Pembentangan belanjawan kali ini melakarkan sejarah tersendiri kerana ini adalah kali pertama satu belanjawan tahunan ditentukan status kelulusan dengan sokongan semua Ahli Parlimen tidak kira pegangan politik, menurut Berita Harian.
Belanjawan kali ini juga mungkin merupakan yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia dalam sejarah disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai orang terjejas, terutamanya dari segi ekonomi.
Bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama”, Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Abd Aziz, mempunyai tiga matlamat utama (dengan strategi dan langkah yang tersendiri bagi setiap matlamat), iaitu:
- Matlamat 1: Kesejahteraan Rakyat
- Matlamat 2: Kelangsungan Perniagaan
- Matlamat 3: Ketahanan Ekonomi
Berikut merupakan beberapa ringkasan manfaat di bawah setiap matlamat yang golongan B40 dan golongan rentan (terdiri daripada wanita, warga emas, orang kelainan upaya/OKU, orang miskin, dan belia) perlu tahu bagi meningkatkan kualiti kehidupan:
Manfaat-manfaat di bawah Matlamat 1: Kesejahteraan Rakyat
1) Program Baucar Perlindungan Tenang khusus kepada golongan B40
- Baucar RM50 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.
- Lanjutan tempoh pengecualian duti setem ke atas semua produk Perlindungan Tenang dengan sumbangan tahunan tidak melebihi RM100 untuk tempoh 5 tahun lagi sehingga tahun taksiran 2025.
2) Kenaikan Kadar Bantuan Kebajikan Bulanan
- Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
- Kadar Bantuan Warga Emas dan Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.
- Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.
- Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada (RM100, 1 anak, maksimum RM450 sekeluarga) kepada (RM150, 1 anak berumur 7 tahun – 18 tahun atau RM200, 1 anak berumur <6 tahun dengan maksimum RM1,000 sekeluarga).
3) Bantuan Prihatin Rakyat mengikut kadar bantuan dan kategori pendapatan
- Pendapatan isi rumah bulanan yang kurang daripada RM2,500 dengan (≤1 anak) akan menerima RM1,200; manakala isi rumah dengan (≥2 anak) akan menerima RM1,800.
- Individu bujang berpendapatan kurang daripada RM2,500 akan menerima RM350. Had umur kelayakan individu bujang mulai 21 tahun berbanding syarat sebelum ini 40 tahun.
4) Program Jaringan Prihatin
- Lebih kurang 8 juta individu dari golongan B40 akan menerima bantuan sebanyak RM180 seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi.
- Syarikat-syarikat telekomunikasi juga akan menyediakan data percuma bagi golongan yang layak.
5) Menambah baik Bantuan Pembayaran Sasaran
Peminjam kategori B40 / perusahaan mikro (Pinjaman < RM150 ribu) akan diberi dua pilihan, sama ada:
- Pilihan 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
- Pilihan 2: Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
Peminjam yang layak hanya perlu menghubungi pihak bank untuk membuat pilihan yang diingini dan menyempurnakan dokumentasi.
6) Bantuan kepada Petani, Peladang dan Nelayan
- Meningkatkan Insentif Pengeluaran Getah.
- Subsidi harga padi.
- Subsidi dan insentif tanaman padi.
- Subsidi baja padi bukit diperkenalkan semula.
- Elaun sara hidup nelayan dinaikkan dari RM250 kepada RM300 sebulan.
- Menghapus faedah hutang kebun peneroka FELDA.
7) Caruman Skim Bencana Pekerjaan PERKESO kepada:
- Anggota Pasukan Sukarelawan Angkatan Tentera, Sukarelawan Simpanan Polis, Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia, dan Sukarelawan Maritim Malaysia;
- Guru takmir, imam, bilal, siak, noja, dan merbut;
- Pekerja ector awam berstatus Contract for Service; dan
- Delivery riders
8) Pemerkasaan Golongan Wanita
- Pembiayaan mikro kredit khas disediakan melalui TEKUN, MARA dan AgroBank.
- Program Ar-Rahnu BizNita, YaPEIM.
- Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro atau BizMe.
- Pusat Sokongan Sosial Setempat dengan kerjasama NGO.
- Penyediaan taska di bangunan-bangunan Kerajaan terutamanya hospital.
- Program saringan kanser serviks dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mendapat kanser payudara.
9) Had pelepasan cukai bagi pasangan OKU dinaikkan daripada RM3,500 kepada RM5,000
10) Program pendidikan awal kanak-kanak oleh JKM dan KEMAS
- Bantuan Makanan Tambahan
- Bantuan Per Kapita
11) Program Bantuan Rumah kepada golongan miskin iaitu membina rumah baharu dan membaik pulih rumah
12) Program eBelia 18 hingga 20 tahun
Kredit RM50 akan diberikan secara one-off ke dalam akaun e-Dompet.
13) Projek rintis pemberian omputer riba kepada pelajar yang layak melalui Tabung CERDIK
14) Skim BSN MyRinggit-I COMSIS (skim pinjaman komputer riba)
15) Perumahan yang selesa dan berkualiti kepada golongan berpendapatan rendah
- 14 ribu unit rumah disediakan di bawah Program Perumahan Rakyat.
- 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB.
- Penyelenggaraan perumahan berstrata kos rendah dan sederhana rendah.
- Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia.
16) Skim Rent-To-Own bagi menggalakkan pemilikan rumah
17) Manfaat Kemudahan Pengangkutan
- Inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 bagi perkhidmatan bas dan rel.
- Pas perjalanan bulanan tanpa had dengan kos RM5 kepada anak-anak tahun 1 hingga tingkatan 6 yang berulang-alik ke sekolah dan golongan OKU. (Tren, komuter Lembah Klang, komuter utara, tren antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat dan tren Sabah di jajaran Beaufort-Tenom).
Manfaat-manfaat di bawah Matlamat 2: Kelangsungan Perniagaan
1)Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000
Akan diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah. Geran khas ini juga akan diberikan kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah.
2) Pembiayaan Kredit Mikro
- Pembiayaan Skim Lestari Bumi untuk beranjak ke kategori lebih tinggi.
- Platform Jana Niaga untuk pembayaran digital rantaian bekalan melalui EXIM Bank.
- Pembiayaan kredit mikro melalui TEKUN Nasional, Agrobank, BSN dan institusi kewangan lain.
- Pembiayaan Perbelanjaan modal kerja, peningkatan sistem automasi dan peralatan serta perbelanjaan berkaitan pelaksanaan pematuhan SOP Covid-19.
Manfaat-manfaat di bawah Matlamat 3: Ketahanan Ekonomi
1)Program penjanaan pendapatan dan peningkatan kualiti hidup kumpulan rentan
2) Menambah baik kemudahan elaun anggota perkhidmatan awam
- Kenaikan kadar elaun RM6 kepada RM8 sejam kepada lebih 1,900 Pegawai Bomba Bantuan;
- Skim Perlindungan Kemalangan Diri percuma sehingga RM100 ribu kepada peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.
3) Pemberian one-off sebanyak RM500 kepada pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara
4) Bantuan Khas Kewangan pada awal 2021
- RM600 untuk kakitangan awam Gred 56 ke bawah; dan
- RM300 untuk pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen.
Untuk maklumat lanjut tentang bantuan-bantuan yang ada dalam Belanjawan 2021, anda boleh layari laman sesawang Kementerian Kewangan Malaysia.