Umum sudah mengetahui bahawa wabak Covid-19 sudah mencapai tahap pandemik di serata dunia. Penerbangan antarabangsa sudah banyak dihadkan dan banyak negara yang telah membuat perintah berkurung buat rakyatnya.
Di Malaysia, kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac yang lalu dan dilanjutkan sehingga 14 April nanti. Seluruh warganegara dikehendaki untuk kekal di dalam kediaman masing-masing kecuali untuk keperluan yang mendesak. Ini bertujuan untuk mengelakkan wabak Covid-19 tersebar dengan lebih luas lagi.
Diakui, dengan adanya PKP, terdapat kesukaran untuk membeli barangan runcit dan makanan. Di sinilah servis penghantaran ke rumah memainkan peranan penting kepada masyarakat. Malahan, sesudah PKP berakhir nanti, servis penghantaran seperti ini masih penting dan memudahkan orang ramai yang sibuk dengan urusan seharian.
Berikut adalah 10 servis perkhidmatan ke rumah yang memudahkan anda:
Servis penghantaran barangan runcit
1. Tesco Online – Di antara servis penghantaran barangan runcit yang terbesar dan sudah lama beroperasi. Kawasan penghantaran juga agak luas dengan meliputi Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Seremban, Ipoh, dan Melaka. Kos servis bergantung kepada lokasi dan slot masa penghantaran yang anda pilih.
2. Happy Fresh – Servis penghantaran yang sudah beroperasi di serata Asia Tenggara. Anda diberi pilihan untuk membeli barangan dari pasaraya Cold Storage, Tesco, atau Giant. Pembayaran boleh dibuat dengan wang tunai selain daripada kad kredit dan debit.
3. Bungkusit – Perkhidmatan ini tidak terhad kepada penghantaran barangan runcit dan makanan sahaja tetapi juga menawarkan perkhidmatan urusan pos dan juga menghantar dan mengambil barangan dari rumah rakan anda atau lokasi pilihan. Kawasan liputan termasuklah Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Melaka, dan Negeri Sembilan.
4. BIGBoxAsia – Satu lagi perkhidmatan yang menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit, termasuklah barangan yang diimport. Malahan, terdapat juga tawaran penghantaran percuma bagi pembelian melebihi RM100.
Servis penghantaran untuk warga tua dan orang kurang upaya
1. Buat penduduk kawasan Subang Jaya, Petaling Jaya, Klang, Setia Alam, dan Kota Kemuning – Perkhidmatan penghantaran ini dilakukan secara sukarela oleh City Discipleship Presbyterian Church. Anda hanya perlu telefon atau WhatsApp ke nombor 017-245 5600 untuk menguruskan penghantaran.
2. Buat penduduk kawasan Setiawangsa – Perkhidmatan penghantaran barangan runcit buat warga emas ini disediakan oleh Pusat Perkhidmatan Rakyat Parlimen Setiawangsa. Anda perlu menghantar pesanan WhatsApp ke nombor 013-334 1455 dan senaraikan barangan dan kuantiti yang hendak dibeli.
Servis penghantaran makanan
1. GrabFood – Di antara servis perkhidmatan terbesar dan mempunyai liputan meluas. Aplikasi telefon bimbitnya juga mudah untuk digunakan.
2. Food Panda – Satu lagi perkhidmatan yang terkenal dan mempunyai liputan meluas. Melalui Food Panda, anda boleh memesan makanan kegemaran anda dari kedai berdekatan termasuklah menu tempatan seperti masakan Melayu, Cina, India, Jepun, Barat, dan lain-lain lagi.
3. dahmakan – Menawarkan menu menyelerakan yang disediakan oleh chef bertaraf 5-bintang. Setakat ini, penghantaran hanya terhad kepada kawasan Lembah Klang sahaja.
4. The Naked Lunchbox – Buat mereka yang inginkan makanan yang sihat atau bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, anda boleh mencuba menu yang disediakan The Naked Lunchbox. Mereka memilih bahan-bahan yang mempunyai nutrisi yang tinggi selain mengelakkan penggunaan MSG, pewarna dan perasa tiruan, dan gula.
Dapatkan tawaran pembiayaan Islam terbaik di Malaysia hari ini
Tidak semua hutang adalah buruk. Malahan, adakalanya ia boleh menguntungkan kita. Selain merupakan kaedah untuk melangsaikan hutang, pembiayaan kewangan boleh digunakan untuk membuat pelaburan strategik dan penambahan aset.
Adakalannya juga kita memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan perniagaan, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Pembiayaan kewangan adalah cara terbaik untuk membantu anda dalam perbelanjaan. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islamik, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islami. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba, gharar, maysir, haram, dan zulm.
Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pinjaman peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!