Pada penghujung tahun 2019, dunia telah dikejutkan oleh wabak koronavirus yang bermula di Wuhan, China. Ia kemudiannya telah merebak dengan pantas sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 98,000 orang di seluruh dunia jatuh sakit, dengan kes kematian dunia yang mencatatkan ribuan orang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan virus tersebut sebagai kecemasan kesihatan global dan menilai risiko COVID-19 pada peringkat global sebagai “sangat tinggi,” suatu penilaian yang paling serius pernah diberikan oleh WHO.
Beberapa simptom utama COVID-19 ialah demam, batuk-batuk, dan sesak nafas yang serius. Apa yang menggerunkan orang ramai ialah semua simptom ini hanya akan muncul 2-14 hari setelah pesakit terdedah kepada virus yang dibawa manusia.
Pakar kesihatan percaya bahawa virus tersebut berpunca daripada manusia yang memakan haiwan liar seperti kelawar, tenggiling, atau ular, di mana virus yang terdapat pada haiwan liar itu telah berpindah kepada manusia.
Antaranya ialah dengan menawarkan perlindungan insurans kesihatan, bantuan kewangan, dan faedah kematian bagi COVID-19. Berikut ialah lima perlindungan istimewa untuk COVID-19 di Malaysia:
- Perlindungan insurans bagi COVID-19 yang percuma oleh Boost
Pengguna e-dompet Boost premium yang berumur di antara 18 hingga 55 tahun boleh mendapatkan perlindungan insurans bagi COVID-19 secara percuma.
Antara kelebihan yang terdapat di bawah perlindungan ini ialah bayaran RM1,000 untuk keluarga anda sekiranya berlaku kematian dan perlindungan bernilai RM5,000 jika anda didiagnosis dengan COVID-19.
Tawaran ini berlaku sehingga 30 April 2020. Untuk info lanjut, layari Boost. - Perlindungan istimewa COVID-19 tanpa caj tambahan untuk pelanggan Prudential
Prudential menawarkan perlindungan istimewa bagi COVID-19 dengan pembayaran sebanyak RM5,000 kepada pelanggannya yang didiagnosis dengan COVID-19 oleh mana-mana hospital yang dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. - Perlindungan tambahan untuk COVID-19 bagi pelanggan AIA
AIA menawarkan perlindungan tambahan untuk COVID-19 bagi pelanggan AIA Individual Life, Family Takaful, dan Flex PA. Antara faedah utama di bawah perlindungan ini ialah hospitalisasi (RM200 sehari) dan faedah kematian (RM10,000) tanpa caj tambahan. Perlindungan ini berlaku sehingga 30 Jun 2020. - Bantuan kewangan Great Eastern untuk pelanggan yang dijangkiti COVID-19
Program bantuan kewangan COVID-19 yang ditawarkan oleh Great Eastern bertujuan untuk menyokong pelanggan dan ahli keluarga terdekat mereka (pasangan dan anak-anak sehingga umur 18 tahun) dengan bantuan kewangan sekiranya didiagnosis dengan COVID-19.
Di bawah program ini, bantuan kewangan sebanyak RM200 sehari sehingga 60 hari atau bayaran lump sum sebanyak RM20,000 sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19 akan disalurkan. Program ini berlaku sehingga 31 Disember 2020. - Perlindungan perubatan dan faedah kematian COVID-19 oleh Tokio Marine
Tokio Marine menawarkan perlindungan perubatan kepada pelanggannya bagi kemasukan di mana-mana hospital di Malaysia yang berkaitan dengan COVID-19. Ia turut menawarkan faedah belas kasihan (Compassionate Benefit) bernilai RM5,000 sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19. Perlindungan ini berlaku sehingga 31 Mac 2020.
Orang ramai yang mempunyai keraguan atau ingin mendapatkan nasihat kesihatan boleh menghubungi talian hangat Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan:
- Nombor hotline: 03 88810 200 / 600 / 700
- Emel: cprc@moh.gov.my
Disebalik bencana yang melanda dunia ini, terdapat hikmah yang tersembunyi. Menurut laporan REUTERS, China telah mengharamkan perdagangan dan amalan memakan hidupan liar dalam usaha terbarunya mengekang penularan COVID-19. Ia secara langsung mengurangkan kekejaman ke atas haiwan.
Selain itu, sebuah imej yang diambil oleh NASA baru-baru ini menunjukkan penurunan pencemaran udara di China yang disebabkan oleh penutupan beberapa bandar akibat daripada wabak koronavirus.