Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa tahun 2020 merupakan Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan mensasarkan kedatangan 30 juta pelancong antarabangsa dan RM100 billion pendapatan pelancongan. Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi merealisasikan misi tersebut, rakyat perlu bersama-sama memainkan peranan bagi menjayakannya.
Selain itu, rakyat tempatan digalakkan untuk melancong dan bercuti di dalam negara. Masih terdapat banyak destinasi dan aktiviti menarik di tanahair ini yang belum diterokai oleh penduduk tempatan. Malahan, percutian setempat atau lebih dikenali sebagai ‘staycation’ juga adalah menyeronokkan dan mampu menghilangkan tekanan.
Buat mereka yang mencari tempat penginapan dengan suasana yang berlainan, anda boleh mencuba salah satu daripada 5 hotel unik ini:
1. Seaventures Dive Rig, Sabah
Juga dikenali sebagai Hotel Pelantar Minyak, ia terletak di Pulau Mabul berdekatan Sipadan, Sabah. Dibina di atas bekas pelantar minyak yang sebenar, ia bukan sahaja menawarkan penginapan yang selesa tetapi juga menyediakan pusat menyelam berstatus PADI. Sudah tentulah inilah kawasan yang sesuai buat penggemar aktiviti menyelam scuba.
Terdapat 27 bilik serba lengkap yang dilengkapi dengan Wifi. Berbagai kemudahan disediakan termasuk bilik menonton TV, bilik karaoke, meja pool dan tenis, kedai cenderamata dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan hingga 60 orang. Selain itu, hotel juga menyediakan Berbagai kemudahan disediakan termasuk bilik menonton TV, bilik karaoke, meja pool dan tenis, kedai cenderamata dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan hingga 60 orang.
2. Masbro Village, Melaka
Terletak tujuh kilometre daripada bandaraya bersejarah Melaka, Masbro Village menawarkan rekabentuk rumah inap yang dikatakan mirip Brighton Beach, di Australia. Senibina yang unik dan berwarna-warni mampu mebuatkan anda terasa seperti sedang bercuti di luar negara.
Bahagian dalam rumah inap ini cukup luas dan mampu menempatkan sehingga enam orang. Di antara kemudahan yang disediakan adalah ketuhar, peti ais, katil di kedua-dua tingkat, penghawa dingin dan bilik mandi yang dilengkapi dengan pemanas air.
3. Greystone Boutique Hotel, Kuala Lumpur
Sekiranya anda peminat industry hiburan dan ‘pop culture’, anda pasti teruja untuk menginap di Greystone Boutique Hotel. Terdapat 18 bilik bertema termsuklah tema The Beatles, Michael Jackson, Elvis Pressley, Space Odyssey, Arabian Night, Eiffel Room, Euro Star, Pink Room, dan banyak lagi.
Terdapat pilihan bilik seperti Executive Suite, Premier Room, dan Superior Room. Bagi pilihan Executive Suites, terdapat tema istimewa seperti James Bond, Fairy Tale, Princess, Love Bug, and Time Traveller.
4. Tubotel, Langkawi
Bagi para ‘backpackers’ atau mereka yang tercari-cari lokasi penginapan yang minimalis, bolehlah mencuba Tubotel Hotel di Pulau Langkawi. Seperti yang boleh dijangka daripada namanya bilik penginapan di sini direka dalam bentuk ‘Tube’ (tiub) daripada batang pembentungan simen.
Ia mempunyai dua jenis pemandangan yang berbeza iaitu menghadap laut dan juga kawasan taman. Selain itu juga, mereka menyediakan 2 bilik bersaiz standard bagi mereka yang lebih selesa untuk menginap di bilik biasa.
5. Terrapuri Heritage Village, Terengganu
Terrapuri Heritage Village merupakan projek pemeliharaan dan pemuliharaan rumah Terengganu Melayu Klasik. Terdapat 29 ciri-ciri rumah antik klasik berusia ratusan tahun dipelihara semula. Susun atur Terrapuri dan kawasan persekitarannya diilhamkan daripada Istana Terengganu pada abad ke-17. Terrapuri terdiri daripada 20 vila eksklusif yang dipulih yang dijadikan spa, restoran mewah berkonsepkan tradisional Melayu, vila istirehat, galeri dan rumah pantai.
Dapatkan tawaran pembiayaan Islam terbaik di Malaysia hari ini
AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islami. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.
Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba, gharar, maysir, haram, dan zulm.
Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pinjaman peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.
Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!
2 thoughts on “5 Hotel Tempatan Unik Untuk Percutian Anda”