Pada tahun 2016, sebuah kajian atas talian yang dilakukan oleh pihak SkootJobs telah menimbulkan perbincangan hangat. Kajian tersebut melibatkan 15,000 pekerja di Malaysia yang berusia di antara umur 18 hingga 35 tahun.
Mengikut data yang diperolehi, 33% yang diselidik mengatakan bahawa mereka membenci pekerjaan yang mereka sedang lakukan. Lebih mengejutkan lagi, 26.6% menyatakan mereka mengalami tekanan kerja sehingga ke tahap ingin membunuh diri!
Lantaran itu, ramai di antara kita yang menyimpan keinginan untuk mencapai tahap kebebasan kewangan (financial independence) dan seterusnya bersara awal. Ini adalah keadaan di mana seseorang telah mencapai jumlah simpanan yang cukup banyak dan secara relatifnya selamat. Ia juga cukup untuk memenuhi keperluan hidup sejajar dengan gaya hidup yang diingini.
Bagaimanapun, untuk mencapai tahap itu bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun begitu, ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Berikut adalah 4 tip untuk mencapai status bebas kewangan dan seterusnya bersara awal:
1. Matlamat yang jelas dan pemikiran yang positif
Adalah penting untuk menetapkan matlamat untuk dicapai seperti umur di mana anda ingin bersara dan jumlah asset yang telah dikumpul ketika itu. Mempunyai matlamat yang jelas memudahkan kita untuk merancang dan bekerja ke arah itu.
Kita juga perlu membuang pemikran yang negatif. Mengikut bidang psikologi dan kesan placebo, pemikiran yang positif akan mempengaruhi tabiat dan tindak tanduk seharian kita. Sekiranya pemikiran sudah tidak betul, awal-awal lagi kita sudah kalah.
2. Mempunyai belanjawan dan rekod yang rapi
Walaupun ramai yang sudah mengetahui tip ini, majoriti masih lagi tidak mengamalkan belanjawan yang betul. Mengikut konsep ini, anda perlu merekodkan setiap perbelanjaan harian anda. Ini termasuklah perkara yang seringkali dianggap remeh seperti pembelian snek, minum petang, menonton wayang, dan sebagainya.
Apabila setiap perbelanjaan direkod dan dijumlahkan, ramai yang terkejut dengan pembaziran yang dilakukan. Ini memudahkan kita untuk membuat lebih banyak penjimatan, penyimpanan, dan membuat belanjawan yang tepat. Malahan, ramai penasihat kewangan menyarankan anda menyimpan sehingga 30% dari pendapatan bulanan anda.
Kegiatan merekodkan dan mebuat belanjawan kini menjadi lebih mudah dengan kegunaan pelbagai jenis “budgeting apps”. Memandangkan anda membawa telefon bimbit kemana sahaja, anda boleh merekodkan perbelanjaan sebaik sahaja ia dilakukan.
3. Pengurusan hutang yang bijak
Ada beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk menyelasaikan hutang yang sedia ada. Ini termasuklah:
- Kaedah Bebola Salji (Snowball) — Tumpuan membayar satu akaun hutang pada satu masa, manakala hanya membuat pembayaran minimum untuk akaun-akaun hutang yang lain.
- Kaedah Penyusunan (Debt Stacking) — Menyenaraikan dan menyusun semula hutang mengikut kadar faedah. Hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi perlu dilangsaikan terlebih dahulu
- Kaedah Penyatuan Hutang (Debt Consolidation) – Tidak semua hutang adalah buruk malahan adakalanya ia boleh mengutungkan. Mengikut kaedah ini, anda menyatukan semua hutang ke dalam satu pinjaman. Ia memudahkan anda dengan menyatukan semua hutang kepada satu sahaja dan dapat memberi tumpuan kepada satu bil sahaja.
Kaedah pengurusan dan penyelesaian hutang ini akan dihuraikan dengan lebih panjang di dalam sebuah artikel khusus di laman ini.
4.Pelaburan strategik
Mengikut guru kewangan dan penulis terkemuka Robert Kiyosaki: “Jumlah wang yang anda perolehi tidak penting. Sebaliknya, yang menjadi keutamaan adalah sebanyak mana yang kekal, dan sekuat mana wang tersebut berkerja untuk anda, dan untuk berapa generasi ia menjadi milik anda”.
Kebebasan kewangan dapat didefinisikan sebagai suatu fasa yang selamat, di mana kita mempunyai pilihan untuk tidak lagi bekerja untuk mendapatkan wang. Ini kerana kita sudah mempunyai pendapatan pasif (passive income) dan wang telah bekerja untuk kita. Secara ringkasnya, ini adalah keadaan di mana kita mendapat masukan wang tanpa perlu kita bekerja.
Pendapatan pasif ini dapat dicapai dengan membuat pelaburan strategik seperti dana bersama (mutual fund), saham, hartanah dan sebagainya. Strategi ini juga akan dihuraikan dengan lebih panjang di dalam sebuah artikel khusus di laman ini.
Pembiayaan kewangan Islam adalah yang terbaik
Seperti yang dinyatakan di atas, tidak semua hutang adalah buruk. Malahan, adakalanya ia boleh menguntungkan kita. Selain merupakan kaedah untuk melangsaikan hutang, pembiayaan kewangan boleh digunakan untuk membuat pelaburan strategik dan penambahan aset.
Adakalannya juga kita memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan perniagaan, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Pembiayaan kewangan adalah cara terbaik untuk membantu anda dalam perbelanjaan. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islamik, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.Assidq.com adalah platfrom permohonan 100% HALAL yang memproses permohonan anda sebelum memberi informasi tersebut kepada institusi kewangan terlebih dahulu. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan yang mematuhi syariah berdasarkan anda.