Bulan Januari 2022 baru sahaja berakhir, tetapi masih belum terlambat untuk anda menanam azam tahun baharu terutama sekali berkaitan kewangan peribadi anda. Sekarang adalah masa yang terbaik untuk anda mula komited terhadap matlamat kewangan anda.
Jika anda berasa susah atau mustahil untuk membuat azam tahun baru berkaitan kewangan anda, gunakan kaedah SMART yang dicipta oleh University of California. SMART adalah akronim yang membawa maksud :
- Specific (khusus)
- Measurable (boleh diukur)
- Attainable (boleh dicapai)
- Relevant (berkaitan/bersesuaian)
- Time-bound (terikat oleh masa)
Dengan menetapkan matlamat kewangan anda berdasarkan kaedah SMART ini, anda boleh mencapai matlamat yang telah anda sasarkan. Sebab utama mengapa ramai orang gagal dalam meneruskan azam kewangan mereka demi mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan ialah kerana mereka menggunakan kaedah yang salah atau tidak realistik, sehingga menyukarkan diri sendiri.
Jika anda mahukan keadaan kewangan yang lebih stabil walaupun dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, mulakan dengan beberapa azam kewangan untuk tahun baru ini (setiap azam berikut akan disertakan dengan contoh penggunaan kaedah SMART):
- Bertemu dengan penasihat kewangan
Bertemu dengan penasihat kewangan boleh membantu anda memahami keadaan kewangan semasa anda dan di mana anda ingin berada, berdasarkan umur semasa dan matlamat kewangan anda.
Jika anda tidak pasti apa matlamat kewangan anda, penasihat kewangan juga boleh membantu anda menentukan matlamat mengikut situasi. Selain itu, mereka juga boleh memberikan pendapat profesional tentang cara menyusun atur kewangan anda supaya anda dapat mencapai matlamat dengan lebih baik.
Terdapat banyak institusi dan agensi kewangan yang menawarkan khidmat nasihat kewangan, namun kami cadangkan agar anda mendapatkan khidmat kaunseling kewangan secara percuma di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Contoh Kaedah SMART untuk azam ini:
Saya akan berjumpa dengan penasihat kewangan pada _______. Saya akan menggunakan apa yang saya pelajari daripada sesi kaunseling/rundingan dan mencipta matlamat SMART kewangan saya untuk tahun 2022 dengan ________. Saya akan menetapkan sendiri peringatan untuk menjadualkan perjumpaan susulan setelah 3 bulan pada __________. - Mulakan tabung kecemasan
Kebanyakan pakar kewangan mengesyorkan kita membuka tabung kecemasan asas terlebih dahulu sebelum menetapkan matlamat kewangan lain (namun pastikan bayaran bulanan bagi bil seperti kad kredit dan pinjaman tetap dibuat).
Jika anda berhadapan dengan kecemasan yang memerlukan perbelanjaan besar, seperti kemalangan atau bil perubatan, sekurang-kurangnya anda lebih terjamin.
Anda boleh mulakan dengan menyimpan wang selama sebulan, seterusnya tiga (3) bulan, dan akhirnya enam (6) bulan hingga setahun. Peruntukkan sekurang-kurangnya 10%-15% daripada pendapatan bulanan anda untuk tabung kecemasan anda.
Contoh Matlamat SMART:
Saya akan membina tabung kecemasan berjumlah RM______, atau kos sara hidup sebulan, dengan menyimpan RM_________setiap gaji ke dalam akaun simpanan saya. Saya bercadang untuk mencapai matlamat ini selewat-lewatnya pada tahun ___________. - Bayar segala hutang yang masih ada
Semakin lama hutang anda dibiarkan, semakin menimbun dan banyak kadar faedah yang dikenakan. Langkah pertama ialah memikirkan berapa banyak hutang yang anda masih belum lunaskan. Kemudian, anda boleh membuat strategi bagaimana untuk membayar semua hutang anda.
Kaedah termudah untuk mula membayar hutang ialah dengan membayar akaun hutang anda dengan baki terendah dahulu, kemudian beralih ke akaun hutang dengan nilai yang lebih banyak, dan membayar jumlah minimum untuk setiap akaun jika itu sahaja yang anda mampu.
