Semenjak dua menjak ini ramai yang dikejutkan dengan berita mengenai peningkatan kes muflis yang tinggi di negara ini. Setakat bulan Ogos 2019 sahaja, seramai 300,908 rakyat Malaysia telah diishtiharkan sebagai muflis.
Kategori umur yang paling ramai adalah mereka yang berusia di antara 35 hingga 45 tahun. Golongan ini membentuk 35 peratus daripada keseluruhan kes muflis. Tetapi, apa yang lebih membimbangkan adalah golongan yang berada di tempat kedua. Tempat ini dihuni oleh mereka yang berusia di antara 25 ke 34 tahun. Golongan yang dianggap muda dan baru sahaja memasuki alam pekerjaan ini merangkumi 25.3% daripada keselurhan kes.
Khabar ini sememangnya merisaukan kerana baru-baru ini juga diumumkan bahawa tahap hutang isi rumah di Malaysia berada pada kadar 83.2 peratus. Secara perbandingan, kadar yang sama bagi negara Jepun adalah 58 peratus, manakala Itali dan Amerika Syarikat pula berada pada 40 peratus dan 76 peratus.
Lantaran itu, lebih banyak pendedahan mengenai ilmu pengurusan kewangan perlu diberikan kepada rakyat Malaysia. Ini termasuklah strategi yang boleh digunakan untuk membayar hutang.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk menyelasaikan hutang yang sedia ada. Bagaimanapun, 3 kaedah yang seringkali digunakan adalah seperti berikut:
1. Strategi Bebola Salji (Snowball)
Kaedah ini mendapat nama kerana menyerupai fitrah bebola salji yang sedang bergerak. Ia akan bermula dengan saiz yang agak kecil tetapi menjadi semakin besar apabila ia bergerak menuruni curam.
Begitulah juga keadaannya dengan strategi pembayaran hutang di sini. Anda perlu menyenaraikan dan menyusun semua akaun hutang anda mengikut jumlah yang paling kecil sehingga yang paling besar. Tumpuan untuk pelangsaian hutang hendaklah diberikan kepada akaun yang paling kecil. Akaun-akaun yang selebihnya pula hanya akan dibayar amaun yang minimum. Setelah hutang tersebut selesai, kaedah tersebut dimulakan semula.
Pedekatan ini mampu memberikan anda motivasi apabila melihat satu akaun hampir untuk dihapuskan. Bagaimanapun kelemahan kaedah ini adalah ia mungkin mengambih masa yang lama untuk melangsaikan kesemua hutang. Selain itu, pembayaran minimum mungkin akan menyebabkan pengumpulan faedah yang memanjangkan tempoh pembayaran semula akaun-akaun hutang yang lain.
2. Strategi Penyusunan (Debt Stacking)
Mengikut kaedah ini, anda perlu menyenaraikan dan menyusun semula hutang mengikut kadar faedah. Hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi perlu diberikan tumpuan untuk dilangsaikan terlebih dahulu.
Pendekatan ini dapat mengelakkan anda daripada membayar kadar faedah berganda. Bagaimanapun, proses ini akan memakan masa yang lebih panjang berbanding kaedah ‘snowball’.
3. Kaedah Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)
Tidak semua hutang adalah buruk malahan adakalanya ia boleh mengutungkan. Mengikut kaedah ini, anda menyatukan semua hutang ke dalam satu pinjaman yang baru. Konsep yang sama juga boleh diaplikasikan sekiranya anda mempunyai lebih dari satu hutang kad kredit.
Pendekatan ini memudahkan anda dengan menyatukan semua hutang kepada satu sahaja. Anda dapat memberi tumpuan kepada satu bil sahaja. Ia juga dapat menyelesaikan masalah faedah yang berganda dan berbeza-beza.
Kelebihan lain pendekatan ini adalah sekiranya kesemua akaun hutang anda merupakan pinjaman konvensional. Anda boleh menyatukan hutang tersebut di bawah satu akaun pembiayaan Islam. Berbanding pinjaman konvensional, pembiayaan Islam mempunyai lebih banyak kelebihan.
Bagaimanapun, sekiranya anda sudah mempunyai hutang yang tinggi dan ditambah pula dengan masalah selalu terlewat membuat pembayaran, anda mungkin akan menemui kesukaran untuk diluluskan permohanan pembiayaan.
Pembiayaan kewangan Islam adalah yang terbaik
Seperti yang dinyatakan di atas, tidak semua hutang adalah buruk. Malahan, adakalanya ia boleh menguntungkan kita. Selain merupakan kaedah untuk melangsaikan hutang, pembiayaan kewangan boleh digunakan untuk membuat pelaburan strategik dan penambahan aset.
Adakalannya juga kita memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan perniagaan, perkahwinan, pelancongan, pengubahsuaian rumah, pembelajaran, dan lain-lain lagi. Pembiayaan kewangan adalah cara terbaik untuk membantu anda dalam perbelanjaan. Apabila pembiayaan itu adalah jenis Islamik, ia lebih menjamin anda daripada tertipu dan risiko bebanan kewangan adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional.
Assidq.com adalah platfrom permohonan 100% HALAL yang memproses permohonan anda sebelum memberi informasi tersebut kepada institusi kewangan terlebih dahulu. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan yang mematuhi syariah berdasarkan anda.