Walaupun tahun 2020 sudah menghampiri penghujungnya, kita masih lagi terperangkap dengan situasi norma baharu. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diperkenalkan pada pertengahan Mac lalu, gaya kehidupan dan sosial kita telah mengalami perubahan mendadak.
Tidak cukup sekadar itu, kemelesetan ekonomi turut mencengkam rakyat jelata. Mengikut laporan berita,, semakin banyak perniagaan yang terpaksa ditutup. Tidak cukup sekadar itu, dianggarkan sebanyak 800,000 penduduk tempatan telah kehilangan pekerjaan. Malahan, bagi mereka yang masih mempunyai mata pencarian, ramai yang mengalami kemerosotan dari sudut nilai sumber pendapatan tersebut.
Memandangkan ramai yang memerlukan wang bagi meneruskan kehidupan, ada yang terpaksa mengeluarkan wang simpanan dan pelaburan mereka di bank, KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja), ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad), Tabung Haji, dan lain-lain lagi.
Apa itu i-Sinar?
Sebelum ini, pihak KWSP telah menyediakan kemudah i-Lestari bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas akibat norma baharu. Program ini membolehkan pencarum KWSP mengeluarkan wang maksimum sebanyak RM500 sebulan dari Akaun 2 mereka. Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan).
Sebagai kesinambungan daripada inisiatif tersebut, pihak KWSP kini memperkenalkan program i-Sinar dengan anggaran dana sebanyak RM14 billion dan dijangka memberi manfaat kepada dua juta pencarum.
Berbanding i-Lestari yang menggunakan dana daripada Akaun 2, program i-Sinar membolehkan pencarum menggeluarkan wang dari Akaun 1 mereka.
Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
Bagi pencarum dengan baki RM90,000 ke bawah dalam akaun 1, mereka mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000 dengan pengeluaran pertama sehingga RM4,000.
Bagi pencarum dengan baki RM90,000 ke atas dalam akaun 1 pula, jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan adalah RM60,000 dengan pengeluaran pertama sehingga RM10,000.
Siapa yang layak memohon i-Sinar?
Kemudah ini disediakan kepada ahli KWSP yang tergolong dalam mana-mana kategori berikut:
- Telah kehilangan pekerjaan
- Diberi cuti tanpa gaji oleh majikan
- Tiada tiada sumber pendapatan
- Pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut
Selain itu, pencarum perlulah telah menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi inisiatif i-Sinar.
Permohonan untuk inisiatif ni bermula pada bulan Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan dilakukan pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga 6 bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.
Perlukah anda membayar semula caruman?
Tiada bayaran tunai yang perlu dibuat kepada pihak KWSP. Sebaliknya, anda hanya perlu mengganti semula pendahuluan ini apabila bekerja semula secara caruman baharu.
Setelah mendapat gaji bagi pekerjaan baharu ini, jumlah caruman KWSP akan disalurkan secara 100 peratus ke dalam Akaun 1. Ini akan berterusan setiap bulan sehingga nilai wang pendahuluan i-Sinar telah habis diganti. Sesudah itu, sistem caruman akan kembali kepada sistem biasa iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.
Adakah pembiayaan kewangan alternatif yang baik pada waktu norma baharu?
Umum mengetahui bahawa wang caruman KWSP adalah pelaburan masa hadapan dan sebarang pengeluaran, baik dari Akaun 1 mahupun Akaun 2, perlulah merupakan jalan terakhir.
Maka, apakah alternatif lain untuk mendapatkan kewangan pada ketika norma baharu ini?
Pembiayaan kewangan yang baharu mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.
Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda.
Pembiayaan kewangan juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.
Sekiranaya anda mahu mengetahui sama ada pembiayaan kewangan sesuai buat anda pada masa kini, layari artikel kami di sini.