Tahun 2020 ternyata merupakan tempoh yang mencabar buat semua, baik di Malaysia mahupun di luar negara. Punularan wabak COVID-19 bukan sahaja telah menggubah gaya hidup masyarakat tetapi juga keadaan ekonomi semasa.
Dengan penutupan banyak sektor perniagaan kecuali perkhidmatan penting, ramai yang menghadapi masalah kekurangan atau ketiadaan pendapatan.
Mengikut maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, hampir 50% daripada penduduk tempatan yang berkerja sendiri telah hilang sumber pendapatan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan pada 18 Mac yang lalu.
Bagi golongan yang bekerja sendiri dan masih bekerja pula, hampir 95% mengalami penurunan pendapatan. Daripada jumlah ini, 35.5% telah mengalami penurunan pendapatan sebanyak 90%.
Bagi mereka yang makan gaji pula, tinjauan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan lebih 2.4 juta pekerja negara ini akan kehilangan pekerjaan. Ini akan seterusnya mengakibatkan pendapatan seisi rumah berkurangan sebanyak 12%.
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu situasi kewangan anda
Sudah pasti keadaaan semasa ini merisaukan ramai dalam rakyat tempatan. Tidak cukup dengan ancaman kesihatan, kini masalah kewangan pula hadir membebani sebilangan besar penduduk.
Di antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu situasi kewangan tersebut termasuklah:
- Senaraikan dan dapatkan bantuan yang anda layak terima
- Pastikan anda layak mendapatkan penangguhan bayaran balik pinjaman/pembiayaan untuk Individu dan PKS (perusahaan kecil dan sederhana)
- Ketahui hak anda sebagai penyewa
- Utamakan keperluan asas
- Jual barang atau perkhidmatan dalam talian untuk menambah pendapatan
- Dapatkan sokongan emosi jika anda tertekan
Sekiranya anda mahu membaca huraian kami yang lebih terperinci mengenai langkah-langkah di atas, jangan lupa layari artikel kami di sini.
Bagaimana pula dengan pembiayaan kewangan? Adakah ia masih releven pada waktu COVID-19?
Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai jenis bantuan termasuk moratorium pembiayaan sedia ada, namun buat ramai, kadar tersebut belum mencukupi bagi menampung perbelanjaan.
Maka, memohon pembiayaan kewangan yang baru mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda.
Pembiayaan kewangan juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) telah mengesahkan bahawa permohonan pinjaman serta pembiayaan kewangan akan diteruskan semasa tempoh PKP dan PKPB ini. Mereka juga telah memberi jaminan kepada PKS bahawa pembiayaan daripada 26 bank yang menjadi anggotanya sudah tersedia untuk peminjam yang layak.
Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan
Terdapat pelbagai pinjaman dan pembiayaan kewangan peribadi yang ditawarkan oleh bank, koperasi, dan agensi berlesen. Kebanyakan tawaran ini bernilai di antara RM2,000 sehingga RM200,000 serta mempunyai tempoh kelulusan yang cepat.
Dengan pelbagai tawaran di tangan anda, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan semasa membuat pilihan:
- Ketahui APR — APR adalah kadar peratusan tahunan dalam bentuk faedah atau kadar keuntungan (bagi pembiayaan patuh shariah). Kadar APR bergantung kepada penilaian pihak bank terhadap keadaan risiko kewangan anda.
- Berapa kos keseluruhan — Anda perlu menjumlahkan APR serta yuran-yuran lain. Pastikan kadar bayaran bulanan mampu dibayar.
- Bila anda perlukan wang — Adakah anda perlukan wang pembiayaan dengan segera?
- Berapa tempoh bayar balik — Lebih lama tempoh pembiayaan biasanya bermakna APR yang lebih tinggi
- Ciri-ciri lain — sebahagian bank mempunyai ciri-ciri istimewa mereka yang tersendiri. Contohnya kad kredit percuma.
Layakkah saya untuk memohon?
Kelulusan sesuatu permohonan pembiayaan kewangan bergantung kepada beberapa perkara. Antaranya adalah Nisbah Khidmat Hutang (DSR), profil risiko, penilaian harta, tempoh bekerja, dan skor kredit anda.
Skor kredit adalah satu sistem pemarkahan yang menentukan kesihatan kredit (kewangan) anda. Ia menilai sejarah kewangan anda dan memaklumkan kepada institusi kewangan kemampuan anda untuk membayar balik pembiayaan anda.
Skor kredit yang baik boleh meningkatkan peluang anda mendapatkan pinjaman atau kadar faedah yang lebih baik, serta pinjaman anda akan lebih cepat diluluskan dan sebagainya. Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai skor kredit, layari artikel kami di sini.
Kenapa perlu pilih pembiayaan kewangan Islamik?
Di dalam perbankan Islam, konsep “pinjaman” adalah tidak betul. Ini kerana pihak pembiaya akan “membeli” barangan untuk pelanggan dan kemudian menjualnya kepada mereka pada harga yang telah dipersetujui.
Di antara kelebihan yang ada pada pembiayaan kewangan Islamik berbanding pinjaman konvensional adalah:
- Bebas dari unsur riba
- Caj bayaran lewat yang lebih rendah
- Amaun bayaran yang jelas dan tetap
- Rebat untuk penyelesaian awal
- Perlindungan insurans Takaful
Faktor-faktor di atas bukan sahaja menjadikan pembiayaan Islamik pilihan dikalangan golongan Muslim sahaja, tetapi dikalangan non-Muslim.
Pembiayaan kewangan yang bukan sahaja sah tetapi juga benar-benar halal
Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, pergilah kepada bank atau agensi yang sah. Pembiayaan kewangan Islamik adalah pilihan yang terbaik. Kini, proses permohonan juga sudah menjadi lebih mudah dengan kewujudan platform digital pembiayaan peribadi Islamik Malaysia iaitu Assidq.com.
Kami menghubungkan anda dengan pelbagai produk-produk kewangan Islam yang ditawarkan oleh rakan strategik yang terdiri daripada Institusi-Institusi Perbankan Islam dan Agensi-Agensi Kredit yang diiktirafkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) serta Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan (KPKT).