Pernahkah anda mendengar tentang teori five love languages ataupun dalam Bahasa Melayunya, lima bahasa cinta? Ia mula mendapat perhatian ramai setelah diperkenalkan melalui buku karya Dr. Gary Chapman.
Menurut Dr. Chapman, bahasa cinta tersebut adalah cara manusia mengekspresi dan menghargai perasaan cinta. Terdapat lima kategori iaitu:
- Kata-kata cinta (words of affirmation)
- Tindakan layanan (acts of service)
- Waktu bersama yang berkualiti (quality time)
- Sentuhan dan belaian (physical touch)
- Menerima hadiah (receiving gifts)
Setiap individu mempunyai dua pilihan bahasa cintanya yang tersendiri. Maka, sekiranya anda mahu mengeratkan lagi hubungan dengan pasangan anda, mempelajari bahasa cinta yang mereka miliki adalah penting.
Sekiranya orang tersayang anda tergolongan dalam kategori ‘menerima hadiah’, berikut adalah 5 idea hadiah menarik yang boleh anda berikan kepada mereka:
1. Daku tuliskan khas buat mu
Sumber gambar: LoveBook
Semua orang tahu bahawa hadiah yang direka spesifik untuk penerimanya adalah jauh lebih baik berbanding hadiah yang berbentuk umum. Oleh sebab itu, apa kata anda karangkan sebuah buku buat orang tersayang anda?
LoveBook memberikan anda templat dalam talian bagi anda menulis cerita anda dengan bantuan grafik yang boleh diubah suai. Mereka juga menyediakan banyak contoh menarik agar anda tidak kekeringan idea dalam menulis cerita anda. Inilah masanya anda menjadikan orang tersayang anda sebagai inspirasi anda!
2. Sinergi di antara seni masakan dan dekorasi
Sumber gambar: Brown & Sugar
Antara hadiah yang menjadi kegemaran ramai adalah kek dan pastri. Antara sebab utamanya adalah sinergi di antara seni masakan dan dekorasi. Dalam erti kata lain, ia sedap untuk dimakan dan cantik untuk dilihat. Maka, tidak menghairankanlah pada zaman #instafood ini, ia mendapat sambutan.
Terdapat banyak kedai yang menawarkan kek ‘artisan’, tapi kami tertarik kepada kedai Brown & Sugar yang terletak di Ampang, Selangor. Koleksi mereka memang kelihatan sungguh anggun! Rasa macam sayang nak makan pasal terlalu cantik pun ada!
3. “Awak ni ibarat Happy Meal, saya tersenyum bila lihat awak… cia, cia, cia”
Sumber gambar: Facebook Koffeeeling.Fefeeling
Biasanya, apabila berbicara mengenai hadiah yang romantik, fikiran ramai akan terarah kepada bunga atau coklat dalam bentuk jambangan (bouquet). Kami tiada masalah dengan itu kecuali ia sudah agak biasa dilakukan.
Apa kata anda hadiahkan sesuatu yang lebih unik tetapi pada masa yang sama mengekalkan konsep yang serupa? Anda masih boleh memberikan hadiah dalam bentuk jambangan tetapi kali ini melalui makanan kegemaran pasangan anda. Di antara makanan dalam bentuk jambangan yang boleh anda berikan termasuklah ayam goreng (seperti KFC atau Texas Chicken), donut, buah-buahan, dan macaron.
4. Kaulah sinar kehidupanku!
Sumber gambar: Shopee (Kiri)/Aliexpress (Kanan)
Mahukan hadiah yang boleh menimbulkan suasana romantik? Anda boleh mendapatkan lampu hias akrilik yang boleh dijumpai dalam pelbagai reka bentuk dan pilihan warna. Anda juga boleh membuat lampu tempahan khas (custom-made) dengan mereka sendiri mengikut citarasa dan daya kreativiti anda. Kini, suasana romatik mampu diwujudkan pada setiap malam!
5. Cantik, segar, dan nyaman
Sumber gambar: Facebook BerryKinn
Tumbuh-tumbuhan succulent semakin mendapat sambutan sebagai hiasan rumah. Ia bukan sahaja kelihatan menarik dan mudah untuk dijaga (hanya perlu beri air seminggu sekali), tetapi mempunyai banyak kelebihan dari sudut kesihatan seperti:
- Membersih dan menapis udara dalam rumah
- Mengekalkan kelembapan udara
- Terbukti secara saintifik membantu meningkatkan daya tumpuan anda
- Mampu meningkatkan daya ketahanan sakit anda
- Menguatkan daya ingatan
Kedai menjual tumbuhan succulent juga mudah untuk dijumpai, sama ada kedai fizikal mahupun dalam talian.
Dapatkan kad kredit Islam yang sesuai dengan keperluan anda
Terdapat beberapa jenis kad kredit yang menawarkan pelbagai ciri dan kesesuaiannya bergantung kepada kaedah penggunaan dan gaya hidup peribadi anda. Sekiranya anda suka membeli-belah, anda mungkin ingin mempertimbangkan kad kredit yang menyediakan cashback atau ganjaran. Jika anda suka melancong, kad kredit yang menawarkan mata ganjaran penerbangan untuk penebusan tiket penerbangan adalah yang terbaik. Jika anda seorang pemandu Grab atau kerap memandu, kad kredit petrol adalah sesuai untuk anda.
Di samping itu, apabila mencari kad kredit yang ideal, pertimbangkan beberapa perkara penting seperti yuran tahunan, yuran pendahuluan tunai, yuran transaksi luar negara dan yuran pembayaran lewat yang ditawarkan.
Jika anda mencari kad kredit yang dikeluarkan berdasarkan prinsip syariah, maka AsSidq.com boleh memadankan anda dengan tawaran kad kredit Islam terbaik.
Semua kad kredit yang dipadankan bebas daripada amalan yang bertentangan dengan perundangan Islam, seperti faedah (riba) dan caj berlebihan (gharar), adalah dilarang. Ia juga tidak mempunyai faktor pengkompaunan terhadap caj dikenakan. Ini bermakna anda akan mengetahui jumlah liabiliti anda terlebih dahulu.
Sebahagian daripada kad kredit ini juga menawarkan perlindungan takaful untuk melindungi pemegang kad sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal menyeluruh. Ia juga menyediakan cara mudah untuk membuat pembayaran zakat.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!