Hanya tinggal satu minggu sahaja lagi untuk perayaan Tahun Baru Cina. Sekarang ialah masa yang terbaik untuk anda membuat tempahan bagi majlis makan malam sempena tahun baru. Berikut merupakan enam pilihan restoran Cina yang halal di sekitar Lembah Kelang bagi menyambut Tahun Baru Cina:
- Tung Yuen@Grand BlueWave Hotel, Shah Alam
Restoran Cina Tung Yuen menghidangkan masakan Kantonis, Szechuan dan Dim Sum. Yang menariknya, ia bertempat di hotel bertaraf 5-bintang yang pertama di Asia Tenggara yang menerima penarafan tertinggi bagi kategori halal dan mesra Muslim oleh Crescent Rating.
Alamat: Tingkat 1, Grand BlueWave Hotel Shah Alam, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 12.00tgh – 2.30ptg (makan tengahari) dan 6.30ptg – 10.30mlm (makan malam)
Laman web: Tung Yuen Chinese Restaurant - Dolly Dim Sum
Dolly Dim Sum merupakan restoran Cina halal yang agak baru, tetapi berjaya mendapat tempat di kalangan peminat masakan Cina dalam waktu yang singkat. Dengan beberapa lokasi yang boleh dikunjungi, restoran ini memaparkan suasana yang penuh gaya dan cantik yang membuatnya popular di kalangan orang muda.
Selain menghidangkan dim sum tradisional seperti Siew Mai dan Har Gao, ia turut menghidangkan minuman dengan rasa oriental untuk anda nikmati bersama hidangan anda, seperti “Lemongrass-infused Jasmine Iced Tea” dan “Prohibition Ice Tea”.
Alamat: Terdapat di tujuh lokasi: Avenue K, NU Sentral, Pavillion, Sunway Putra Mall, IOI City Mall Putrajaya, Sunway Pyramid, dan The Curve.
Waktu operasi: Setiap hari, 11am – 10pm (di semua cawangan)
Laman web: Dolly Dim Sum - Restoran Mohd Chan
Satu lagi restoran Cina halal yang popular dengan pelbagai lokasi di Lembah Kelang ialah Restoran Mohd Chan. Mula beroperasi sejak tahun 2007, restoran ini menghidangkan lebih daripada 30 jenis dim sum yang dikukus dan digoreng serta masakan ala Kantonis. Terdapat juga beberapa masakan dengan rasa Asia Tenggara.
Untuk sambutan Tahun Baru Cina 2020, restoran ini menawarkan set-set istimewa sempena tahun baru, yang berharga di antara RM138 – RM888 untuk setiap set. Contoh hidangan yang terdapat dalam set-set ini termasuk “Crab Meat Soup with Shredded Abalone”, “Classic Butter Prawn”, “Chilled Sea Coconut with Longan”, “Crispy Soft-Shell Crabs with Salted Egg Sauce”, dan “Golden Tofu”.
Alamat: Terdapat di 20 lokasi di sekitar Lembah Kelang
Waktu operasi: Setiap hari, 11pg – 11mlm (di semua cawangan)
Laman web: Mohd Chan Restaurant - Restoran Haslinda Sim Abdullah, Bandar Baru Bangi
Ditubuhkan pada tahun 2001, restoran yang terkenal ini pernah dipaparkan dalam beberapa rancangan televisyen seperti Jalan-Jalan Cari Makan. Walaupun suasana restoran ini kelihatan sederhana, hidangan makan malamnya cukup ‘mewah’ dan sesuai dinikmati oleh keluarga yang besar.
Terdapat pelbagai hidangan klasik masakan Cina di sini, seperti Nasi Ayam Hainan. Untuk sambutan Tahun Baru Cina, restoran ini menawarkan set istimewa “Jelly Fish Yee Sang” dan “Salmon Yee Sang”.
Alamat: No. 46, Jalan Medan 2C, Seksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Isnin, Rabu, Khamis, dan Jumaat: 12.30tgh – 10.30mlm. Sabtu dan Ahad: 12.30tgh – 11.30mlm. Ditutup pada hari Selasa.
Laman web: Haslinda Sim Abdullah Restaurant - Restoran Amber Chinese Muslim, Bangsar
Memaparkan suasana kontemporari, restoran ini menyediakan hidangan tradisi Cina dari China Utara. Antara hidangan yang mesti dicuba di sini ialah “Seed with White Fungus Soup”, “Kung Pao Chicken”, “Braised Fish”, “Sesame Mochi Bun” dan “Chinese Chives Pancakes”.
Alamat: Unit 1-14, Tingkat 1, Nexus No. 7, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 11.30pg – 10.30mlm
Laman web: Amber Bangsar - Restoran Muhibbah Seafood, Kg. Sungai Penchala
Peminat makanan laut pasti akan suka dengan restoran ini, yang terletak di Kg. Sungai Penchala yang masih ada kehijauan meskipun dikelilingi bangunan pencakar langit.
Set Istimewa Tahun Baru Cinanya bermula dari RM448 sehingga RM488 setiap set. Setiap set menawarkan “Prosperity Yee Sang” dan “Four Seasons Platter”, selain daripada pelbagai hidangan yang berlainan bagi setiap set.
Alamat: Lot 2851,Jalan Seri Penchala, Kg Sg Penchala 60000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 12tgh – 2.30ptg (makan tengahari) dan 6.30ptg – 10mlm (makan malam)
Laman web: Muhibbah Seafood Restaurant