Demi memutuskan rantaian penularan COVID-19 di Malaysia, kerajaan telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini. Sepanjang tempoh ini, pergerakan rentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri tidak dibenarkan.
Manakala aktiviti ziarah-menziarahi pula hanya dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama, dengan syarat tidak lebih daripada 20 orang dalam satu-satu masa, dan masing-masing hendaklah mengamalkan penjarakan sosial dan memakai topeng sepanjang bersama-sama.
Bagi Solat Aidilfitri di masjid pula, kerajaan masih dalam perbincangan sama ada ia dibenarkan atau tidak. Setakat 21 April, Muzakarah fatwa telah menyarankan agar solat raya dijalankan di rumah tahun ini.
Walaupun kini kita dibenarkan untuk keluar makan di restoran dan membeli barangan di kedai-kedai termasuk kedai pakaian (kecuali aktiviti fitting pakaian yang masih dilarang) sejak bermulanya PKPB, pakar perubatan menasihatkan orang ramai untuk bekerjasama dalam mencegah ‘kluster shopping raya’ dengan membeli-belah di atas talian. Ini kerana bersesak-sesak di pusat membeli-belah boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan.
Anda boleh cegah ‘kluster shopping raya’ di musim pandemik ini dengan membeli-belah dalam talian. Dapatkan enam promosi raya berikut yang hanya ada dalam talian:Jualan Istimewa Raya “Rasa Sayang” di CJ WOW Shop
Jualan istimewa sempena raya, Rasa Sayang, di CJ WOW Shop ini telah bermula sekarang sehingga 23 Mei 2020. Selain diskaun sebanyak 70% bagi pelbagai barangan, contohnya seperti langsir, balang biskut marble, atau baking tray; anda boleh dapatkan tawaran istimewa yang berlainan setiap lima hari. Selain itu, anda berpeluang mendapatkan pulangan tunai sebanyak 5% ketika berbelanja.
1.Promosi Raya “Kongsi Aidilfitri” di Shopback
Nikmati pulangan tunai sehingga 7.5% apabila anda membeli pakaian, produk kecantikan, makanan, dan barangan dapur dengan promosi Kongsi Aidilfitri oleh Shopback.
2.Jualan Raya “Salam Mubarak” di Lazada
Jualan raya Salam Mubarak yang sedang berlangsung di Lazada ini memaparkan pelbagai tawaran istimewa yang berlainan pada setiap hari sehingga hujung bulan. Antara tawaran yang boleh anda dapati ialah baucar khas seperti diskaun sebanyak RM10, penghantaran percuma, beli dua jimat 10%, dan diskaun sehingga 80% bagi pelbagai produk. Pastikan anda dapatkan apa yang anda nak secepat mungkin kerana tawaran akan berubah setiap hari.
3.Baucar dan promosi istimewa “Raya Hebat” di Shopee
Sempena Pesta Jualan Raya Hebat di Shopee, anda boleh dapati pelbagai tawaran hebat yang terhad seperti penghantaran percuma, baucar Hebat 50%, pulangan tunai sehingga 20% bagi pelbagai produk, baucar dari jenama tertentu sehingga RM70, dan penghantaran 24 jam bagi barangan dapur. Pastikan anda dapatkan apa yang anda nak secepat mungkin kerana tawaran juga akan berubah dari semasa ke semasa.
4.Potongan tambahan 30% untuk baju raya di Zalora
Dapatkan potongan tambahan sebanyak 30% untuk baju raya di Zalora bagi pembelian minimum RM199. Gunakan kod 30SELECTS apabila anda membeli jenama-jenama tertentu seperti FK by Farah Khan, NH by Nurita Harith, Zalia, Lubna, TAS by Tom Abang Saufi, Ezzati Amira, PETRA, atau RIZALMAN for Zalora.
5.Pelan ansuran bayaran tanpa faedah “Beli Sekarang, Bayar Kemudian” di Fashion Valet
Buat pelanggan yang ingin membeli baju raya yang melebihi bajet, Fashion Valet kini menawarkan pelan ansuran bayaran tanpa faedah selama tiga bulan untuk pembelian atas RM150 (hanya untuk pelanggan warganegara Malaysia sahaja). Selain itu, terdapat juga diskaun khas bagi jenama tertentu serta pakaian raya berjenama di bawah RM300 seperti LILIT, Batika, dUCk, Soonaru, dan Eighty One. Hari terakhir untuk penghantaran sebelum raya ialah pada 17 Mei 2020.
Sebelum anda membeli-belah dalam talian, pastikan anda tidak membeli-belah dalam keadaan lapar kerana ia akan menyebabkan anda berbelanja melebihi keperluan. Anda digalakkan untuk membeli-belah setelah selesai berbuka atau bersahur. Untuk tips yang berkaitan, anda boleh lihat halaman Sumber di AsSidq.com.