Pada penghujung Disember lalu, pasti ramai yang mempunyai azam untuk melancong ke destinasi idaman pada tahun 2020 ini. Malangnya, sesuatu yang tidak dijangka sudahpun berlaku. Penularan wabak COVID-19 ke serata pelusuk dunia telah menjejaskan sektor pelacongan tempatan dan antarabangsa. Ini diperkuatkan lagi dengan perintah berkurung atau kawalan pergerakan yang dikeluarkan pelbagai negara.
Negara kita juga telah menerima kesan yang besar, lebih-lebih lagi kerana 2020 merupakan Tahun Melawat Malaysia (VM2020). Sejajar dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara pada 18 Mac lalu, Kementerian Pelancongan, Kesnian, dan Kebudayaan (MOTAC) telah bertindak membatalkan VM2020 berkuatkuasa serta-merta.
Berikutan wabak COVID-19, anggaran semasa kerugian yang dihadapi pemain industri pelancongan negara seperti sektor penginapan, pengangkutan, beli-belah, makanan dan minuman serta penganjuran acara perniagaan bagi tempoh Januari hingga Mac 2020, adalah melebihi RM9 bilion.
Sekiranya anda sudah merancang atau menempah percutian anda ke luar negara untuk tahun ini, pastinya anda berada dalam dilema. Sudah tentu timbul persoalan buat anda – perlukah anda membatalkan membatalkan percutian yang sudah dirancang tersebut?
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan:
1. Pastikan maklumat anda adalah tepat dan sahih
Kita kini wujud pada era limpahan maklumat. Informasi mampu dicapai dihujung jari. Bagaimanapun, dengan ledakan maklumat sebegini, kita terdedah kepada informasi palsu. Malahan, setakat penghujung Mac, hampir 100 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan wabak COVID-19 sudah dibuka oleh Polis Di Raja Malaysia.
Pastikan maklumat yang anda perolehi adalah sahih dan diperolehi dari sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
2. Periksa keselamatan negara yang dilawati
WHO sudahpun mengistiharkan COVID-19 sebagai sebuah pandemik berskala antarabangsa. Walaupun PKP di Malaysia dijangka berakhir pada 14 April, terdapat negara yang mewartakan perintah berkurung atau sekatan perjalanan yang lebih lama lagi.
Negara lain seperti Singapura pula telah mengeluarkan perintah jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter. Mereka akan menggunakan teknologi CCTV untuk membantu polis. Mereka yang didapati bersalah akan didenda 6 bulan penjara atau SGD10,000 (RM30,394).
Walaupun begitu, ketiadaan perintah berkurung tidak semestinya anda tidak terdedah kepada risiko dijangkiti COVID-19. Pastikan maklumat mengenai wabak tersebut di negara yang dilawati adalah yang terkini.
3. Periksa status penerbangan
Banyak penerbangan antarabangsa yang telah dibatalkan pada ketika ini. Anda boleh periksa dengan syarikat penerbangan sekiranya anda boleh dapat pemulangan wang ataupun penukaran tarikh penerbangan.
Tetapi, lanjutan daripada apa yang ditulis di (2), anda perlu mendapatkan maklumat terkini mengenai wabak COVID-19 di negara yang ingin dilawati. Walaupun tiada sekatan perjalanan, sekiranya bilangan kes baru jangkitan memperlihatkan tren peningkatan setiap hari, sekatan mungkin akan dibuat ketika anda berada di negara tersebut. Seterusnya, anda mungkin tidak dibenarkan pulang ke Malaysia buat sesuatu tempoh masa yang tidak diketahui.
4. Periksa status upacara dan destinasi tarikan
Sekiranya anda melancong kerana ingin menghadiri sesuatu upacara atau melawat destinasi tarikan tertentu (contohnya, Disneyland), pastikan ia masih berjalan atau dibuka pada tarikh percutian anda tersebut. Kebanyakan upacara yang melibatkan orang sudah pun ditunda atau dibatalkan. Ini termasuklah Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang ditunda kepada musim panas 2021.
Dapatkan kad kredit Islam yang sesuai dengan keperluan anda
Terdapat beberapa jenis kad kredit yang menawarkan pelbagai ciri dan kesesuaiannya bergantung kepada kaedah penggunaan dan gaya hidup peribadi anda. Sekiranya anda suka membeli-belah, anda mungkin ingin mempertimbangkan kad kredit yang menyediakan cashback atau ganjaran. Jika anda suka melancong, kad kredit yang menawarkan mata ganjaran penerbangan untuk penebusan tiket penerbangan adalah yang terbaik. Jika anda seorang pemandu Grab atau kerap memandu, kad kredit petrol adalah sesuai untuk anda.
Di samping itu, apabila mencari kad kredit yang ideal, pertimbangkan beberapa perkara penting seperti yuran tahunan, yuran pendahuluan tunai, yuran transaksi luar negara dan yuran pembayaran lewat yang ditawarkan.
Jika anda mencari kad kredit yang dikeluarkan berdasarkan prinsip syariah, maka AsSidq.com boleh memadankan anda dengan tawaran kad kredit Islam terbaik.
Semua kad kredit yang dipadankan bebas daripada amalan yang bertentangan dengan perundangan Islam, seperti faedah (riba) dan caj berlebihan (gharar), adalah dilarang. Ia juga tidak mempunyai faktor pengkompaunan terhadap caj dikenakan. Ini bermakna anda akan mengetahui jumlah liabiliti anda terlebih dahulu.
Sebahagian daripada kad kredit ini juga menawarkan perlindungan takaful untuk melindungi pemegang kad sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal menyeluruh. Ia juga menyediakan cara mudah untuk membuat pembayaran zakat.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!