Menerusi satu laporan oleh Berita Harian, kadar inflasi dijangka lebih tinggi pada tahun ini. Berdasarkan semakan semula yang dibuat agensi penarafan RAM Ratings, didapati unjuran keseluruhan inflasi 2022 dijangka meningkat kepada 3.0% daripada 2.5% pada awalnya.
Semakan itu mengambil kira perubahan terbaharu subsidi dan harga siling bagi barangan makanan harga terkawal utama serta pelepasan kos bahan api dan penjanaan yang tinggi daripada jangkaan kepada pelanggan setakat ini bagi tahun 2022.
Penarikan subsidi bagi minyak masak dalam botol, serta harga siling yang tinggi bagi barangan makanan seperti ayam dan telur, berkuat kuasa 1 Julai 2022 juga menunjukkan kesan inflasi yang berlaku di negara ini.
RAM Ratings juga turut menjangkakan langkah ini bagi menaikkan inflasi keseluruhan pada separuh kedua 2022 sebanyak kira-kira 0.3 mata peratusan. Inflasi makanan telah meningkat kepada 5.2% pada Mei 2022, berbanding 3.2% pada Disember 2021.
Inflasi ialah suatu perkara yang sangat mencabar untuk semua pihak terutamanya kepada golongan B40 dan M40. Namun anda boleh menghadapinya sebaik mungkin dengan beberapa tips berikut.
- Bersiap-sedia untuk inflasi berterusan
- Tiada siapa yang ingin mendengar ini, tetapi kebanyakan perancang kewangan berkata kenaikan harga bagi barang keperluan berkemungkinan akan berterusan untuk jangka masa yang agak lama terutamanya bagi makanan, minyak dan sebagainya (sama ada dalam tempoh setahun atau lebih).
- Keadaan ekonomi akan reda pada akhirnya dan kembali seperti biasa, namun sementara itu anda perlu membiasakan diri dengan harga yang lebih tinggi dan lebih berjimat-cermat dengan setiap perbelanjaan yang dibuat.
- Apa yang boleh anda lakukan untuk membuat persediaan? Seperti biasa, mulakan dengan belanjawan yang sewajarnya. Sekiranya berlaku lagi kenaikan harga bagi barangan keperluan asas dan perbelanjaan bulanan biasa anda, semak semula dan buat belanjawan baharu (baca petua yang seterusnya).
- Ikuti peraturan bajet 50/30/20
- Peraturan bajet 50/20/30 memerlukan anda membahagikan gaji bersih anda dan memperuntukkannya untuk dibelanjakan: 50% untuk keperluan, 30% untuk kehendak, dan 20% untuk simpanan. Berikut ialah ringkasan belanjawan berdasarkan peraturan 50/20/30 yang mudah diikuti ini:
- 50% Keperluan
- Keperluan ialah bil-bil yang mesti anda bayar dan merupakan perkara yang perlu untuk terus hidup. Ini termasuk bayaran sewa atau gadai janji, hutang kereta, barangan runcit, insurans, penjagaan kesihatan, bayaran hutang minimum dan utiliti. Ini ialah kategori terpenting.
- Separuh daripada gaji bersih anda adalah jumlah yang anda perlukan untuk menampung keperluan dan kewajipan anda. Jika anda membelanjakan lebih daripada itu untuk keperluan anda, anda perlu mengurangkan keinginan atau cuba sederhanakan gaya hidup anda.
- Sebagai contoh, berpindah ke rumah sewa yang lebih murah atau membeli kenderaan yang sederhana. Menumpang kereta atau menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja atau memasak di rumah dengan lebih kerap adalah contoh di mana anda boleh gandakan penjimatan.
- 30%: Kehendak
- Kehendak adalah semua perkara yang anda ingini namun tidak begitu penting atau tak penting sama sekali. Contohnya seperti makan malam di luar, menonton wayang, beg tangan baharu, tiket ke acara sukan, percutian, peralatan elektronik terkini, atau pakej langganan penstriman yang mahal.
- Apa jua kehendak anda, mungkin anda boleh mencari alternatifnya. Sebagai contoh, anda boleh bersenam di rumah (dan batalkan keahlian gym), lebih kerap memasak dan makan di rumah, atau menonton acara sukan di TV sahaja (jimat tiket yang mahal).
- Dalam kata lain, kehendak adalah pelbagai nikmat tambahan yang anda belanjakan yang menjadikan hidup lebih menyeronokkan dan menghiburkan, namun kurang penting demi kelangsungan hidup.
- 20%: Simpanan
- Akhir sekali, pastikan anda peruntukkan 20% daripada gaji bersih anda untuk simpanan dan pelaburan. Ini termasuk menambah wang pada dana kecemasan dalam akaun simpanan bank, membuat sumbangan KWSP, atau melabur dalam ASB.
- Anda mesti ada sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan simpanan kecemasan sekiranya anda kehilangan pekerjaan atau kejadian yang tidak diduga berlaku. Selain itu, ambil kira juga simpanan untuk persaraan dan matlamat kewangan lain pada masa yang sama.
- Simpanan anda juga boleh termasuk pembayaran balik hutang, dan bayaran minimum adalah sebahagian daripada kategori “keperluan” yang penting dan harus diutamakan.
- 50% Keperluan
- Peraturan bajet 50/20/30 memerlukan anda membahagikan gaji bersih anda dan memperuntukkannya untuk dibelanjakan: 50% untuk keperluan, 30% untuk kehendak, dan 20% untuk simpanan. Berikut ialah ringkasan belanjawan berdasarkan peraturan 50/20/30 yang mudah diikuti ini:
- Ketahui/jejaki semua perbelanjaan yang dibuat
- Perbelanjaan semasa keadaan inflasi boleh membahayakan kewangan anda jika ia tidak dijejaki dengan teliti, terutamanya jika anda tidak tahu berapa banyak wang yang anda telah belanjakan.
- Sebagai contoh, jika anda tidak tahu bahawa selama ini anda biasa membelanjakan RM250 seminggu untuk barangan runcit, anda kini perlu membelanjakan RM300 kerana inflasi. Jadi kalau anda tahu perbelanjaan biasa anda, anda boleh tahu bila harga meningkat dan menyesuaikan perbelanjaan dengan sewajarnya. Sama ada mengurangkan atau membeli produk pengganti yang lebih murah.
- Pertimbangkan semula rancangan pembelian rumah jika kenaikan kadar gadai janji akan menyebabkan belanjawan anda terlalu tipis
- Dengan harga rumah yang semakin meningkat, mungkin inflasi bukan waktu terbaik untuk membeli rumah. Tetap tinggal menyewa sehingga keadaan benar-benar pulih dan stabil seperti biasa, dan pastikan anda ikuti perkembangan hartanah terkini.
- Beri tumpuan pada pembaikan rumah yang kritikal sahaja
- Kesan inflasi pastinya dirasai oleh setiap pemilik rumah. Jika anda bercadang membuat renovasi untuk membesar atau mencantikkan rumah, sebaiknya rancangan itu ditunda dulu kerana kos bahan yang meningkat. Untuk sementara waktu, beri tumpuan kepada pembaikan kritikal yang akan meningkatkan kualiti hidup anda dahulu, contohnya seperti atap bocor atau tandas rosak.
Dapatkan pembiayaan peribadi Islam dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda yang penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Co-opbank Pertama (CBP),iaitu Pembiayaan Peribadi-i Lestari Co-opbank Pertama.
Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM2,000 layak untuk memohon.
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!