutin dan zon selesa.
Namun, situasi masa kini menyaksikan kita terpaksa bergelut cabaran yang tidak pernah dialami. Kemelut ini bukan sahaja perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia, tetapi juga merupakan realiti penduduk seluruh dunia. Bagaimanapun, penyuasaian norma baharu ini bukan sahaja boleh membantu mencegah jangkitan pelbagai penyakit, ia juga menjadikan rakyat lebih sihat, bersih, dan kuat.
Norma baharu ini termasuklah amalan penjarakan sosial, penjagaan kebersihan diri, penggunaan pembasmian kuman, dan mengelak situasi berkumpulan. Lantaran itu, pelbagai perubahan perlu dilakukan dari sudut kaedah bekerja, pergaulan sosial, riadah, dan pelbagai aspek lain kehidupan.
Selain itu, norma baharu turut mempengaruhi pengurusan kewangan. Aspek penting ini juga perlu melalui beberapa penyesuaian sesuai dengan keadaan semasa. Berikut adalah beberapa yang mesti anda lakukan:
- Nilai semula belanjawan anda
Belanjawan bulanan membolehkan pengurusan kewangan anda menjadi lebih tersusun dan mampu mengawal perbelanjaan luar kawal. Terdapat pelbagai kaedah untuk menyediakan belanjawan.
Di antara kaedah yang popular adalah kaedah 50/30/20. Di sini, 50% daripada pendapatan bersih tadi diperuntukan kepada semua keperluan anda, 30% buat semua perbelanjaan kemahuan, dan 20% peruntukan buat matlamat kewangan anda.
Norma baharu telah nejejaskan pendapatan bulanan sebilangan besar rakyat. Pastikan belanjawan anda adalah berdasarkan pendapatan dan keperluan terkini. - Kenalpasti kemahuan dan keperluan yang terkini
Sesuai dengan norma baharu, anda perlu mengenalpasti keperluan dan kemahuan yang terkini.
Selain keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan, kemudahan elektrik dan air, ada juga menyenaraikan pekara-pekara seperti insuran kesihatan dalam kategori keperluan. Kemudahan internet mungkin juga tersenarai sebagai keperluan memandangkan norma baharu telah mewujudkan budaya seperti bekerja dari rumah.
Kemahuan pula adalah perkara-perkara di mana anda mempunyai pilihan untuk berbelanja atau tidak. Di antara contoh bagi kemahuan adalah aktiviti hiburan seperti langganan Astro atau Netflix, percutian, makanan mahal atau berlebihan, yuran gym, dan pakaian atau gajet yang tidak mustahak. - Kemaskini pembayaran pembiayaan anda
Kerajaan pada bulan Mac lalu telah mengumumkan moratorium pinjaman dan pembiayaan, yang mana penangguhan bayaran diberi untuk tempoh enam bulan.
Lebihan tunai dalam tangan perlu dimanfaatkan dengan sewajarnya. Anda boleh menggunakannya untuk mengurangkan hutang yang sedia ada, simpanan baru, dan juga pelaburan. Hutang tertunggak seperti kad kredit yang mempunyai faedah yang tinggi perlu diberikan penekanan. - Pastikan tabung kecemasan tersedia
Setelah menilai semula belanjawan anda dengan memastikannya sesuai dengan norma baharu, anda boleh mengenal pasti amaun yang diperlukan untuk hidup selama enam bulan sekiranya anda kehilangan pekerjaan.
Anda dinasihatkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya nilai enam bulan gaji dalam dana kecemasan. Malahan, dalam keadaan norma baharu di mana banyak perniagaan ditutup atau mengalami masalah kewangan, simpanan sebanyak 12 bulan adalah tidak keterlaluan. Sekiranya pendapatan anda adalah terhad, potong sedikit daripada bahagian perbelanjaan peribadi untuk dimasukkan ke dalam dana kecemasan. - Laburkan wang anda
Pelaburan adalah salah satu bentuk ‘pendapatan pasif’ iaitu wang itu berkerja untuk anda. Ia juga memberi kadar pulangan yang lebih baik dan lebih terlindung daripada ancaman inflasi.
Terdapat banyak jenis pelaburan yang boleh anda buat termasuklah:
- Deposit tetap
- Koperasi
- Unit amanah
- Bursa saham
- Hartanah
- Takaful
- Emas dan perak
Bagaimanapun, pastikan anda mempunyai ilmu serba sedikit mengenai jenis pelaburan yang ingin anda ceburi. Anda boleh mendapatkan tip-tip pelaburan dengan melayari artikel-artikel lain yang terdapat di laman blog Assidq.
Adakah pembiayaan kewangan masih relevan pada waktu norma baharu?
Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai jenis bantuan termasuk moratorium pembiayaan sedia ada, namun buat ramai, kadar tersebut belum mencukupi bagi menampung perbelanjaan.
Maka, memohon pembiayaan kewangan yang baru mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda.
Pembiayaan kewangan juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.
Sekiranaya anda mahu mengetahui sama ada pembiayaan kewangan sesuai buat anda pada masa kini, layari artikel kami di sini.