Industri fesyen Islamik iaitu jenama pakaian yang menutup aurat dan mematuhi hukum syariah semakin mendapat sambutan.
Malahan, beberapa jenama fesyen terkemuka dunia turut serta mengeluarkan produk bercirikan Islamik seperti hijab. Ini termasuklah jenama yang sering dikaitkan dengan fesyen mewah seperti Chanel, Dolce & Gabbana, DKNY, Tommy Hilfinger, Zara, dan Oscar de la Renta. Jenama yang berasal dari Asia seperti Uniqlo juga tidak ketinggalan mengeluarkan produk hijab mereka sendiri.
Negara kita yang tercinta, Malaysia, merupakan antara pasaran terbesar bagi fesyen Islamik ini. Selain pakaian untuk kegunaan harian, terdapat juga pakaian khusus buat kaum Muslimat bagi tujuan melakukan aktiviti sukan dan riadah. Dengan adanya jenama-jenama tempatan seperti ini, kaum Muslimat di Malaysia masih mampu beriadah tanpa mengabaikan hukum agama.
Berikut adalah 4 jenama sukan tempatan yang sesuai buat kegunaan kaum Muslimah:
1. Nashata
Jenama ini mengambil inspirasi namanya dari perkataan Arab yang bermaksud: “aktif”. Maka, tidak menghairankan apabila Nashata mempunyai pelbagai rekaan pakaian dan tudung untuk kegunaan sukan dan renang. Antara koleksi mereka adalah tudung, sport tops dan pants, compression skirt pants, compression arm sleeves, pakaian renang, sports bra, dan beg kasut.
Nashata bukan sahaja mempunyai rangkaian produk yang luas tetapi juga untuk pelbagai peringkat umur, termasuk untuk kanak-kanak. Mereka mempunyai butik yang terletak di Shaftsbury Square, Cyberjaya dan juga membuat penghantar produk ke pelbagai negara luar.
2. Muslimah Aktif
Bagi memastikan keselesaan ketika melakukan aktivit sukan dan riadah, koleksi baju dan tudung sukan dari Muslimah Aktif menggunakan material microfiber dryfit. Ini membolehkan pakaian tersebut menjadi sejuk, ringan, cepat kering, dan tidak melekat bau.
Tudung sukan keluaran mereka juga menggunakan jahitan piping sebagai pemberat supaya tudung tersebut lebih terletak dan tidak bergerbangan ketika aktif bersukan. Selain itu, ia juga menggunakan logo pantul cahaya supaya pemakai dapat dilihat di tempat yang gelap.
3. TudungPeople
Satu jenama hijab yang agak terkenal adalah TudungPeople. Mereka menawarkan pelbagai koleksi untuk wanita dari pelbagai latarbelakang. Malahan, mereka juga mempunyai koleksi hijab untuk kanak-kanak.
Tidak ketinggalan, mereka turut menampil rekaan tudung untuk bersukan dengan koleksi Najwa Sport Hijab mereka. Diperbuat dari fabric anti-bacterial dan anti-odour, ianya juga ringan dan mudah kering. Selain itu, mereka turut menyediakan tudung sukan untuk kanak-kanak melalui koleksi Omar & Hana Sport mereka.
4. Moonaz Swimming Attire
Sebuah lagi jenama tempatan merupakan Moonaz Swimming Attire. Mereka menyediakan pelbagai koleksi pakaian renang untuk semua lapisan masyarakat. Ini termasuklah rekaan khusus buat kaum Muslimah dan kanak-kanak dari usia seawal enam bulan.
Di antara koleksi mereka yang paling mendapat sambutan adalah rangkaian pakaian renang kanak-kanak yang berdasarkan siri animasi popular, “Omar dan Hana”. Ianya diperbuat daripada fabrik yang dapat mengelakkan sun burn dan masalah kulit lain akibat terdedah lama kepada sinaran matahari.
Pembiayaan kewangan Islam adalah yang terbaik
Adakalanya, pembiayaan kewangan adalah cara terbaik untuk membantu anda dalam perbelanjaan. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islamik, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
Assidq.com adalah platfrom permohonan 100% HALAL yang memproses permohonan anda sebelum memberi informasi tersebut kepada institusi kewangan terlebih dahulu. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan yang mematuhi syariah berdasarkan anda.
Proses permohonan lebih cepat dan pengeluaran pembiayaan kewangan anda lebih singkat dengan Assidq.com! Perkhidmatan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan dengan serta-merta!!