Dari sudut sejarah peradaban manusia, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa wabak COVID-19 sudah meninggalkan kesan yang mendalam. Walaupun hanya bermula di wilayah Wuhan di China, ia sudah menular ke serata pelusuk dunia dan menyebabkan banyak kematian.
Tidak cukup sekadar itu, impak besar akibat pandemik ini dapat dilihat pada gaya hidup dan ekonomi manusia yang terjejas. Perintahan berkurung dan kawalan pergerakan yang lama sudah diumumkan oleh pelbagai negara dan dan sektor perniagaan juga banyak terjejas. Laporan juga menunjukan ramai sudah hilang pekerjaan dan sumber pendapat. Malahan,tren ini dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga ke penghujung tahun 2020.
Kesan yang sama juga dapat dilihat berlaku di tanahair tercinta, Malaysia. Sebagai tindakbalas, kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi membantu rakyat yang terjejas sumber pendapatan sama ada secara langsung atau tidak akibat COVID-19. Inisiatif-inisiatif ini adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan baru-baru ini.
Pengeluaran Akaun 2 KWSP
Ramai sudah sedia maklum bahawa pencarum KWSP boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 skim tersebut. Sebelum ini, pengeluaran tersebut hanya dibenarkan bagi tujuan-tujuan tertentu sahaja. Ini termasuklah:
- Kesihatan
- Beli atau bina rumah
- Mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan
- Ansuran bulanan pinjaman perumahan
- Pendidikan
- Jika simpanan melebihi RM1 juta
Bagaimanapun, oleh kerana ramai yang terjejas sumber pendapatan akibat daripada pandemik COVID-19, pengeluaran i-Lestari telah diwujudkan. Ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli dan membantu memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik ini.
Apa ciri-ciri yang terdapat pada i-Lestari?
i-Lestari membolehkan pencarum KWSP mengeluarkan wang maksimum sebanyak RM500 sebulan dari Akaun 2 mereka. Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021. Permohanan pengeluaran i-Lestari bermula 1 April 2020 dan bayaran akan mula dibuat mulai Mei 2020.
Mereka yang layak membuat pengeluaran adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap. Bukan warganegara (Fasa 2) juga layak memohon.
- Berumur di bawah 55 tahun
- Mempunyai baki di dalam Akaun 2
Seandainya jumlah simpanan di dalam Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dipohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.
Bagaimankah kaedah pengeluaran i-Lestari?
Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui TIGA (3) saluran berikut:
1. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun)
Log masuk ke i-Akaun 🡪 pilih tab Pengeluaran 🡪 klik e-Pengeluaran 🡪 klik Permohonan Baru 🡪 pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi.
2. Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik)
Ahli perlu mengimbas dan mengemukan borang permohonan yang lengkap diisi berserta cap ibu jari dan juga semua dokumen yang berkaitan.
3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat:
Borang permohonan yang lengkap diisi berserta cap ibu jari dan juga semua dokumen yang berkaitan perlu dihantar ke alamat berikut:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari)
Pencarum hanya perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.
Dapatkan tawaran pembiayaan Islam terbaik di Malaysia hari ini
Tidak semua hutang adalah buruk. Malahan, adakalanya ia boleh menguntungkan kita. Selain merupakan kaedah untuk melangsaikan hutang, pembiayaan kewangan boleh digunakan untuk membuat pelaburan strategik dan penambahan aset.
Adakalannya juga kita memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan perniagaan, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Pembiayaan kewangan adalah cara terbaik untuk membantu anda dalam perbelanjaan. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islamik, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islami. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba, gharar, maysir, haram, dan zulm.
Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pinjaman peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!
1 thought on “Panduan Mengeluarkan Wang i-Lestari KWSP”
Comments are closed.