Contoh Matlamat SMART:
Saya akan membayar hutang kad kredit _________ dengan baki terendah berjumlah RM _________. Saya juga akan membuat bayaran tambahan sebanyak RM ______ sebulan sehingga ia dibayar sepenuhnya. Berdasarkan jadual ini, ia harus dibayar sebelum bulan ________ 2022. - Buat semakan belanjawan
Menentukan belanjawan yang berkesan memang mencabar, namun tidak mustahil. Kunci kejayaan bagi mengikuti belanjawan yang ditetapkan secara konsisten ialah membuat matlamat yang boleh dicapai secara realistik.
Luangkan sedikit masa untuk menyemak belanjawan anda. Ini ialah latihan di mana anda boleh mengetahui tentang perbelanjaan boros atau tidak penting yang boleh anda kurangkan atau hentikan.
Sebagai contoh, adakah anda sering membeli kopi di kedai kopi yang mahal setiap hari? Adakah anda melanggan pelbagai perkhidmatan yang tidak penting dan jarang digunakan?
Kenalpasti perbelanjaan apa yang tidak begitu penting dan cuba kurangkan atau hentikan perbelanjaan tersebut. Selain itu, jika anda ingin membeli insurans, cuba dapatkan polisi insurans dengan ansuran terendah.
Contoh Matlamat SMART:
Saya akan mencapai matlamat simpanan bulanan saya sebanyak RM _______dengan membatalkan langganan ______ dan perkhidmatan _____ saya.
Saya juga akan menghubungi setiap penyedia perkhidmatan dan buat perundingan untuk kadar ansuran yang lebih rendah, atau menukar penyedia perkhidmatan yang baharu yang menawarkan diskaun. Akhir sekali, saya akan mengehadkan makan di luar kepada______ kali seminggu. - Semak semula penerima manfaat (beneficiary) anda
Jika anda mempunyai polisi insurans hayat atau sebarang jenis akaun kewangan lain yang memerlukan penetapan penerima manfaat, pastikan anda menyemak dan mengemas kini maklumat anda.
Hubungi syarikat insurans yang menguruskan polisi insurans anda atau institusi kewangan yang menguruskan akaun simpanan atau pelan persaraan anda, dan meminta salinan penetapan penerima manfaat anda.
Sekiranya anda meninggal dunia, maka dana/manfaat yang ada akan disebarkan secara automatik kepada penerima yang dinamakan. Itulah sebabnya penting untuk menyemak semula polisi anda secara berkala.
Contoh Matlamat SMART:
Pada _______ 2022, saya akan menghubungi syarikat insurans hayat dan institusi simpanan persaraan saya dan meminta salinan penerima manfaat saya. Jika saya memerlukan sebarang perubahan, saya akan menghubungi mereka sekali lagi dan meminta perubahan selewat-lewatnya pada ________ 2022. - Kurangkan bebanan hutang dengan penyatuan hutang
Salah satu cara untuk mengurangkan bebanan hutang yang ada adalah dengan menyatukan semua hutang anda kepada satu hutang tunggal dengan kadar faedah yang lebih rendah (yang dikenali sebagai penyatuan hutang atau debt consolidation).
Contoh Matlamat SMART:
Saya akan membuat penyatuan hutang bagi pinjaman ________________ dengan kadar faedah ________ %. Saya kemudiannya akan membuat bayaran bulanan tunggal sebanyak RM _________ dan akan melunaskan hutang selewat-lewatnya pada __________.
Buat penyatuan hutang yang menguntungkan secara mudah melalui As-Sidq!
Memang diakui, ramai yang takut untuk memohon pembiayaan kewangan pada waktu kemelesetan ekonomi sebegini. Tetapi seperti yang kami nyatakan sebelum ini, penyatuan hutang (debt consolidation) adalah satu teknik yang berkesan untuk mengurangkan beban hutang yang sedia ada. Akaun hutang anda yang lama mungkin mempunyai kadar faedah (interest) yang berbeza-beza. Malahan, ada kemungkinan kadar tersebut adalah tinggi.
Bagi anda yang penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik untuk penyatuan hutang yang boleh dipertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Co-opbank Pertama (CBP),iaitu Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama. Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
Pembiayaan kewangan baru yang ditawarkan As-Sidq mempunyai kadar keuntungan yang lebih rendah dan anda boleh menggunakan sebahagian darinya untuk melangsaikan hutang yang sedia ada. Dengan kaedah penyatuan hutang ini, anda akan membayar balik jumlah yang sama dengan hutang yang terdahulu tetapi dengan satu kadar faedah yang rendah.