Dikemas kini 21hb July 2020.
Terdapat pelbagai sebab kenapa permohonan pembiayaan seseorang ditolak oleh bank, di antaranya ialah:
- Pemohon tersalah hantar dokumen (atau dokumen tidak lengkap)
- Pemohon tiada pendapatan yang tetap
- Pemohon mempunyai rekod pembayaran hutang yang kurang baik
- Pemohon tidak mempunyai sebarang rekod kredit
- Pemohon mempunyai terlalu banyak komitmen kewangan atau hutang
- Pemohon mempunyai rekod kewangan yang tidak baik (seperti jatuh muflis)
Jika permohonan pembiayaan anda telah ditolak bank, elakkan daripada membuat permohonan pembiayaan yang baru terlebih dahulu, kerana biasanya jika sesebuah bank telah menolak permohonan anda, kemungkinan besar anda juga akan ditolak oleh bank yang lain.
Tidak kira sama ada anda memohon pembiayaan peribadi, kereta, ataupun perniagaan; berikut merupakan tujuh perkara penting yang anda boleh buat secepat yang mungkin jika permohonan anda telah ditolak:
- Ketahui sebab utama kenapa anda ditolak
Kenalpasti punca utama kenapa permohonan anda telah ditolak. Adakah sebab pendapatan anda terlalu sedikit? Adakah sebab anda liat dalam membayar pinjaman lain seperti pinjaman pendidikan? Mungkin hutang anda terlalu banyak?
Dapatkan kepastian daripada pihak bank terlebih dahulu bagi memudahkan anda mengambil tindakan yang selanjutnya. - Perbaiki kesilapan kecil yang dibuat
Jika permohonan anda telah ditolak disebabkan oleh kesilapan yang kecil, seperti tersalah isi maklumat dalam borang atau terlupa melampirkan resit pembayaran cukai, perbaiki kesilapan tersebut. Pastikan anda tidak terlepas pandang sebarang perkara yang penting kali ini untuk mengelakkan anda daripada ditolak buat kedua kalinya. - Kurangkan hutang-hutang yang ada
Jika permohonan anda gagal disebabkan oleh pelbagai hutang yang anda miliki, cuba kurangkan hutang-hutang tersebut. Anda boleh dapatkan bantuan dalam pengurusan dan penyelesaian hutang secara percuma dengan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).
Melalui Program Pengurusan Hutangnya, anda serta kaunselor yang terlibat akan bekerjasama dalam membangunkan sebuah pelan pembayaran hutang bagi membantu anda mengurangkan atau menyelesaikan hutang yang ada dengan cekap dalam jangka masa yang ditetapkan.
Dengan jumlah hutang yang berkurangan, ia menunjukkan bahawa anda ialah seorang peminjam yang bertanggungjawab dan berupaya dalam membuat pembayaran semula. - Sediakan cagaran yang sebaiknya
Jika anda memohon pembiayaan peribadi, kebanyakan produk pembiayaan peribadi di Malaysia tidak memerlukan anda menyediakan cagaran. Namun dengan adanya cagaran, ia mungkin boleh meningkatkan peluang anda diterima dalam permohonan yang dibuat.
Tetapi pastikan anda telah sedia maklum dengan risiko yang ada, contohnya seperti risiko kereta yang ditarik balik atau risiko kehilangan rumah sekiranya anda gagal membuat pembayaran semula.
Tidak berbaloi untuk anda kehilangan rumah hanya kerana anda ingin melancong ke luar negara atau menganjurkan majlis perkahwinan yang mewah. Elakkan daripada mengambil risiko yang tidak perlu. - Perbaiki rekod kredit anda
Jika sebelum ini anda sukar untuk membuat bayaran semula tepat pada masanya, pastikan anda tidak lagi ketinggalan dalam membuat bayaran bulanan. Bayar sekurang-kurangnya jumlah minimum yang diperlukan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Ini untuk membina semula rekod kredit yang baik demi meyakinkan pihak bank dalam meluluskan permohonan anda. Bukan itu saja, dengan rekod kredit yang baik, anda juga berpeluang mendapatkan kadar faedah atau kadar keuntungan yang lebih rendah; sekaligus mengurangkan jumlah hutang bulanan. - Kukuhkan pendapatan anda
Jika permohonan pembiayaan anda ditolak kerana anda tidak mempunyai pendapatan yang tetap atau stabil, kukuhkan pendapatan anda terlebih dahulu. Sebagai contoh, pastikan anda telah bekerja di syarikat anda yang terkini selama sekurang-kurangnya satu atau dua tahun, dan pastikan pendapatan anda memenuhi syarat pembiayaan.
Bagi anda yang bekerja sendiri atau bekerja kontrak, buktikan keupayaan anda dalam membayar semula pembiayaan. Lampirkan dokumen-dokumen yang membantu, seperti salinan Borang Pendaftaran Perniagaan atau penyata kewangan yang telah diaudit. - Tunggu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum anda membuat permohonan yang baru
Menurut pakar kewangan, pemohon pembiayaan hendaklah menunggu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum membuat permohonan yang baru. Ini kerana skor kredit anda memerlukan sedikit masa untuk meningkat kepada skor yang lebih tinggi.
Bukan itu saja, enam bulan merupakan waktu yang cukup lama untuk anda mengurangkan hutang-hutang yang ada dan membuat sebarang perubahan terhadap kewangan anda.
Bila anda dah bersedia untuk memohon pembiayaan yang baru, anda boleh cari pembiayaan peribadi Islamik yang patuh Syariah dengan kadar keuntungan yang berpatutan di Assidq.com.
Kerana benda alah ni kami ditipu pihak ke tiga!
RM0 assidq: Hai Sheril Munira Binti Muzammil, Terima kasih kerana memilih Assidq.com untuk permohonan pembiayaan. Nombor pengesahan OTP anda adalah 880257. Untuk semak status anda, sila klik https://app.ifinex.my/semak-status dan isi nombor rujukan ID anda LA_UDTPY902.
Salam Puan/Cik,
Terima Kasih kerana menggunakan platform kami. Kami ingin memohon maaf diatas segala kesulitan yang dilalui sepanjang menggunakan platform Assidq.com. Untuk pengetahuan Puan/Cik kami telah menerima permohonan Puan/Cik yang dibuat diatas nama Sheril Munira Binti Muzammil, permohonan Puan/Cik sedang diproses. Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai status Puan/Cik, boleh hantar emel ke (hello@assidq.com).
Untuk pengetahuan Puan/Cik juga, platform kami tidak melantik mana-mana pihak ketiga bagi pengurusan permohonan pembiayaan peribadi mahupun kad kredit. Jika ada terjumpa dengan siapa-siapa yang menggunakan nama Assidq.com, itu pasti SCAMMER. Kami amat menitik beratkan hal ini, oleh yang sedemikian kami minta jasa baik Puan/Cik untuk emel kami dengan lebih lanjut mengenai maklumat individu/pihak ketiga tersebut. Kami akan bawakan hal ini ke pihak yang sepatutnya.
Jika Puan/Cik mempunyai sebarang pertanyaan, sila emel ke (hello@assidq.com).
Terima Kasih.