Penularan wabak Covid-19 di serata dunia sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam. Keadaan kelihatan semaikin meruncing dengan peningkatan mendadak kadar jangkitan dan juga kematian.
Sebagai tindakbalas, banyak negara yang telah mengumumkan perintah kuarantin ataupun kawalan pergerakan bagi penduduknya. Kesan secara tidak langsung daripada tindakan ini dapat dilihat dari sudut ekonomi. Ramai yang tidak dapat keluar mencari rezeki dan banyak perniagaan berhadapan kemelut kewangan.
Pada situasi beginilah, kita dapat lihat betapa pentingnya pelaburan dan sumber pendapatan pasif. Maka, pada kali ini, kita kupas lebih lanjut mengenai suatu jenis pelaburan yang sudah wujud sejak sekian lama. Pelaburan yang dimaksudkan di sini adalah pelaburan emas.
Kenapa perlu melabur emas?
Dalam sejarah ketamadunan manusia, emas sememangnya sudah dilihat sebagai bahan yang mempunyai nilai yang tinggi. Ia merupakan simbol kemewahan sejak zaman-berzaman. Dari sudut fizikal, ia adalah logam yang tahan lasak dan tidak boleh dibakar atau menjadi reput, busuk, mahupun berkarat.
Walaupun emas tidak lagi digunakan sebagai matawang, ia kekal sebagai suatu komoditi dengan kestabilan yang tinggi. Ini adalah penting dalam menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu. Keadaan dapat dilihat pada masa kini di mana banyak perniagaan yang terjejas akibat Covid-19.
Dari sudut sejarah, emas sudah terbukti tidak terjejas pada waktu berlakunya inflasi. Lazimnya, nilai emas akan meningkat sejajar dengan kenaikan kos sara hidup. Semenjak tahun 2000, nilai emas telah meningkat sebanyak 367% berbanding Dollar US (USD), 393% berbanding Ringgit Malaysia (RM), dan 762% berbanding Rupiah Indonesia.
Pelaburan emas di Malaysia
Pelaburan emas di Malaysia secara amnya terbahagi kepada dua, iaitu:
- Emas fizikal – pelaburan yang melibatkan jongkong emas, syiling emas, barangan kemas emas, dan sebagainya.
- Akaun simpanan emas – emas dibeli mengikut harga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan di dalam akaun simpanan.
Kaedah pelaburan yang kedua, iaitu akaun simpanan emas telah berjaya menyelesaikan masalah pelabur sebelum ini yang mencari tempat yang selamat untuk menyimpan emas. Kaedah yang pertama, iaitu emas fizikal, mempunyai risiko terdedah kepada kecurian sekiranya disimpan di rumah. Sekiranya emas fizikal tersebut disimpan di bank, ia melibatkan kos tambahan.
Di Malaysia, emas pelaburan biasanya mempunyai ketulenan 999.9. Ini kerana emas 999.9 adalah emas yang tulen mutunya. Bagi barang kemas pula, gred emas yang biasa digunakan ialah emas 916 kerana ia keras dan tahan lasak.
Faktor yang mempengaruhi pelaburan emas
Walaupun emas mempunyai kestabilan yang tinggi, itu tidak bermaknya harganya tidak berubah. Terdapat beberapa faktor yang mampu mempengaruhi harga semasa emas. Faktor-faktor tersebut adalah:
- Pengaruh matawang USD terhadap emas – USD dianggap matawang global yang menjadi wakil kepada semua matwang fiat. Jika nilai USD semakin tinggi berbanding matawang lain, maka pelabur akan beralih arah kepada matawang USD. Seterusnya, ini menyebabkan permintaan terhadap emas akan berkurangan.
- Pengaruh matawang RM terhadap matawang USD – bagi penduduk Malaysia, kita melabur dengan menggunakan matawang RM. Oleh demikian, sebarang perubahan tukaran matawang RM kepada USD akan memberi kesan kepada pelaburan emas kita. Hakikatnya, sekiranya ditukarkan ke dalam matawang USD, nilai emas itu masih sama harganya seiring dengan permintaan terhadap emas.
- Permintaan emas dalam pasaran – seperti kebanyakan komoditi lain, harga emas juga meningkat sejajar dengan permintaan dalam pasaran. Secara amnya, permintaan ini termasuklah untuk kegunaan industri, pelaburan, permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara, permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas, dan lain-lain lagi.
Dapatkan tawaran pembiayaan Islam terbaik di Malaysia hari ini
Tidak semua hutang adalah buruk. Malahan, adakalanya ia boleh menguntungkan kita. Selain merupakan kaedah untuk melangsaikan hutang, pembiayaan kewangan boleh digunakan untuk membuat pelaburan strategik dan penambahan aset.
Adakalannya juga kita memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan perniagaan, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Pembiayaan kewangan adalah cara terbaik untuk membantu anda dalam perbelanjaan. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islamik, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islami. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba, gharar, maysir, haram, dan zulm.
Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pinjaman peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!